HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 30 September 2015

Cerita Hari Raya Korban 2015

Assalamualaikum.


Raya haji baru baru ini ramai yang balik kampung termasuklah pengasuh anak anak aku yang minta cuti selama 2 hari iaitu hari rabu dan jumaat untuk balik kelantan. Sepanjang ketiadaan pengasuh aku dan suami bergilir gilir ambil cuti untuk jaga anak anak tersayang. Hari rabu suami cuti untuk ambil alih jaga anak anak dan hari jumaat giliran aku pula ambil cuti. Hari rabu tu kononnya nak bagi suami jaga je ketiga tiga hero kami tapi macam kesian pula risau suami susah nak handle tiga beradik tu. 

Suami kali pertama jaga anak sorang sorang sebenarnya. Tak sampai hati pula tengok suami huru hara melayan anak anak. Dahlah semuanya jenis manja. Kalau anak sulung dan anak kedua tiba tiba bergaduh lagilah suami susah nak handle. So aku ambil keputusan bawa salah sorang datang ofis. Tapi nampak gayanya aku terpaksa bawa dua orang sebab suami nak jaga anak paling bongsu saja.  Nasib baiklah takde kerja bolehlah aku layan dua beradik tu bersukaria kat ofis. 

Maaf kualiti gambar tak berapa okay. Janji ada gambar kenangan dengan Papa Mama. Suka tengok gambar ni. Papa nampak happy je.

Raya haji tahun ini paling sedih sebenarnya. Tak pernah lagi sesedih ini. Paling sedih bila bapa mertua tak sihat dan terpaksa masuk hospital. Dekat 2 bulan papa mama kat hospital. Kesian sangat. Raya haji kali ini kami tak pergi mana mana pun untuk beraya. Selalunya setiap tahun kami wajib datang beraya rumah mertua kat Subang jaya. Tapi kali ini kami beraya kat hospital saja untuk melawat Papa Mama tersayang sempena hari raya. Papa tak sihat dan terpaksa buat pembedahan. Syukur Alhamdulillah semuanya dah selamat. Papa pun nampak semakin sihat dan boleh tersenyum seperti biasa.

Kedatangan kami pagi itu disambut dengan penuh gembira. Budak 12 tahun ke bawah tak boleh masuk sebenarnya. Tapi sempena hari raya pihak hospital benarkan masuk. Seronok Papa Mama tengok cucu cucu kesayangan datang. Lagi terharu bila Papa mama tak henti henti cium peluk anak anak kami. Aku bab bab sedih ni memang susah sangat nak control. Laju je air mata mengalir. Entah apa yang aku sedihkan sangat pun aku tak pasti. Kesian tengok Papa Mama tak dapat beraya dan terpaksa duduk hospital saja. Semoga Papa cepat sembuh..Aminnn.

Aku lagi sedih bila ahli keluarga kat kampung (Sabah) menyambut raya haji penuh meriah. Siap masak sedap sedap pula tu. Terliur je tengok bila adik beradik asyik post gambar makanan. Jeles dan geram je rasa. Tapi takpelah bukan rezeki kami tahun ini. Tahun depan insyaAllah beraya sakanlah kami..hehehe.

Waktu melawat dah habis. Kami pun terus balik. Sebelum balik posing dulu :').


Teringin nak beraya rumah kawan kawan ofis tapi semuanya balik kampung. Oleh kerana tak tau nak pergi mana suami terus ajak pergi ioi city mall putrajaya. Asal je sebut ioi city mall ni aku pasti akan terbayang bayang cendol durian. Tak dapat makan lemang pun takpelah asalkan cendol durian adaaa..hehehe.

Dalam kereta wajib selfie. Anak anak tak pandang kamera pun takpe. Asalkan ratu selfie ni dapat selfie..tehehe


Kami dah sampai. Wajib ambil gambar anak beranak :')



Ingatkan waktu raya tak ramai orang. Masuk masuk je punyalah ramai manusia. Nak cari restoran kosong pun susah. Semuanya penuh. Keinginanku nak makan cendol durian tak menjadi. Ramai gila orang beratur nak masuk. Cis benci aku! 

Anak anak dah kelaparan begitu juga aku dan suami. Terpaksalah cari restoran lain. Lalu kat Chicken Rice Shop dan kebetulan ada meja kosong, apa lagi suami laju lajulah cop tempat kosong itu dan selamba je duduk..hahahaha. Comel je suami aku ni.

Kesianlah anak beranak tak dapat beraya. Nasib baik suami bijak bawah kami ke sini. Sekurang kurangnya takdelah aku asyik sedih je mengenangkan family sabah beraya sakan.

Semua dah kenyang kami bawa anak anak bersukaria pula. Dapat main sekejap pun jadilah. Asalkan anak anak seronok.






Dua beradik ni pantang betul tengok lego halus halus ni. Nasib baiklah dalam kaca. Kalau tak mesti dua dua dah berebut rebut nak pegang. Teringin sangat nak bawa anak anak ke Legoland tapi anak paling bongsu masih kecil lagi. Kalau nak pergi pun buat penat je sebab anak bongsu masih dalam fasa merangkak. Langsung takde tanda tanda nak jalan lagi. Tak naklah dukung dia sepanjang masa, Mummy Daddy pun nak berseronok juga kat Legoland :')

Kalau masuk Legoland ni confirm anak anak meroyan tak nak balik termasuklah Mummy..hahahaha. Takpelah tunggu anak anak dah besar sikit lagi terutamanya yang paling bongsu tu senanglah sikit nak bawa jalan jalan dan handle. Nak bersukaria dalam tu pun puas hati. Sabar ye anak anak. Nanti Mummy Daddy bawa berseronok kat legoland pula..insyaAllah.

Okay cukup setakat ini ye kesayangan semua. Jumpa lagi entri akan datang. Babai semua..



Wednesday, 23 September 2015

Kidz Paradise The Mines # 3

Assalamualaikum.

Hari ahad baru baru ni suami free dan terus ajak kami anak beranak bersukaria kat kidz paradise the mines. Lama rasanya tak datang sini. Kali terakhir datang sini awal tahun 2015. Masa tu Rayyan Ashraff baru 4 bulan lebih. Kira lama jugalah tak singgah sini. Tetiba rindu pula tempat ni..hehehe.

Anak anak tak payahlah cakap. Lagilah meronta ronta nak datang sini. Bila dah lama sangat tak datang sini anak anak tetiba je jakun dan huru hara tak tau nak main apa. Kesianlah jarang bermain kat luar.

Banyak yang berubah dalam ni. Macam macam permainan baru yang ada. Yuran nak masuk pun dah mahal sikit. Kalau sebelum ni RM36.00 untuk sorang. Sekarang dah RM40.00. Baby umur 6 bulan kebawah masih lagi free. Harga tu rasanya okay lagi kot sebab boleh berseronok dalam ni satu hari.




Rayyan Ashraff kali kedua masuk Kidz Paradise ni. Kali pertama datang masa tu dia baru 4 bulan lebih. Sekarang dah setahun dah baby hensem ni. Cepat sangat dah setahun. Umur umur macam ni lagi berbaloi bawah sebenarnya. Sebab dia dah pandai bermain dan berseronok sama dengan abang abang dia.

Tapi kena hati hati juga. Tak boleh biar dia bebas merangkak sana sini risau tengok. Kebanyakkan kanak kanak yang datang sini semuanya terlampau aktif berlari dan berkejaran sana sini termasuklah anak anak aku. Bahaya untuk Rayyan Ashraff risau terlanggar dengan budak budak besar. Aku dan suami bergilir gilir perhatikan Rayyan Ashraff sentiasa dalam keadaan selamat. Sesiapa saja yang cuba menghampiri Rayyan Ashraff memang kenalah budak tu...HAHAHAHAAAA.





Daniael Mieqael dan Dannish Riffqie kami sengaja biarkan je mereka bebas dan pandai pandailah bawah diri. Dua dua kan dah besar. Mainlah sampai puas. Tapi walaupun diberi kebebasan suami tetap pantau ke mana budak budak hensem ni pergi.

Apa yang Mummy perasan kali ini anak anak lagi seronok dan dah pandai main sendiri tanpa rasa takut takut lagi. Kalau sebelum ni asyik panggil nama Mummy Daddy je dan minta tolong sebab takut. Sekarang langsung tak perlukan Mummy Daddy lagi dah. Dua dua dah pandai bawah diri. Seronok pula Mummy tengok.

Okay Mummy tak nak cakap banyak. Biarlah gambar yang bercerita ye.

































Susah betul nak ambil gambar family. Anak anak asyik berlarian dan sibuk nak main sana sini. Dapat satu gambar family ni okaylah walaupun Mummy kelihatan gemuk janji adaaaaa..hehehehe


Anak bongsu suka main sorang sorang...


Ajak selfie tak nak...


Walaupun kena buli dengan Mummy Daddy tetap tak nak pandang kamera.


Oleh kerana anak tak nak selfie, terpaksalah Mummy Daddy selfie berdua saja tanpa anak anak :')


Mummy hantu selfie. Kalau snap sekali je memang takkan puas hati. Terpaksalah Daddy snap sekali lagi.


Ehem ehem masih tak puas hati. Sekali lagilah..hahahaha. Okay dah dah jom tengok anak anak!


Masa untuk main pasir tiruan pula. Lama gila duduk dalam ni. Anak anak langsung tak nak keluar. Takpelah dah bayar mahal mahal kan. Mainlah sampai puas ye anak anak..






Okay ini gambar terakhir. Selfie dulu anak beranak..tehehe. Yeayyy esok cuti hari raya aidiladha. Dikesempatan ini Mummy nak ucapkan selamat hari raya pada semua. Segala salah dan silap harap di maafkan. Babai semua dan jumpa lagi entry seterusnya..Muahhh! :')




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page