HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 28 August 2015

Hijab Pari Pari Style.

Assalamualaikum.



Dah empat hari berturut turut aku pakai shawl gaya Raja Nadia Sabrina ni. Tengok dia pakai nampak comel je. Aku takut nak try sebenarnya risau tak sesuai dengan bentuk muka aku. Tapi teringin sangat nak try. Aku dah bosan sebenarnya pakai gaya yang sama pergi kerja dan keluar dating dengan insan tersayang. Balik balik gaya yang sama. Bosannya!. Anak paling bongsu pun dah besar bolehlah aku berhias  dan bergaya sakan seperti artis..tehehehe.


Mungkin ramai dah tahu pakai pari pari style ni. Nampak macam susah je kan. tapi sebenarnya senang gila. Mula mula try tu Ya Allah berpeluh peluh ketiak nak lilit dan pusing sana sini. Tapi kalau dah pandai dan dah tahu cara nak buat Ya Allah senangnya. Bila berjaya pakai terus melompat lompat keriangan hahaha.


Tapi aku rasa tak cukup kemas lagi ni. Banyak yang perlu aku baiki lagi supaya nampak cantik dan kemas. Takpe perlahan lahan. Ini pun dah kira okay kot. Walaupun tak secantik Raja Nadia Sabrina..huhuhu.


Hari pertama pakai shawl gaya ala ala artis ini haruslah selfie dan syiok sendiri. Dan paling penting terus share kat Facebook dan instagram..hehehe.





Hari ini aku pakai oren pula. Makin seronok pula pakai style macam ni. Alhamdulillah mendapat pujian positif  dan ini membuatkan aku lebih yakin untuk terus tampil seperti ini tanpa rasa malu malu..hehehehe. Ingat keyakinan harus ada tau kalau nak pakai tudung Pari pari style ni. Percayalah senang sangat nak pakai. Korang pun pasti boleh buat. Ramai je yang pakai style ni sekarang dan nampak sangat sangat comel. Korang pun pasti akan comel..hehehe. Tak sabar nak belajar gaya lain pula. Aku semangat sangat sekarang ni berfesyen. Kalau boleh tak nak ketinggalan zaman. Lantaklah orang fikir apa. Janji puas hati dan bahagia..


Okay babai kesayangan semua. Jumpa lagi dan selamat Hari Merdeka!




Saturday, 22 August 2015

Dannish Riffqie Tak Nak Pakai Pampers.

Assalamualaikum.


Hari ini seharian dengan anak anak tanpa suami sangatlah mencabar dan buat aku rasa penat yang amat. Hari ini kemas rumah ala kadar sahaja begitu juga dengan basuh kain. Bab masak wajib masak sedap sedap. Anak anak dah pandai pilih pilih makanan sekarang. Kalau aku masak tak sedap sia sia jelah jadi harimau paksa anak anak makan. Makanan tetap tak akan habis. Tapi kalau aku masak sedap sedap confirm licin dan tiada paksaan. Anak anak sendiri akan kata "mami, nak lagi! Nak lagi!" Dan aku paling suka bab itu bila anak anak makan banyak :')


Dah masuk dua hari aku ajar Dannish Riffqie tak pakai pampers. Faham faham jelah betapa mencabarnya ajar budak bertuah tu masuk tandas dan buang air sendiri. Aku bukan suka suka hati nak paksa dia tapi dia yang beria ia sangat tak nak pakai pampers sejak beberapa hari ini. Lagi lagi bila nampak Abang dia tak pakai pampers dia pun tak nak pakai. Setiap kali pakaikan pampers Dannish Riffqie akan meronta ronta tak nak pakai pampers dan berlari sana sini membuatkan aku penat mengejarnya. Geram sangat. Tiba tiba je buat perangai tak nak pakai pampers. 

Semalam aku saja nak try tak pakaikan dia pampers selepas mandi. Amboi seronoknya dia. Siap eksyen depan Abang dia..hahaha. Tak sampai seminit dia dah mula cakap nak kencing. Aku dengan kelam kabutnya buka seluar dia dan laju laju bawah ke tandas. Tapi dia tak kencing banyak pun. Kencing sikit sikit je. Kira okaylah tu. Permulaan yang baik. Setiap 2 minit nak masuk tandas dan terjerit jerit "mami, Riffqie nak kencing!". Setiap 2 minit itu jugalah aku ulang ulang buka seluar dia dan berlari masuk tandas. Huh slimlah mami kalau macam ni..tehehe. 


Sedang aku buat susu untuk mereka bertiga. Aku terdengar lagi Dannish Riffqie memanggil manggil nak terkencing. Aku terus berlari dan hampir hampir saja terjatuh. Tapi sayangnya Dannish Riffqie dah terkencing depan Tv sambil tersenyum senyum dan dengan bangganya cakap 

"Mami, Riffqie kencing! Tengok tu!" Sambil tersenyum senyum. 

Aku yang melihat hampir hampir saja bertukar jadi harimau. Nasib baik aku sempat bersabar dan cepat cepat bersihkan. Risau Rayyan Ashraff main main kat situ pula. 

Aku sambung buat susu anak anak. Dannish Riffqie datang dan peluk aku dari belakang. 

"Riffqie sayang mami!

"Riffqie sayang mami!"

Ulang ulang dia cakap buatkan aku tersenyum dan terus peluk dan kiss pipi dia dengan penuh kasih sayang. Baru nak bersayang sayang, Tiba tiba dia cakap 

"Mami, Riffqie nak kencingggg!". 

Ya Allah penatlah mami. Sampai bila nak macam ni. Nak buat susu pun tak siap siap..alahai anak. 


Berbeza sangat masa nak ajar Daniael Mieqael tak pakai pampers. Mula mula nak ajar Daniael Mieqael memang senang sangat. Ada jugalah dua tiga kali terkencing dalam seluar sebab lambat buka seluar dan tak sedar..hahaha. Lagipun sejak Daniael Mieqael masuk sekolah, teacher dia awal awal dah ajar dia tak pakai pampers dan belajar masuk tandas sendiri. So ini memudahkan aku dan suami untuk ajar Daniael Mieqael kat rumah pula. Cuma satu je Daniael Mieqael tak boleh buat iaitu ketika tidur. Tak kiralah tidur siang ke atau malam pasti akan terkencing dalam seluar. Kesudahannya kami terpaksa pakaikan pampers juga waktu tidur. Tapi kami tetap ajar Daniael Mieqael supaya tak bocor waktu tidur. 

Hari ini hari kedua tak pakaikan Dannish Riffqie pampers. Paling mencabar bila tiba tiba dia cakap nak berak! Omaigod anak janganlah berak merata rata tempat, pengsanlah mami nak bersihkan. Masa dia cakap nak berak tu aku sepantas kilat bawah dia masuk tandas dan dudukkan dia ditempat khas yang aku beli online kat Lazada untuk memudahkan dia senang duduk dan buat hajat dengan aman..hahaha. 


Yeayyy akhirnya Dannish Riffqie lulus ujian pertama! Lulus sebab tak berak merata rata tempat dan berjaya gunakan tandas dengan bijak..hahaha. Best pakai benda ni comel je anak duduk atas tu. Setakat ini aku tak berani lagi ambil gambar anak duduk atas ni..hahaha. Kesian tak sampai hati. Mula mula ajar Daniael Mieqael buang air sendiri pakai benda inilah. Kalau tak pakai benda comel ni tak pasal pasal adalah yang termasuk dalam mangkuk tandas tu..hahaha. Nasib baik rumah kami takde tandas jenis cangkung tu. Kalau kat kampung adalah tapi penat sikitlah buang hajat..hehehe. 


Hari kedua tanpa pampers Dannish Riffqie banyak kali jugalah bocor dalam seluar. Takpe belajar perlahan lahan. Dan aku perlu banyak bersabar. Walaupun Dannish Riffqie baru 2 tahun 5 bulan aku rasa dah sampai masanya ajar dia tak pakai pampers. Senang kalau masuk sekolah nanti tak perlu dah pakai pakai pampers. Barulah macho!


Okay babai semua!


Thursday, 20 August 2015

Daniael Mieqael Genap 4 Tahun.

Assalamualaikum.



Subhanallah, Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam….

Maha Suci Allah yang menciptakan anakku…

Hari ini genap 4 tahun lalu Kau anugerahkan kepada kami seorang bayi paling comel dan hensem yang sekarang usianya dah masuk 4 tahun pada 20 Ogos 2015

Macam tak percaya je anak sulung Mummy ni dah masuk 4 tahun. Dah besar, dah tinggi, makin hensem macam Daddy dan makin bijak pandai.. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah...

Sepatutnya hari ini nak sambut birthday Daniael Mieqael kat sekolah. Aku dan suami memang dah plan nak buat kat sekolah. Tapi suami tiba tiba kena pergi outstation pula :'(. Setiap apa yang aku dan suami plan mesti tak jadi. Selalu sangat macam ni. Nak buat macam mana bukan rezeki lah tu. Aku dan suami hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Takpelah mungkin ada hikmah setiap apa yang berlaku. Apa yang penting selalu bersyukur.

InsyaAllah bulan depan nak buat birthday Abang kat sekolah. Nak bagi dia happy dengan kawan kawan dia. Sebenarnya suami suruh teruskan je plan kami tu walaupun dia tak ada. Alaaaa mana best! Daniael Mieqael mesti ulang ulang tanya Daddy dia. Manja sangat dengan Daddy dia ni. Aku pun kalau boleh nak suami ada. Tak seronok langsung kalau suami tak ada.

Happy Birthday Sayang...

Semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungimu. Semoga sayang menjadi anak yang soleh, sentiasa taat pada orang tuamu, menjadi Abang yang baik untuk adik adikmu, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, semoga menjadi bijak pandai dan Semoga memperoleh manfaat baik di dunia dan akhirat. Amiin Ya Robbal Alamiin…



Tuesday, 18 August 2015

Cerita Balik Kampung!

Assalamualaikum.


Hari ini barulah berkesempatan nak update pasal balik kampung (sabah) hari tu. Walaupun dah lambat tapi nak update juga.. Hahaha. Okay ini alkisah kami anak beranak balik kampung raya hari tu. Aku adalah orang paling tak sabar sabar nak balik kampung halaman. Bayangkan sebulan sebelum balik kampung segala keperluan dan pakaian kami aku dah siap siap kemas dan masukkan dalam beg. Tak pernah pernah lagi aku seexcited ini..hahahaaa. 2 tahun tak balik kampung haruslah excited kan..hehehe.


Seawal jam 10.30 pagi kami dah gerak ke airport. Pagi tu Papa Mama (mertua) tolong hantarkan. Sebelum gerak ke airport anak anak wajib cukup rehat dan kenyang. Termasuklah aku dan suami.

Kami bawah satu stroller saja untuk memudahkan anak anak bergilir gilir ketika menyusu dan tidur. Tak larat nak sorong tiga stroller. Kang aku pula yang masuk dalam tu sebab anak anak rela berkejaran daripada duduk dalam stroller. Kecuali kalau penat dan mengantuk sangat barulah berebut rebut nak duduk dalam stroller. So paling terbaik bawah satu jelah. Tak boleh tak bawah langsung pula. Tak pasal pasal patah pula tangan Mummy Daddy bergilir gilir dukung tiga beradik ni..hehehe.



Gambar wajib dengan Papa Mama sebagai kenang kenangan. Setiap kali balik kampung, Papa Mama lah yang rajin hantar kami sampai airport. Kadang kadang segan jugalah sebenarnya. "Terima kasih ye Papa Mama tolong hantar kami.." Semoga Allah panjangkan usia mereka..aminnn.


Kami dah settle check in. Tunggu masa nak masuk kapal terbang saja. Rayyan Ashraff masa ni dah mula mengantuk. Kalau kat rumah waktu waktu macam ni memang waktu untuk dia tidur. Tapi aku dan suami kalau boleh tak nak bagi dia tidur dulu. Biarlah masa kat dalam kapal terbang barulah tidurkan. Risau dia akan meragam pula kalau tidurkan sekarang. So suami wajib ambil peranan ini supaya Rayyan Ashraff tak tertidur. Sementara itu aku layan dua beradik itu pula.




Sebelum datang airport lagi anak sulung dan anak kedua tak sabar sabar nak tengok kapal terbang secara live. Geli hati sangat bila Daniael Mieqael dan Dannish Riffqie balik balik bertanya pasal aeroplane.

Daniael Mieqael : Mummy, Aeroplane kat mana? Abang nak tengok! Kata si anak sulung.

Dannish Riffqie : Mummy, aeroplane kat mana? Adik nak tengok! Kata si anak kedua pula.

Daniael Mieqael : Mummy, aeroplane besar tak?

Dannish Riffqie : Mummy, aeroplane besar tak? Asyik tiru cakap abang dia je ni..


Bila dah tengok depan mata.  Dua dua seronok dan teruja sangat. 

Daniael Mieqael : Wahh besarnya Mummy, Abang nak naik aeroplane boleh tak Mummy?! Sambil melompat lompat keriangan.

Dannish Riffqie : Mummy, Adik pun nak naik aeroplane?!! 

Daniael Mieqael : Abang nak naik dulu. Adik tak payah. Kata si Abang dengan nada berbisik. Kononnya tak nak bagi adik dia dengar padahal adik dia dengar je..hehehe

Dannish Riffqie : Alaaaa.. Adik naik dulu. Abang tak payah! Kata si adik dengan garangnya yang langsung tak nak kalah dengan abang dia..hahaha

Daniael Mieqael : Mummy, Abang nak duduk dekat mana?

Dannish Riffqie : Mummy, Adik nak duduk dekat mana?!

Daniael Mieqael : Alaaaa adik ni sibuklah!

Dannish Riffqie : Abanglah sibuk!! Sambil buat muka marah marah..hahaha

Ini tak masuk lagi dalam aeroplane. Kalau dah masuk lagilah macam macam soalan. Lagilah dua dua membebel. Adoilah anak anakku sayang.

Sekarang ni dua dua dah mula bersaing antara satu sama lain. Kadang kadang berebut rebut tanya soalan itu ini. Masing masing tak nak mengalah. Tapi selalunya Abang paling banyak mengalah. Malas nak layan adik dia yang terlampau banyak cakap itu..hahaha.


Okay kami dah masuk. Tiga beradik dah ambil tempat masing masing.  Mula mula masuk tu huru hara jugalah anak anak aku. Excited sangatlah tu nak masuk. Nasib baik kami duduk paling depan sekali. Takdelah beratur panjang. 

Daniael Mieqael awak awal dah cop tempat duduk dekat dengan tingkap. Dannish Riffqie pula tak kisah asalkan dapat duduk. Comel je tiga tiga..hehehe. 

Mula mula duduk tu suami terus pasang movie katun kat Tv yang MAS sediakan. Anak anak pun terus senyap sementara tunggu kapal terbang berlepas sebentar saja lagi. Tempat duduk kami semua sebaris. Takdelah duduk jauh jauh. Kalau ada apa apa masalah aku dan suami senang nak handle.


Rayyan Ashraff dah mula mengantuk. Sebelum meragam aku susukan laju laju. Sekejap lagi kapal terbang akan berlepas. Aku dan suami berdebar debar pula waktu ni. Kami harap anak anak tak buat perangai sewaktu berlepas nanti. Kerisauan kami Tuhan je yang tahu sebab anak anak duduk di tempat sendiri. Kalau anak anak atas pangkuan kami takdelah risau sangat. Alhamdulillah semuanya okay dan baik baik saja..


Kapal terbang dah mula bergerak perlahan lahan. Daniael Mieqael lah paling teruja tengok kapal terbang bergerak sebab dia duduk dekat dengan tingkap. Dannish Riffqie hanya diam sahaja dan sesekali melihat pemandangan kat luar.



Kapal terbang semakin laju dan perlahan lahan terbang ke atas. Tiba tiba Dannish Riffqie bersuara "Mummy lajulah!" Aku yang duduk bersebelahan dengannya hanya tersenyum sambil cium pipi Dannish Riffqie berkali kali supaya dia tak berasa takut.


Daniael Mieqael dah naik flight banyak kali sebenarnya. Tapi waktu tu dia masih kecil lagilah dan mungkin masih tak faham lagi. Sekarang ni dah besar dan nak masuk 4 tahun dah pun.  Setiap apa yang dia nak buat dan setiap apa yang dia nampak dia akan tanya berkali kali sampailah dia faham. Abang goodboy je sepanjang perjalanan.


Dannish Riffqie pula kali kedua naik kapal terbang. Mula mula naik kapal terbang umur dia masa tu 6 bulan. Memang kecil sangat lagi masa tu. Sebab tu bila naik kapal terbang kali ini dia seolah olah jakun dan banyak bertanya itu ini. Nasib baiklah dia goodboy je macam abang dia. Kalau meragam pun sebab berebut ipad dengan Abang dia je. Dan sebab nak makan..hehehe


Rayyan Ashraff kali pertama naik kapal terbang. Ingatkan susah nak handle. Alhamdulillah sepanjang perjalanan dia tidur je dan langsung tak susahkan Mummy Daddy. Syabas anak!

Paling best Rayyan Ashraff pun ada tempat sendiri. Masing masing ada tv sendiri. Anak anak pun selesa sangat.  


Tiga beradik minum susu sambil layan movie katun. Mummy nak ambil gambar banyak banyak pun senang hati..hehehe. Waktu ni kapal terbang dah naik paling atas sekali. Dan keadaan dah stabil. Kalau nak pergi tandas pun boleh. Sebelum naik kapal terbang aku dan suami awal awal dah tukar pampers anak anak. Senang tak payah stres stress tukar kat tandas. lagipun kalau nak tukar tak selesa langsung dalam tandas kapal terbang. Kecil dan seram masuk dalam tu..hehehe.

Daniael Mieqael dah tak pakai pampers. Oleh kerana perjalanan makan masa 2.45 minit kami terpaksa pakaikan Daniael Mieqael pampers juga. Manalah tau dia tiba tiba nak terkencing dan masa tu tak dibenarkan ke tandas, teruk Mummy Daddy menahan malu nanti anak terkencing dalam seluar..huwaaaa. Untuk mengelakkan perkara itu terjadi ada baiknya kami pakaikan Abang pampers untuk kebaikan bersama..hehehe.   


Rayyan Ashraff dah habis minum susu. Sekarang tugas Daddy pula tidurkan Rayyan Ashraff. 


Tak sampai 5 minit Rayyan Ashraff dah pun tertidur. Dan kami terus letak kat tempat khas untuk baby bawah satu tahun ni. Senang tak payah pegang atau dukung dukung dah. Rayyan Ashraff pun selesa tidur dalam tu. Aku dan suami bolehlah berehat sambil layan dua beradik tu pula.


Sementara Rayyan Asharaff tidur sempatlah aku berehat sebentar. Suami pula layan anak anak. Tapi tak boleh tidur juga dalam flight ni tak selesa. Kalau boleh nak baring..heheheh. mengada betul!



Yeayyyyy makanan dah sampai. Anak anak jelah boleh makan. Aku dan suami puasa. Dua dua wajib suap makanan sendiri. Alhamdulillah makanan habis. Goodboy dua dua!


Dah selesai makan. Dua dua tak nak tidur so sambung layan movie. Ada satu jam lagi nak sampai Kota Kinabalu Sabah. Waktu ni dua dua dah mula bosan terutama sekali Dannish Riffqie. Rayyan Ashraff pula masih tidur dengan lena sekali.





Dannish Riffqie dah mula bosan tahap nak bangun dari tempat duduk. Suami terus bagi biskut dan pasang Ipad bagi dia layan ABC..123. Senyaplah dia...hehehehe



Daniael Mieqael terus layan movie tanpa buat hal. Sayang abang!


Dan akhirnya kami selamat sampai..yeayyyyyy!


Entry seterusnya akan bersambung :')







Sunday, 9 August 2015

13 Tahun.

Assalamualaikum.


09 Ogos 2002 adalah hari bersejarah antara aku dan suami tercinta. Pada tarikh inilah cinta pandang pertama kami bermula. Dan pada tarikh ini jugalah kami sah sebagai pasangan kekasih paling bahagia.

Hari ini 09 Ogos 2015 maka genaplah hubungan percintaan kami 13 tahun. 13 tahun yang sungguh indah untuk aku kenang kembali segala memori percintaan kami yang tak pernah dan tak mungkin untuk kami lupakan. Sehingga saat ini aku masih terbayang bayang kenangan indah kami saat kali pertama bertentang mata dan dilamar sebagai kekasih hati oleh suami tercinta.  Dan itulah saat paling membahagiakan..

13 tahun bersama bukan sesuatu yang mudah untuk terus kekal bersama.  Apa yang penting selalu dan sentiasa percaya antara satu sama lain. Secara jujurnya kami pun seperti pasangan yang lain yang akan selalu bergaduh, merajuk, bermasam muka dan  ada ketikanya nak putuskan hubungan. Kami dah berkali kali cuba putuskan hubungan punca dan sebab utama CEMBURU. Dia cemburu aku cemburu. Aku cemburu dia pun cemburu. Perasaan cemburu sentiasa ada antara kami. Tapi dengan kuasa Tuhan kami terus kekal bersama Alhamdulillah. 

13 tahun bersama banyak mematangkan aku dalam segala hal terutamanya untuk terus mencintai dan dicintai oleh insan tersayang yang kini menjadi suamiku. Walaupun dah 13 tahun hubungan aku dan suami namun kami seperti pasangan yang baru bercinta dan masih dalam proses mengenali antara satu sama lain.


Suami selalu kata perangai aku susah nak di jangka. Ada ketika okay dan ada masa masa tertentu tiba tiba saja tak okay. Kadang kadang senang nak pujuk dan kadang kadang bagai nak gila pujuk. Alahai dah kenal bertahun tahun pun suami masih susah nak jangka perangai sebenarku. Adoi sabar jelah..hahaha.

13 tahun bersama dan aku hidup bahagia. Aku bahagia kerana suami ikhlas menerimaku seadanya walaupun aku sebenarnya banyak kekurangan. Terlalu banyak kekurangan yang ada pada diriku. Namun suami tetap bersabar dan sentiasa ada disisi saat susah dan senang.

Sempena ulangtahun ke 13 tahun ini semoga Allah terus panjangkan jodoh kami bersama dan terus hidup bahagia dengan tiga hero kesayangan kami. Terima kasih atas segalanya sayang. Sesungguhnya kaulah suami paling terbaik dan terhebat! Mahal kita lasa..




Friday, 7 August 2015

Sentiasa Bersyukur.

Assalamualaikum.


Semalam seperti biasa sebelum tidur benda wajib yang akan aku buat lipat kain sikit sikit. Tak habis lipat semua pun tak apa asalkan berjaya lipat sikit sikit. Kalau tak lipat menggunung lagilah dalam bakul dan buat sakit mata sesiapa sahaja yang memandangnya (akulah tu!). Sedang aku lipat kain, suami datang dan duduk bertentangan denganku sambil membantuku melipat kain satu persatu. Anak anak dah selamat kami tidurkan jam 8.30 malam. 



Suami sangat sangat rajin membantuku dalam segala hal demi kebahagiaan rumah tangga kami. Tapi bila bab bab melipat kain ni aku rasa suami akulah paling comel di dunia. Suami lipat kain sangatlah pantas sedangkan aku mengambil masa agak lama sedikit sebab nak bagi semua sama saiz dan nampak kemas. Suami pula ada cara tersendiri untuk melipat kain. Setiap lipatannya akan buat aku ketawa tanpa henti henti. Rasa lucu yang amat tahap nak berguling guling atas lantai ketawa..HAHAHAHAAA.

Biasalah orang lelaki faham faham jelah cara dia lipat kain macam mana. Memang berbeza sangat dengan cara kita. Tapi aku tak pernah marah dan tak kisah pun cara suami aku lipat kain. Yang penting segala kain dalam bakul tu berkurangan dan tidak menyakitkan mata aku lagi untuk melihatnya :')

Settle lipat kain kami santai santai depan TV sambil makan kuih raya dan layan milo panas. Jam menunjukkan pukul 10.00 malam. Nak tidur masih terlalu awal. Suami pula selalu nak berteman. Kami berborak panjang tentang kehidupan kami dan anak anak di masa akan datang. Dan suami selalu ingatkan pada aku sentiasalah bersyukur dengan apa yang kami ada sekarang. Sentiasa bersyukur dan terus bersyukur tanpa henti. Dan aku akui, aku sangat bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Terima kasih Ya Allah atas segalanya...





Thursday, 6 August 2015

Sakit Hati..

Assalamualaikum..


Teringin nak update blog tapi unifi kat rumah aku buat perangai pula. Kalau update guna henpon line digi pula lembab macam siput babi. Stress je dengan digi ni. Padahal setiap bulan bayar bil penuh. Tapi bila guna sangatlah mengecewakan. Kalau berterusan macam ni aku sumpah tak nak dah guna line digi ni.  

Masa aku balik kampung (sabah) hari tu lagilah susah nak dapat line. Sakitnya hati! Rasa nak tukar je ke maxis atau celcom. Tapi bila tanya kawan kawan yang guna line maxis dan celcom ni kebanyakkan kata lebih kurang je sama lembab dengan digi. Adoilah pening.

Sekarang ni tak tahulah line internet apa yang terbaik. Setakat ini bagi aku Unifilah terbaik. Tapi sayangnya boleh guna masa aku kat rumah jelah T______T''. Kat ofis aku ni ada sediakan unifi free untuk staff tapi samaaaaaaaa lembab juga. 

Minggu depan insyaALLAH unifi kat rumah aku dah okay. Tak sabar nak terjah blog kawan kawan yang lain. Tiba tiba rindu pula nak baca cerita mereka. Dan untuk mereka yang rajin singgah sini terima kasih tak terhingga. Sorry tak sempat update cerita raya lagi..hehehe.

Okay babai kesayangan semua!










Wednesday, 5 August 2015

Wordless Wednesday 27 : Happy Birthday Rayyan Ashraff.




Alhamdulillah.. Hari ini Muhammad Rayyan Ashraff genap satu tahun. 
"Semoga terus membesar dengan sihat ye sayang.."




Tuesday, 4 August 2015

Hensemlah Mummy!

Assalamualaikum.

Pagi semalam seperti biasa suami akan hantar anak ke sekolah sebelum ke tempat kerja. Nasib baiklah suami masuk jam 9.00 pagi. So sempatlah hantar anak sulung kami. Tengahari waktu lunch Mummy terima panggilan dari pihak sekolah yang menyatakan Daniael Mieqael tak sihat. Mummy apalagi dengan sepantas kilat ke sekolah kerana risaukan keadaan anak. Alhamdulillah keadaan anak takdelah teruk sangat seperti yang Mummy bayangkan sepanjang perjalanan ke sekolah tadi. Tanpa buang masa Mummy terus bawah ke klinik. Dan doktor sahkan semuanya baik baik saja..Alhamdulillah.

Oleh kerana Mummy tak boleh cuti, terpaksalah Mummy bawah Daniael Mieqael masuk ofis. Ini bukan kali pertama bawah anak masuk ofis tapi dah berkali kali sebenarnya. Nasib baiklah bos faham situasi mak mak yang terpaksa bawah anak masuk ofis ni.

Entri hari ini sebenarnya nak share perbualan Mummy dengan anak sulung Mummy yang makin banyak akal ni. Geli hati betul. Sampai hari ini teringat ingat kat dia..hehehe



Mami : "Abang cepat mami nak ambil gambar ni.."

Abang : "Kejap mami, abang nak kentut dulu!"(Adoi bertuah punya budak. Rasa nak cubit je..)

Mami : "Alaaaaaa abang ni. Nanti nantilah kentut. Tunggu sampai rumah?"

Abang : "Tak nak! tak nak! Tak nak!."
Tiba tiba keluar satu bunyi comel entah datang dari mana..hehehe

Abang : "Okay mami! Abang dah ready.."(Tiba tiba muncungkan mulut kedepan sambil buat peace)

Mami : "Kenapa mulut abang macam tu, tak hensemlah.."

Abang : "Alaaaa mami ni cepatlah! Abang hensemlah.."

Mami : "Tak hensemlah.."

Abang : "Abang hensem! Abang hensem! abang henseeeemmmm!!!



Adoilah pening layan budak makin banyak akal ni. Asyik dia je yang nak menang. Cium baru tau! Bila tunjuk gambar ni kat suami semalam, suami terus cakap anak kami posing sebijik macam Mummy..HAHAHAHA. Mummy ketawa sampai keluar air mata tau tak sebab suka sangat sebenarnya suami cakap macam tu..hehehee. Lepas ni nak ajar adik adik dia pulalah macam mana nak posing ala ala Mummy..tehehehe.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page