HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 29 December 2015

Orientasi Pertama Daniael Mieqael (SRK Putrajaya 2015)

Assalamualaikum.

(Entri basi..)

Entri ini dah lama buat sebenarnya. Tapi asyik tertangguh tangguh je dan terus lupa nak publish. Alhamdulillah hari ini dah selamat publish..hahahaha tetiba :p Orientasi ini berlangsung selama seminggu sebenarnya. Tapi aku dan suami ambil masa 3 hari je untuk biasakan Daniael Mieqael dengan kehidupan barunya iaitu alam persekolahan. Kami berharap sangat Daniael Mieqael dapat menyesuaikan diri dan boleh berdikari serta mendengar arahan teacher dengan baik.

Hari tu kami sampai awal. Sebelum ke Smart Reader kami singgah kedai mamak dulu untuk breakfast. Alhamdulillah pagi tu Daniael Mieqael makan banyak dan tak sabar sabar nak ke sekolah katanya. Aku dan suami hanya tersenyum dan tunaikan apa saja dia nak pagi tu asalkan dia seronok ke sekolah. Aku dan suami pagi tu macam macam perasaan ada. Biasalah anak sulung nak masuk sekolah lah katakan. Mummy Daddy pula yang terlebih excited..heheheehe.

Sesi orientasi bermula pada jam 9.15 pagi. Mula mula masuk tu peliklah juga kenapa tak ramai yang datang. Rupa rupanya hari tu hanya pelajar 4 tahun saja wajib hadir untuk orientasi.

Hari pertama. Anak bujang tengah berdebar debar kot masa ni senyap je dia.

Hari pertama orientasi semua pelajar baru terus belajar menari dan menyanyi lagu lagu wajib Smart Reader. Setiap pagi semua pelajar akan menyanyi dan menari terlebih dahulu sebelum masuk kelas untuk sesi pembelajaran. Nampak tak budak comel tengah gigit gigit cari tu, Budak budak lain dah menari sakan dia tiba tiba kaku tak tahu nak buat apa. Terkejut kot, sebab masuk masuk je terus teacher suruh semua pelajar baru beratur dan ajak semua menyanyi dan menari bersama. Anak aku yang mula mula semangat ni terus jadi malu malu walaupun teacher dia dah berkali kali ajak menari bersama. Kesianlah..

Alaaaaaa kesianlah. Tengok anak macam ni rasa nak join je menari. 
Tapi kang Mummy pula yang paling over..tehehehe


Sesi menari dan menyanyi dah selesai. Sekarang teacher tengah ajar cara cara membaca dan mengenal huruf. Sesi ini pun wajib setiap pagi sebelum masuk kelas. 

Khusyuknyaaa semua..


Alamak tiba tiba anak aku keboringan dan terus pusing kebelakang perhatikan Daddy dia sabar jelah.

Okay semua dah masuk kelas. Setiap kelas ada 10 pelajar dan 2 orang teacher. 
Sekarang sesi berkenalan antara satu sama lain. 
Teacher akan tanya Nama penuh, Umur, Bilangan adik beradik dan hobi. Masa ni memang agak kelakar sebab macam macam jawapan ada. Comel je semua.. 


Sekarang sesi belajar flash card pula. Haaaaa yang ni anak aku paling suka dan excited nak jawab. Ikut suka hati dia je nak jawab. Nasib baiklah semua betul..hehehe.




Daniael Mieqael masuk kelas je terus hilang perasaan malu malu. Kali ini dia dah mula aktif dan berani bertanya itu ini kat Mummy Daddy termasuk teacher baru dia. Kadang kadang bila teacher tanya laju je dia jawab. Tetiba je semangat semacam..hehehe


Sekarang sesi untuk tunjuk bakat mewarna pula..amboi anak aku tak sabar sabar nampak. 

Sebenarnya Daniael Mieqael masa ni tak pandai mewarna lagi.  
Risau budak budak lain dah pandai mewarna sedangkan dia langsung tak reti lagi mewarna. 
Pegang pensel pun tak betul lagi. Berdebar Mummy Daddy perhatikan dia mewarna. Rupa rupanya semua sama je tak pandai mewarna..huh lega sikit..hehehe

Lajuuuu je Daniael Mieqael mewarna

Teacher tanya siapa dah siap boleh hantar kat depan..

Amboi Daniael Mieqael pantas menjawab "Saya dah siap!" padahal tak siap lagi pun..

Teacher yang sejak tadi perhatikan dia hanya tersenyum senyum. Daniael Mieqael orang pertama hantar hasil tangan dia kat teacher. Budak budak lain takut takut nak hantar, tapi budak bertuah ni bukan main berani lagi siap terjerit jerit saya dah siap!

Teacher : " Daniael Mieqael nak berapa bintang?"
Daniael Mieqael : "Satu!"
Mummy : Alaaaaaa kenapa minta satu bintang je sayang, mintalah banyak banyak bintang..

Alahai berapa bintanglah teacher nak bagi ni, Mummy pula yang berdebar..hahaha


Alaaaaa comelnya dapat tiga bintang. Okaylah tu dapat markah 3/5

Masa ni teacher nak tengok hasil kerja pelajar lain. Tapi semua tiba tiba takut dan terus menangis. 

Alaaaa teacher bukan nak rotan pun kalau tak cantik. Kesianlah takut sangat ni..




Pelajar lain dah boring mewarna dan terus keluar menangis nangis tak nak pergi sekolah katanya. Tapi berbeza dengan Daniael Mieqael yang langsung tak nak balik dan terus tekun mewarna.


Ehem gambar Mummy wajib ada okay..tehehehe


Okay sayang jom posing!

Bergambar dengan teacher baru sebagai kenangan.

Alhamdulillah orientasi pertama Daniael Mieqael berjalan dengan lancar. 
Takde drama air mata bagai. Senang hati Mummy Daddy. Orientasi seterusnya nanti Mummy update ye kesayangan semua. Babai dan jumpa lagi :)



6 comments:

  1. mula2 je kan malu2,lama2 dah panas enjin hehehehhe semoga jadi anak soleh,belajar rajin2 ye,salam kenal dari cik sue

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sue terima kasih sudi singgah sini. Aah mula mula memang nampak malu sangat. Tapi bila dah lama lama tu barulah anak ok sikit dan dah pandai berkawan. Seronok mummy..hehehe

      Delete
  2. kita yg mak2 ni yg terlebih excited kan anak masuk sekolah..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee..ofcozlah kita yang mak mak ni paling excited..hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page