HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 1 December 2015

Dannish Riffqie Bebas Pampers



Assalamualaikum.

Dannish Riffqie sekarang dah berumur 2 tahun 9 bulan. Alhamdulillah sekarang Dannish Riffqie dah bebas dari memakai lampin pakai buang. Aku tak sangka akhirnya aku berjaya juga ajar Dannish Riffqie tak pakai pampers. Aku tak paksa pun sebenarnya tapi Dannish Riffqie sendiri yang tak nak pakai pampers. Sebelum ni aku pernah buat entri pasal Dannish Riffqie tak nak pakai pampers boleh klik  kat SINI


Mula mula nak ajar dia memang penatlah juga. Sebab setiap masa dia nak masuk tandas. Tak sampai seminit mesti dia akan cakap "Mummy nak kencing.. Mummy nak berak.." Padahal masa tu dia baru je kencing lepastu air kencing dia tak banyak pun yang keluar sikit sikit je tapi memang kerap sangat dia nak terkencing. So aku memang kena rajin dan banyak bersabarlah layan dia balik balik masuk tandas. 


Dan aku sangat sangat bersyukur dan berterima kasih pada Kak Yani (Pengasuh) bila sanggup bekerjasama ajar Dannish Riffqie tak pakai pampers. Kak Yani selalu cakap Dannish Riffqie jenis dengar kata dan senang nak ajar. Sebab tu bila Kak Yani ajar Dannish Riffqie tak pakai pampers sangat senang dan tak banyak susahkan dia..syukur sangat. Atas kesabaran aku dan Kak Yani Alhamdulillah kami ambil masa seminggu sahaja untuk ajar Dannish Riffqie tak pakai pampers. 


Sekarang nak masuk 3 bulan dah Dannish Riffqie tak pakai pampers. Kalau keluar jalan jalan aku memang dah tak pakaikan Dannish Riffqie pampers. Kecuali kalau jalan jauh aku pakaikanlah mana tahu tiba tiba dia tak tahan nak terkencing atau nak terberak risaulah juga. Tapi selalunya kalau aku pakaikan pampers pun dia tetap tak nak kencing dalam pampers. Nak berak lagilah dia tak nak. Dia akan paksa Mummy Daddy cari tandas. Selagi tak jumpa tandas, memang mengamuklah dia masa tu. Mungkin dia dah tak selesa pakai pampers kot. Goodboy sangat dia ni seronok Mummy!




6 comments:

  1. baguih la dia...izz tu umo 3 tahun 2 bulan tak mo free diapers lagi...mmmm....kencing ok..nak membuang tu..alamak..payah la nak heret masuk toilet..nak menyorok balik pintu jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha..Comelnya izzz malu malu nak berak kat tandas..hehehe. Takpe perlahan lahan ajar dia masuk tandas..lama lama biasalah tu..

      Delete
  2. yeayyyyy!! gud boy!
    leh jimat dh tang blnje pampers tu.. hehe

    ReplyDelete
  3. wahhh...bagusnyaaa :)

    Adam tak leh nak cakap lagi..susah nak start..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :)

      Ajar adam perlahan lahan. InsyaAllah boleh. Dan paling penting ibu bapa kena rajin dan banyak bersabar. Sebab akan ada macam macam kejadian bila mula mula nak ajar..semoga berjaya! :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page