HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 10 December 2015

Annual Concert & Graduation Day Smart Reader Kids Putrajaya 2015

Assalamualaikum..

Dua minggu lepas iaitu pada 26 November 2015 Smart Reader Kids Putrajaya mengadakan Annual Concert & Graduation Day. Aku dan suami memang excited sangat nak tengok anak kesayangan buat persembahan pada hari tu. Bayangkan suami awal awal dah ambil cuti. Aku pula sengaja tak mohon cuti sebab cuti aku tinggal nyawa nyawa ikan. Tapi pada hari itu aku halfday. Kalau bos tak bagi halfday serius aku sanggup ponteng kerja lantaklah apa nak jadi..Hahahaha. Nasib baiklah dapat bos baik hati. So dapatlah aku halfday dengan riang ria. Lagipun hari itu adalah hari penting dan hari bersejarah untuk anak tersayang. Memang rugi sangat sangat kalau tak datang. 



Aku dan suami datang berdua je. Adik adik Daniael Mieqael kami hantar rumah pengasuh seperti biasa. Mula mula terfikir juga nak bawa dan sama sama bergembira melihat persembahan Daniael Mieqael. Tapi setelah di fikir masak masak ada baiknya kami datang berdua je. Senang nak fokus Daniael Mieqael sorang. Kalau bawa adik adik dia sekali confirm tak sempat ambil gambar Daniael Mieqael banyak banyak.

Hari tu ramai jugalah yang bawa budak kecil masuk dewan tapi kebanyakkannya meragam sana sini dan ibu bapa terpaksa keluar dewan akibat anak kecil tak dapat dikawal.  Kalaulah aku dan suami bawa adik adik Daniael Mieqael hari tu.. tak mustahil kami pun akan keluar dewan dan sudah pasti kami akan terlepas peluang untuk menyaksikan persembahan Daniael Mieqael. Haih tak sanggup berkejaran dengan anak anak aku yang semakin melasak tu. Duduk diam diam dan fokus Daniael Mieqael sorang sudah. Jiwa tenang dan aman damai. Gambar pun boleh ambil banyak banyak untuk kenangan di masa akan datang.


Aku dan suami datang awal. So sempatlah kami ambil gambar Daniael Mieqael banyak banyak sebelum dan selepas buat persembahan. Dalam bilik dewan memang huru hara sikit sebab pelajar Smart Reader Kids Presint 8 dan Presint 15 bergabung. Semua bersempet sempet dalam bilik dewan tu dan masing masing bersemangat nak buat persembahan. Geram tengok comel je semua.

Tak sia sia Mummy datang awal. Sempatlah juga Mummy ambil gambar semasa Daniael Mieqael dimekapkan oleh teacher dia. 

Goodboy je dia waktu teacher mekapkan..comel sungguh!

Yeayyy dah siappp! 





Banyak sangat gambar. Video pun banyak tau. So kalau nak tengok video boleh klik kat sini..

Masa ni semua dah beratur untuk masuk dewan. Setiap kumpulan ikut peringkat umur. Daniael Mieqael dalam kumpulan 4 tahun. Haih masa ni aku dah start berdebar tau. Tertanya tanya boleh ke anak aku buat bersembahan nanti. Risau Daniael Mieqael tak bergerak dan kaku tiba tiba atas pentas je. Yelah ini kan pengalaman pertama Daniael Mieqael naik atas pentas, macam macam boleh berlaku..huhuhu.


Sebelum masuk dewan semua ibu bapa wajib mendaftar dan ambil nombor cabutan bertuah. Wahh siap ada cabutan bertuah lagi. Kalau lah dapat ni bestnya! :')


Okay Kami dah masuk dewan. Sebelum tu posing dulu..tehehe. Suka tengok dewan ni besar dan cantik. Setiap tahun Smart Reader kids akan buat kat dewan ni. Okaylah tempat dia sangat sangat selesa sebab dalam dewan ni sejuk sejuk.. yelah ada aircond kan. Takdelah berpanas panas bagai. Mekap budak budak comel tu takdelah comot. Termasuklah aku sendiri..hehehe. 

Setiap tempat duduk tu dah ada nombor. So semua ibu bapa tak perlu berebut rebut tempat duduk sebab masing masing dah ada tempat sendiri. Nasib baik aku dan suami dapat tempat paling tepi dan senanglah sikit nak keluar ambil gambar. Leceh kalau duduk tengah tengah. Macam susahkan keluarga lain pula asyik keluar masuk.

Persembahan bermula..
Ya Allah masa ni aku dan suami berdebar debar sungguh. Kerisauan kami semakin menjadi jadi. Risau Daniael Mieqael tiba tiba buat perangai tak nak naik atas pentas atau tiba tiba turun pula masa persembahan nanti. Huh memang berdebar habis Mummy Daddy dibuatnya.


Suami kata masa Daniael Mieqael dah start naik atas pentas dan buat persembahan, tangan suami tiba tiba je menggeletar semacam. Nak snap gambar pun serba tak kena. Berdebar dan teruja sangat katanya. Suami ambil gambar memang banyak gila tapi semuanya kabur. Sedih sangat. Nasib baik ada gambar yang okay. Ini gara gara suami terlampau berdebarlah ni melihat anak tersayang rancak sungguh menari..hehehe.




Tugas Suami ambil gambar. Tugas Mummy pula ambil video. Sebenarnya bukan suami sorang je yang menggeletar masa tu tapi Mummy pun tetap berperasaan yang sama. Macam macam perasaan yang ada masa tu. Semua ahli keluarga excited tengok anak  masing masing buat persembahan. Begitu juga aku dan suami. Menitis air mata Mummy tengok anak tersayang menari dengan penuh semangat dan langsung tak malu malu. Dalam hati aku berkata 

"Ya Allah Comelnya Anak Aku!"

Anak tersayang selesai je buat persembahan aku dan suami cepat cepat keluar dewan dan tak sabar sabar nak cium peluk Daniael Mieqael. Mummy Daddy betul betul rasa bangga dengan kejayaan Daniael Mieqael buat persembahan. Tak sangka Daniael Mieqael seberani ini dan berjaya melakukannya sampai habis. Good boy anak Mummy!


Posing dengan rakan rakan seperjuangan Daniael Mieqael..hehehe


Posing dengan teacher pula. Teacher comel inilah yang mengurus dan mengajar pelajar 4 tahun. Terima kasih teacher. Jasamu akan sentiasa dikenang..

Dalam kelas Daniael Mieqael tak ramai pun. Untuk kelas 4 tahun cuma ada 9 pelajar je. Sorang lagi tak dapat join sebab tak sihat. 

Posing dengan Daddy tersayang pula. Omaigod gemuknya suami aku..huhuhu.
Biarlah.. biarlah.. Daddy tetap paling terkacak di dunia..
I love you sayang..muahh!


Posing dengan Mummy pula..

Haaaa ini Mummy lion dan anak lion paling comel okay..tehehe 

Nak kiss Daniael Mieqael banyak banyak. Rasa macam tak nak lepas je masa ni.
Terharu dan bangga sangat dengan anak bertuah ni. Tahun depan buat yang terbaik lagi tau..
Mummy Love you anak muahh!




12 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page