HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 6 November 2015

Video Rayyan Ashraff




Alhamdulillah semalam Rayyan Ashraff genap 1 tahun 3 bulan. Semakin bijak, berjiwa sensitif dan paling garang. Mentang mentanglah dia anak paling bongsu, abang abang dia dua orang tu senang je dia nak buli. Suka marah marah, pukul pukul ikut suka hati dia je. Nasib baiklah dapat abang abang jenis baik hati walaupun kena buli banyak kali dengan anak bertuah ni. 

Kalau Abang tegur atau kena marah dengan abang abang dia, mulalah membebel sorang sorang dan menangis tanpa air mata...hehehehe. Kecil kecil dah pandai buat drama..comel je itu yang kena cium berjuta juta kali tu..hehehehe.



Rayyan Ashraff dah masuk 1 tahun 3 bulan masih belum ada tanda tanda nak jalan. Tapi merangkak sangat sangat lajuuuuuuu. Penat Mummy nak kejar. Hobi baru suka memanjat sana sini. panjat meja, panjat sofa dan panjat katil. Semua tempat tinggi dia nak panjat. Dalam masa yang sama dah berkali kali tergolek dan jatuh tapi tetap akan buat lagi dan lagi sampai dia puas hati. Lasak betul dia ni. Lagi lasak dari Abang abang dia. Huh kalau Mummy tak slim juga tak taulah..hehehehe.

Rayyan Ashraff sekarang ni suka sangat main lego. Kadang kadang lama betul dia main lego ni sorang sorang. Mummy basuh kain sampai siap masak pun dia masih main lego. Mummy paling seronok kalau hari hari macam ni, takdelah Mummy asyik nak kejar dia sana sini. Bagi je lego, dia akan duduk senyap senyap. Kalau dah berjaya pasang lego tu, dia akan tunjuk kat kita kalau tak pun dia akan tepuk tepuk tangan yang kononnya dia berjaya pasanglah tu. Dah siap pasang semua, dia akan buka balik semua dan pasang lagi... Bijak kesayangan Mummy ni :')



4 comments:

  1. comelnyee..

    anak saya pun setahun 3 bulan..samalah..hehe..tp xpandai ckp lg..jalan laju dah..huhu

    saya ada tag akak dlm AJ giveaway~ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..

      Anak kita sama umur ye..boleh geng dah lepasni..hehehe. Tapi anak akak tak boleh jalan lagi. merangkak je lajuuuu..hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page