HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 27 October 2015

Dannish Riffqie Hafal ABCDEFG...

Assalamualaikum.

Dannish Riffqie anak yang bijak dan paling senang nak ajar. Setiap malam sebelum tidur anak anak wajib baca dan hafal ABCDEFG... Kalau tak pandai pun takpe, Mummy tak marah pun.. Mummy cubit sikit sikit je..hehehe. Mula mula nak fokus Daniael Mieqael je sebenarnya baca ABC setiap malam. Tapi Dannish Riffqie lebih berminat baca ABC walaupun waktu tu berterabur jugalah ABC dia..comel okay!

Oleh kerana setiap malam wajib baca dan hafal ABCDEFG..akhirnya budak bijak ni berjaya hafal A-Z dengan sangat cemerlang! dan umur Dannish Riffqie waktu tu baru masuk 2 Tahun tapi dah hafal ABCDEFG dengan baik. Mummy sangat sangat bangga dengan kejayaan Dannish Riffqie, anak paling bijak ni..Syabasss Anak!!!

Video kat bawah ni dah lama sebenarnya. Saja nak share kejayaan Dannish Riffqie berjaya hafal ABC. Sebab Mummy betul betul bangga dengan anak bijak ni..Syukur Alhamdulillah.








Monday, 26 October 2015

5 Tahun Sebagai Suami Isteri

Assalamualaikum.


Syukur Alhamdulillah genap 5 tahun usia perkahwinan kami. Selama 5 tahun bersama banyak yang berubah dalam kehidupan kami. Dah 5 tahun bersama, sehingga saat ini aku masih teringat kisah paling sedih dalam kamus hidup kami. Setiap kali teringat aku dan suami pasti akan menangis bersama. Tiada siapa yang menyangka kami akhirnya dikurniakan 3 hero paling comel di dunia. 

Sebelum kahwin suami pernah berterus terang tentang kesihatan dirinya dan aku terima dengan ikhlas dan terima dirinya dengan seadanya tanpa syarat. Waktu tu kami belum ada apa apa ikatan yang sah. Sehinggalah satu hari suami yang ketika itu sedang belajar kat france tiba tiba tak sihat dan terpaksa balik Malaysia. Dekat 7 tahun bercinta jarak jauh, family suami tak pernah kenal siapa aku. Tapi suami cukup terkenal di Sabah. Suami rapat dengan semua ahli keluargaku. 

Suami balik Malaysia untuk buat pembedahan dengan segera. Aku rasa macam nak mati je waktu tu. Tak tahu nak buat apa. Nak datang KL takut family suami susah nak terima dan hanya menambah masalah suami. Setelah puas berfikir dan mendapat restu mak ayah, aku nekad datang KL dan jumpa family suami. Dalam fikiran aku waktu tu apa nak jadi jadilah asalkan aku datang sebelum suami buat pembedahan. Aku sebenarnya takut dan berdebar jugalah waktu tu. Iyelah kali pertama berjumpa dengan orang tua kekasih hatiku. Demi cinta aku sanggup berjuang..chewahh!

Orang pertama yang aku jumpa kat hospital Mama Papa. Macam macam perasaan ada waktu tu. Rasa nak terberak pun ada. Berdebar gila. Nak tengok muka Mama Papa pun takut. Nampak garang dan serius sepanjang masa. Tapi aku tetap tabahkan hati dan cuba salam Mama Papa. Mama Papa tak banyak cakap dan aku pun ambil keputusan mendiamkan diri. Kehadiranku buat suami bahagia. Tengah sakit sakit pun masih mampu berkata "terima kasih sudi datang sayang..". Aku yang mendengar rasa sebak dan laju je air mata mengalir. Entah kenapa aku terlampau sedih sangat hari tu, macam macam yang aku fikir. Aku berdoa sepanjang masa agar pembedahan berjaya dan suami cepat cepat sembuh. 

Alhamdulillah pembedahan berjaya. Tapi ada berita kurang baik untuk kami semua. Dan berita itu sukar untuk suami terima. Doktor sahkan kemungkinan suami susah dapat zuriat kesan daripada pembedahan itu. Suami waktu tu antara orang paling sedih termasuklah Mama Papa dan aku sendiri. Kali pertama aku melihat mama menangis dan ulang ulang kiss anak kesayangan dan meminta suami banyak bersabar. Aku yang hanya melihat tak sanggup menahan sebak dan air mata. Masuk bilik air aku menangis semahu mahunya. Tuhan saja yang tahu betapa aku bagai nak gila menangis dalam bilik air. Dah puas menangis aku keluar dan masuk semula. Aku tak perasan hampir setengah jam aku dalam bilik air. Suami pula mula risaukan keadaan aku.

Mama panggil dan suruh aku duduk bersebelahan dengan suami. Ingatkan air mata dah habis. Baru je duduk sebelah suami aku menangis sekali lagi. Kalau boleh aku tak nak menangis depan suami risau suami bertambah lagi sedih. Tapi nak buat macam mana air mata aku memang susah nak kawal waktu tu. Lagi lagi bila tengok suami sakit dan terbaring macam tu. Lagilah aku sedih. Langsung dah takde perasaan malu malu menangis depan mama papa. Aku menangis banyak sangat sampai suami terpaksa pujuk supaya aku jangan menangis lagi. Setelah dipujuk berkali kali aku akhirnya berhenti menangis. Bila keadaan dah okay suami tiba tiba pula menangis sambil ulang ulang cakap

"Sayang, tolong jangan tinggalkan Dzaf.."

Ya Allah.. ayat ni aku langsung tak suka dengar sebenarnya. Aku hanya angguk angguk dan geleng gelengkan kepala saja. Air mata terus mengalir tanpa henti. Nak bercakap pun susah, lagipun mama papa ada, terasa malu pula kalau mama papa dengar. Berita sedih ini kami rahsiakan daripada semua adik beradik suami yang lain.

Tiga hari suami duduk hospital. Dan aku tiga hari jugalah setia di sisi suami. Hari kedua adik beradik dan family yang lain datang melawat suami. Hanya tuhan saja yang tahu betapa aku malu dan rasa bersalah sangat. Setiap yang bertanya itu ini aku hanya mampu tersenyum dan banyak mendiamkan diri. Hari ketiga suami dah boleh balik rumah. Saat saat paling sedih aku terpaksa berpisah dengan kekasih hati. Tiket pergi balik Sabah aku ambil seminggu. Aku masih ada 4 hari. Nak tukar tiket tak boleh. Stress fikir nak pergi mana.. Belum sempat fikir itu ini, papa dah ajak balik sekali dan duduk Subang Jaya. Ya Allah segannyalah. Itulah kali pertama aku masuk rumah suami.

Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Itulah yang berlaku antara aku dan keluarga suami. Aku sebenarnya bukanlah menantu pilihan. Sebab aku orang Sabah. Mama pula tak berapa nak berkenan dengan aku. Tapi setelah apa yang terjadi kat suami semuanya terus berubah. Mama perlahan lahan terima aku seadanya. Papa jenis tak kisah asalkan anak bahagia. Setelah hampir setahun kenal hati budi dan makin mesra dengan family suami, aku di lamar menjadi tunangan orang.

Sebelum tiba hari nikah. Mama bertanya beberapa soalan untuk aku jawab dengan seikhlas hati. Berdebar jugalah nak jawab soalan soalan mama masa tu. Bimbang tersalah jawab je..kang tak jadi nikah pula..huhuhu. Antara soalan paling susah dan paling sedih nak jawab adalah tentang zuriat di masa akan datang. Iyelah doktor kan dah cakap awal awal suami mungkin susah nak dapat zuriat selepas pembedahan hari tu. Mama seolah olah tak yakin yang aku terima semua ini dengan seikhlas hati..

Mama tak yakin yang aku sebenarnya terlalu mencintai anaknya..

Mama tak yakin yang aku sebenarnya terlalu menyayangi anaknya..

Mama tak yakin yang aku sebenarnya tak sanggup hidup tanpa anaknya..

Mama tak yakin yang aku sebenarnya sanggup sehidup semati dengan anaknya..

Mama tak yakin yang aku sebenarnya sanggup korbankan segalanya asalkan anaknya bahagia bersama aku sepanjang hayat..

Mama tak yakin yang aku sebenarnya bukanlah fikirkan zuriat semata mata. Kalau Allah dah tentukan kami takde anak sekali pun aku tak kisah. Sebab aku yakin kami tetap akan bahagia bersama.

09 Oktober 2010 KLIK SINI kami sah sebagai suami isteri paling bahagia.. Tak sampai 2 bulan kahwin, alhamdulillah aku disahkan mengandung. Korang tau tak apa yang berlaku waktu tu? Korang tau tak apa yang kami rasa waktu tu? Korang tau tak???!!! (Ishh termarah pula..sorry sorry hehehe). Siapa sangka aku akan mengandung hasil benih suami tercinta. Siapa yang sangka semua ini akan berlaku.. Allah telah makbulkan doa kedua orang tua kami yang tak jemu jemu mendoakan kami supaya kami dikurniakan anak anak yang ramai.

Setelah suami mendapat tahu aku mengandung anak pertama, suami menangis semahu mahunya. Begitu juga dengan aku. Suami tak henti henti ucap rasa syukur yang amat kepada yang maha mencipta lagi maha penyayang. Suami juga tak sangka dan tak percaya yang satu hari nanti dia akan bakal jadi Daddy paling bahagia di dunia!

Rezeki kami bukan setakat itu saja.. setelah anak sulung hampir setahun aku disahkan mengandung sekali lagi..anak kedua hampir setahun aku sekali lagi mengandung... Tiada siapa yang sangka aku akan mengandung tiap tiap tahun..hahahahaha. Alhamdulillah syukur... Terima kasih Ya Allah..

.

.

.

.

.

Entri akan bersambung...




Friday, 23 October 2015

Video Pertama Dalam Blog

Assalamualaikum.

Kali pertama masukkan video dalam blog. Tak sangka berjaya! Kesianlah aku ni ketinggalan zaman. Orang lain dah beratus ratus video dalam blog. Aku baru belajar nak masukkan video dalam entri, itu pun segan segan nak post..hahahaha. Selalu ambil video terus post kat Instagram dan Facebook je. Dalam blog ni tak pernah buat lagi. Sekali buat rasa seronoklah pula bila berjaya..hehehe.



Okay ini anak sulung Mummy Daniael Mieqael. Video ni dah lama sebenarnya. Waktu tu Daniael Mieqael dah 5 bulan belajar kat sekolah Smart Reader. Umur masih dalam 3 tahun lebih. Sekarang budak hensem ni dah masuk 4 tahun. Alhamdulillah sejak hantar masuk sekolah Daniael Mieqael dah berjaya hafal ABC dan 123 dengan baik. Selain hafal ABC dan I23 banyak jugalah perubahan lain seperti dah pandai menulis mewarna dan kenal semua huruf ABCDE. Paling seronok dah ramai kawan. Asal je cuti sabtu Ahad mesti mengamuk nak pergi sekolah. Rindu kawan kawan katanya..hehehe.

Sebelum hantar masuk sekolah, Daniael Mieqael selalu bercakap guna bahasa france. Mummy Daddy je kot yang faham bahasa dia. Tapi sejak masuk sekolah. Alhamdulillah dah boleh bercakap bahasa melayu dengan betul. Lega hati Mummy Daddy anak sulung dah pandai berkata kata..hehehe. Bahasa english pun Daniael Mieqael dah faham dan bolehlah cakap sikit sikit. Takpelah masih awal lagi kan.

Ehem ehem dah berjaya letak video dalam blog ni tak mustahil video lain akan muncul. Mummy dahlah jenis suka ambil video banyak banyak. Habislah lepas ni..hahahahahaaa





Thursday, 22 October 2015

Aku Membebel Pasal Jerebu Lagi.

Assalamualaikum.


Aku selepas dapat tahu pasal penyakit demam kepialu ni sangat risaukan keadaan suami sebenarnya. Suami nak outstation ke Myanmar. Selepas ke Myanmar nak pergi ke Bangkok pula. Lama pula tu, macam macam dah dalam kepala otak aku ni fikir keadaan suami nanti. Aku tak pastilah keadaan jerebu negara sana macam mana. Malaysia pun dah teruk inikan pula negara luar. Sejak hari selasa hari tu suami tak masuk ofis sebab batuk batuk dan sakit tekak. Kadang kadang sakit kepala. Aku risau sangat ada kena mengena dengan demam kepialu ni. Jumpa doktor, doktor sahkan hanya batuk batuk biasa saja. Tapi aku biasalah, selagi tak sembuh selagi itulah aku risau sepanjang masa.

Setakat ni suami tak demam lagi. Tapi sebab nak outstation jauh jauh ni risau jugalah. Aku dah cuba halang supaya suami tak perlu pergi dan cari pengganti saja tapi semuanya jadual penuh dan masing masing perlu ke luar negara..huh rasa nak makan orang je bila dengar. Nak tak nak aku terpaksa pasrah sebab itulah kerja suami aku dan aku sangat berharap agar semuanya akan baik baik saja nanti.

"YA ALLAH YA TUHANKU.. kau lindungilah suamiku. Semoga dia selamat pergi dan balik dalam keadaan sihat sihat saja..Aminn.."






"Demam Kepialu"

Assalamualaikum.

Sekadar gambar hiasan..Tehehehe

Sekarang ni setiap kali keluar rumah hantar anak anak ke rumah pengasuh mesti laju laju dukung anak masuk rumah pengasuh. Takut tengok jerebu kat luar teruk gila. Sejak hari ahad tu lagi sampai sekarang keadaan jerebu makin hari makin teruk. Macam macam penyakit timbul sekarang ni. Paling terbaru "Demam Kepialu".

Aku mula mula tak faham apa maksud demam kepialu ni. Iyelaaa tak pernah dengar kan sebelum ni. Nama pun macam pelik je bunyi dan tak comel langsung  nak sebut..hehehe. Okay aku nak share sikit pasal "Demam Kepialu" yang aku google dan cuba faham maksud penyakit ni. Tak sangka demam kepialu ni sangat merbahaya untuk kita semua. Jadi berhati-hatilah ye kesayangan semua. Paling penting minumlah air kosong sebanyak mungkin..


DEMAM KEPIALU
Demam kepialu adalah jangkitan bakteria yang memberi kesan kepada beberapa organ badan. Ia mudah dijangkiti, serta serius dan mengancam nyawa jika dibiarkan. Ketahui tanda-tanda jangkitan typhoid, cara ia tersebar dan langkah yang boleh diambil untuk melindungi keluarga anda apabila anda ke luar negara. 

Demam kepialu disebabkan oleh Salmonella typhi, sejenis bakteria yang sama daripada genus yang sama yang menyebabkan keracunan makanan salmonella. Ia mudah dijangkiti. Demam kepialu tersebar melalui sentuhan dengan najis dan air kencing orang yang dijangkiti. Ia merupakan penyakit biasa di negara yang tidak mengamalkan kebersihan, di mana najis manusia boleh mencemari sumber minuman dan makanan dengan mudah.

TANDA TANDA JANGKITAN AWAL
Tanda-tanda jangkitan awal kebiasaannya sederhana dan boleh sembuh dalam masa dua minggu. Tanpa rawatan, satu dalam lima kes typhoid boleh membawa maut sementar mereka yang selamat mungkin mengalami masalah fizikal atau mental. Kerana itulah demam typhoid perlu dirawat secepat mungkin dengan antibiotik. Kes typhoid yang serius memerlukan rawatan di hospital dan suntikan antibiotik.

Anda mungkin mengalami antara yang berikut:
Suhu tinggi: 39-40°C (103-104°F) Sakit perut Sakit kepala Sembelit atau cirit-birit.

Dapatkan vaksin: 
Terdapat dua jenis vaksin yang memberikan anda perlindungan daripada demam kepialu. Temui pakar kesihatan anda tentang imunisasi yang betul. Minum air yang telah dibasmi kuman menggunakan bahan kimia, dibotolkan atau dididihkan. Sekiranya air itu tidak dididihkan terlebih dahulu, elakkan meminum, membasuh makanan atau memberus gigi dengan air paip. Hanya ambil minuman berbotol jika boleh atau air yang telah dibasmi kuman secara bahan kimia. 

Elakkan makan makanan yang tidak dimasak. Pastikan makanan yang anda ambil dimasak sepenuhnya untuk menghapuskan kuman-kuman merbahaya. Amalkan kebersihan tangan yang baik. Ingat untuk membasuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air bersih. Jika anda di luar dan tidak menemui sabun atau air, gunakan Pembasmi Kuman Tangan untuk membunuh 99.9% kuman.




Wednesday, 21 October 2015

Wordless Wednesday 28 : Selfie Dengan Anak Manja.







Dah puas selfie dengan anak manja, Mummy wajib selfie sendirian berhad pula..tehehehe 
Okay babai..




Tuesday, 20 October 2015

Kisah Almari Baju Aku

Assalamualaikum.


Hari ahad baru baru ini jerebu kembali mengganas. Kalau ikutkan hari sabtu tu lagi bacaan IPU jerebu kurang baik tapi hari ahad bacaan IPU paling teruk. Nak keluar rumah pun takut. Tak sesuai bawa anak anak keluar buat masa ini. Sekolah pun dah dua hari tutup sejak hari isnin lagi. Daniael Mieqael dah dua hari berturut turut ikut Mummy masuk ofis. Nak tinggal kat rumah ummi tak nak. Terpaksalah Mummy bawa sekali.


Hari ahad baru baru ini sebenarnya adalah hari penting untuk aku. Hari untuk aku mengemas dan susun semula segala baju baju dalam almari aku. Almari khas untuk baju baju aku je tau. Almari suami dan anak anak kalau boleh tak nak sentuh langsung. Kesian tengok almari tu, makin hari makin susah nak tutup. Baju terlampau banyak. Sebenarnya dah banyak kali cuba nak buat operasi membersihkan almari tu. Tetapi misi aku selalu gagal! Kali ini tak boleh gagal. Walau apa pun terjadi. Almari kesayangan aku tu perlu dikerjakan habis habisan sampai aku betul betul puas hati..hahahaha. Suami ada bolehlah tolong jaga anak anak. Kalau suami takde jangan haraplah aku boleh sentuh almari baju ituuuu..

Aku cuba asingkan mana yang masih boleh pakai dan tak boleh pakai untuk aku beri pada orang saja. Itupun kalau ada yang nak lah. Nak buang macam sayang pula. Sebab kebanyakkan baju aku ni elok lagi sebenarnya cuma saiz je tak muat dan fesyen lama. Yang dah bertahun tahun aku pakai masa bujang pun ada lagi ni. Tak pernah sangka aku dulu pakai saiz xs. Kurus kering gila! Sekarang kalau pakai saiz xs ni Ya Allah..boleh meroyan..hahahaha. Aku sekarang layak pakai saiz M dan L je. Saiz XL tak pernah pakai lagi. Terlalu besar untuk aku. 

Sambil sambil kemas tiba tiba boleh berangan pula nak pakai balik baju baju lama aku yang bersaiz xs tu. Boleh ke saiz badan aku ni kembali normal seperti time bujang bujang. Rasanya tak boleh dah kot. Tapi kalau aku usaha lebih dan diet kaw kaw tiada yang mustahil. Tunggu dan lihat ye..tehehehe (mengada ngada betul :p)

Bukan senang nak kemas satu almari tu. Penat gila. Mana taknya kena lipat semula dan susun cantik cantik dalam almari. Tapi takpelah walau penat pun aku tetap puas hati. Asalkan baju baju dalam almari berkurangan. Tiga jam kemas satu almari. Tiga jam aku bersendirian dalam bilik. Dahsyatt betul. Anak anak pun good boy je semua dan aku tak perlu jadi harimau kelaparan. Entah berapa kali aku makan nasi hari tu sebab nak kembalikan tenaga aku yang hampir hampir saja nak pengsan. Suami nak beri bantuan tolong apa yang patut aku tak nak. Sombong. Haaaa kan dah sakit sakit badan. Tapi aku tak kisah pun sakit badan sebab nanti suami boleh tolong urutkan..hehehe. Yang penting bagi aku misi harus berjaya. 


Alhamdulillah akhirnya aku berjaya juga sempurnakan misi aku. Macam macam harta yang aku jumpa dalam almari. Selama ni sibuk cari merata rata tempat tapi rupa rupanya tersembunyi dalam almari. Nampak sangat aku jarang kemas almari sendiri. Balik balik aku kerjakan almari anak anak je. Apa pun tahniah untuk aku sebab berjaya sempurnakan misi penting yang dah lama aku tangguh tangguh selama ini. Keesokkan hari terus selfie sebelum pergi kerja dengan hati riang ria..hehehe.

Okay Babai.. :-)




Thursday, 15 October 2015

Sempena Cuti Maal Hijrah.

Assalamualaikum.

Semalam cuti Maal Hijrah. Bestnya cuti kan. Boleh bangun lambat dan boleh golek golek atas katil dengan anak anak. Suami ada lagilah seronok. Semua tak payah mandi awal. Santai santai dulu atas katil sambil gomol gomol sesiapa saja yang berbau masam masam manis...HAHAHAHAHA. 

Semalam suami beli roti canai untuk breakfast kami anak beranak. So pagi tu aku tak perlu kelam kabut sediakan breakfast. Suami aku yang terlampau baik hati itu telah mudahkan kerja aku..hehehe. Ohh yaaa anak anak memang penggemar roti canai termasuklah yang paling bongsu tu. Makan roti canai bukan sikit sikit tau tapi banyakkk. Roti canai campur dengan susu pekat F&N atau campur madu sikit memang mengundang selera anak anak. Mummy pun suka makan macam tu..sedapppp! :')

Sepanjang hari aku langsung tak sentuh kerja kerja rumah. Aku hanya melayan suami dan anak anak. Malas nak buat kerja sebenarnya. Lagi suka santai santai depan tv dengan family. Saja nak hilangkan stress. Setiap kali ada peluang macam ni, memang seronok sangat. Suami kan selalu outstation. Bila suami ada kebahagiaan kami anak beranak hanya Allah saja yang tahu. Kalau hari hari dapat bersama bahagianya.

Tengahari tu suami ajak makan kat luar. Semalam jerebu nampak okay sikit. Nak bawa anak anak keluar pun senang hati dan aku tak perlu stress dengan jerebu..


Mummy anak tiga wajib selfie okay..tehehe :p

Malas nak pergi jauh jauh. Kami keluar makan kat Alamanda je. Lagipun nak cari barang keperluan anak anak seperti susu dan pampers. Mula mula nak pergi Ioi Putrajaya. Tapi malas pula nak ke sana. Tunggu hujung minggu ni sebab tekak aku tiba tiba teringin nak makan cendol durian..hehehe.

Sampai Alamanda terus makan. Kami makan kat Chicken Rice Shop. Wajib bagi budak budak hensem ni makan kenyang kenyang. Walaupun makan roti canai banyak, tengahari wajib makan. Restoran Chicken rice shop ni memang sesuai untuk anak anak aku makan sebab anak anak suka makan ayam. Lagi lagi kalau ada sup..huh berselera habis. Alhamdulillah anak anak makan banyak. Dah habis makan teruslah kami bersukaria lagi.

Budak kekenyangan sampai tak larat nak senyum..hehe

Serius benar bawa kereta

Sebelum kereta ni bergerak Rayyan Ashraff senyap je waktu ni..

Bila dah start bergerak Ya Allah bisingnya budak pakai baju polo tu..hahaha.

Dah habis masa. Syiling pun dah habis. Tapi budak bertuah ni tak nak keluar. Seronok sangat main kat dalam tu. Apa lagi Mummy snaplah gambar dia banyak banyak. Geram pula Mummy..






Rayyan Ashraff tak boleh jalan lagi ni. Masih dalam fasa merangkak lagi. Tapi kalau kita pegang tangan comel dia tu bolehlah jalan sikit sikit.

Tengoklah betapa excitednya anak Daddy ni dapat jalan jalan..hehehe.

Dah puas jalan jalan dengan Daddy, sambung jalan jalan dengan Mummy pula.


Bab nak bagi dia jalan ni memang tak nak berhenti langsung. Kalau boleh nak jalan je tanpa henti. Kita berhenti sekejap dia mulalah membebel suruh kita jalan. Kalau dah boleh berjalan ni confirm Mummy Daddy tak boleh kawal. Takpelah sekurang kurangnya cepatlah Mummy slim  mengejar kamu sayang..


Tuesday, 13 October 2015

Dannish Riffqie Dan Spek Mata.

Assalamualaikum.



Budak bertuah ni kan kerja dia siang malam pakai spek mata. Sampai kan nak tidur pun pakai spek mata. Tak pakai pun takpe asalkan spek mata dapat pegang dan tidur sekali dengan dia. Bila tersedar dari tidur, benda pertama dia buat cari spek mata. Kalau spek mata tiba tiba takda atau hilang mulalah kecoh satu rumah. Mengamuk membebel suruh kita cari sampai jumpa. Entah kenapa dia sukaaaa sangat dengan spek mata mami ni. Paling sedih spek mata ni dah jadi hak milik dia pula. Orang lain nak pinjam pun tak boleh. Kononnya itu dia yang punya! Eksyen betul dia ni..


Pernah sekali masa nak hantar dia kat rumah pengasuh (kak yani) tiba tiba dia buat perangai nak bawa spek mata. Aku dan suami layan jelah asalkan dia tak menangis. Tengahari tu kak yani call  dan beritahu spek mata Dannish Riffqie patah. Mami tanya kak yani, Dannish Riffqie menangis tak. Kak yani jawab Dannish Riffqie tak nangis tapi langsung tak nak makan dan tak nak minum susu. Ajak main pun tak nak. Kesian pula dengar. Sejam kemudian mami call kak yani pula tanya keadaan Dannish Riffqie. Kak yani jawab tetap sama tak nak makan, tak nak minum susu dan tak nak join kawan kawan yang lain bermain. Mami dah mula risau. Takkan sebab spek mata patah Dannish Riffqie jadi macam tu. Kesiannyalah..


Tak sampai sejam kak yani call pula dan beritahu Dannish Riffqie dah okay. Makan dan minum susu pun banyak. Tanya kak yani macam mana Dannish Riffqie tiba tiba nak makan dan minum susu. Kak yani jawab dia cuba pasang balik spek mata patah tu. Dah siap pasang, Dannish Riffqie terus nampak okay dan happy.  Ya Allah anak aku ni bahaya betul. Sampai macam tu sekali perangai dia. Itu baru spek mata patah. Kalau dah besar nanti dan tiba tiba putus cinta dengan girlfriend dia, macam mana lah Mummy Daddy nak handle nanti. Alahai tak boleh bayangkan....

*** spek mata tu terpaksa letak bintang banyak banyak. Sebab bayang bayang mami kelihatan sangat seksi..hehehee :p

Monday, 12 October 2015

Kelam Kabut Masuk Ofis

Assalamualaikum..

Pagi tadi bangun lambat. Mana taknya semalam aku dan suami layan Akademi Fantasia 2015 sampai jam 12 malam. Lepas tu tak boleh tidur. Buat milo panas dan makan roti campur nutella. Dah kenyang masuk bilik dan cuba tidur. Kami masih tak boleh tidur. Suami ajak berborak itu ini sampailah kami tertidur. Bangun bangun je dah sembahyang subuh. Omaigod akulah orang paling kelam kabut pagi tadi sebab tak sempat gosok baju kerja. Nasib baik barang anak anak nak hantar ke rumah pengasuh dah settle awal awal. 




Laju laju bawa kereta. Risau terlewat je nak punch sebelum jam 8.00 pagi. Nasib baik semua lampu hijau. Sampai ofis cun cun jam 7.58 pagi. Lega rasa dan terus selfie..tehehe. Okay babai.. 


Sunday, 11 October 2015

Gagal Masak Kari Ayam

Assalamualaikum.



Aku dah dua kali cuba masak kari ayam. Dua kali gagal. Kecewa sangat. Kesian suami aku teringin nak makan kari ayam tapi aku tak reti nak masak. Semalam cuba lagi. Masih gagal :'(

Bilalah aku nak pandai masak masakan melayu ni. Nak masuk 7 tahun dah duduk semenanjung aku masih gagal masak masakan melayu. Secara jujurnya seumur hidup aku inilah kali pertama aku masak kari ayam. Masa kat kampung (sabah) memang tak pernah masak pun kari ayam ni. Ibu aku lagilah tak pernah masak kari ayam. Mesti korang pelik kan. Tak payah nak pelik pelik, orang sabah memang jenis tak makan kari ayam. Kat sabah selalu masak makanan yang memang susah nak cari kat semenanjung ni. Dah puas cari memang tak pernah jumpa.

Oleh kerana family aku jenis tak makan kari ayam. Sekali makan, confirm cirit birit. Itu cerita dulu. Sekarang ni aku tak pasti. Rasanya adik beradik aku yang lain dah pandai makan kari ayam kot. Sama ada dah pandai masak sendiri atau pun makan kat luar. Aku pun tak pasti.

Yang pasti aku dah pandai dan boleh makan sikit sikit kari ayam tapi masih cirit birit lagilah kalau aku terlebih makan terutamanya kari ayam mamak. Allah seminggu jugalah aku cirit birit. Dah lama suami teringin nak makan kari ayam hasil tanganku. Tapi itulah..benci betul tak pandai pandai! Nak masuk dapur pun takde mood nak masak. Tengok resepi kari ayam ni nampak macam senang je. Sekali buat rasa nak menangis pun ada. Alang alang aku dah masak tu suami tetap cuba habiskan juga walaupun rasa dia lain macam. Bagi aku tak sedaplah. Tapi suami tetap kata sedapp.

"Sorry sayang, nanti mami cuba lagi ye sampai berjaya.."



Friday, 9 October 2015

Rambut Gugur.

Assalamualaikum.



Aku selepas melahirkam anak ketiga, keguguran rambut aku semakin menjadi jadi. Bukan gugur biasa biasa je tapi tahap aku meroyan setiap hari. Geram dan sedih je tengok rambut aku gugur berterusan. Bukan gugur sikit sikit tapi banyak okay. Aku hari hari mandi dan basahkan rambut. Shampoo pula dah macam macam shampoo aku guna. Pantang tengok iklan shampoo kat tv, mesti nak cuba. Shampoo yang pernah aku cuba setakat ini rejoice, pantene, safi, clear dan sunsilk. Tapi hasilnya mengecewakan. Sedih okay! :'(

Sebelum ni tak pernah lagi terjadi macam ni. Masa melahirkan anak sulung dan anak kedua rambut aku gugurlah juga sikit sikit. Tapi takdelah seteruk ini. Sekejap je kot rambut aku gugur. Lepas tu kembali normal. Tapi kali ini paling teruk. Tak tahan dah tengok rambut aku ni merata rata dan bersepah sepah dalam rumah. Aku jenis rambut lebat. Yang peliknya rambut aku tak nipis nipis walaupun keguguran rambut aku tahap kritikal. Bukan ke kalau dah gugur rambut semakin ke arah botak? Tapi aku belum botak lagilah. Rambut pun masih lebat lagi tapi itulah hari hari gugur stress jugalah nak layan rambut aku ni!

Ada tak siapa siapa yang pernah alami rambut gugur dan berjaya cari penawar? Kalau tak pun sharelah kat aku petua petua korang untuk hentikan keguguran rambut aku ni. Atau ada shampoo yang lebih baik dan lebih berkesan untuk aku cuba. 

Terima kasih sudi membantu..


Thursday, 8 October 2015

Kebaikan dan khasiat Teh Hijau / Green Tea

Assalamualaikum.


Aku sejak anak bongsu dah setahun ni baru terfikir pasal diet atau lebih kepada nak kurus. Sebelum ni terfikir jugalah nak diet tapi sebab anak masih menyusu dan aku wajib makan banyak terutama sekali makan nasi dalam kuantiti yang sangat banyak. Kalau aku tak makan nasi dalam sehari mulalah aku jadi harimau kelaparan. Makanlah apa pun, tanpa nasi aku tetap akan kelaparan tahap nak makan orang rasanya..tehehe. Sekarang aku masih makan nasi seperti biasa. Kadang kadang terlebih dan kadang kadang terkurang makan nasi. Tak kisahlah janji aku makan nasi. Wajib okay!

Sekarang aku tengah amalkan satu minuman best ni dan wajib minum setiap hari. Korang pernah tak dengar pasal teh hijau / green tea? Mesti pernah dengar kan. Aku dah sebulan amalkan minum teh hijau ni. Sekurang kurangnya sekali sehari. Tak berani lagi ambil secara berlebihan takut cirit birit pula. Rasanya tak ramai yang suka minum teh hijau ni sebab rasa dia tawar dan sedikit pahit. Aku mula mula minum teh hijau ni terus rasa nak termuntah. Rasa dia pahit tawar dan tak sedap langsung! Kalau letak gula okay kot rasanya tapi teh hijau ni lagi elok diminum tanpa gula sebenarnya. Tapi bila dah selalu minum dan amalkan setiap hari rasanya lebih kurang je dengan teh o biasa yang kita minum tu. Cuma yang ni tawar dan tiada gula langsung. Sejak aku amalkan minum teh hijau ni kesan paling ketara sekali berat badan aku turunlah sikit. Tak turun banyak pun. Sebab baru amalkan sebulan kan. Kalau aku terus amalkan ni mungkin tiba tiba jadi kurus kering kot. Omaigod! tak nak lah sampai kurus kering, muka cengkung semacam. Kurus sikit sikit dahlah asalkan cantik..hehehe

Siapa yang rasa nak kurus dan cantik bolehlah amalkan minum teh hijau ini setiap hari. Banyak khasiat yang terkandung dalam teh hijau ni. Antaranya membantu mengawal berat badan, mencantikkan kulit, mengurangkan kolestrol, mencegah kanser, menurunkan tekanan darah, mencegah keracunan makanan dan banyak lagilah khasiatnya. Tapi biasanya teh hijau ni menjadi pilihan orang orang yang nak kurus dan cantik termasuklah aku..hehehehe.



Setakat ini aku cuma minum brand Boh je. Itu pun suami yang belikan. Tak tahu pula ada macam macam brand. Takpelah brand Boh ni pun okay juga. Lagipun suami yang belikan. Sayang pula kalau tak minum. Sekotak ada 50 dan aku minum baru sebulan. Sehari wajib minum sekali. Harga pun murah je. Tunggu yang ni habis barulah cuba brand lain pula. Teh hijau ni dah jadi salah satu minuman kegemaran aku dah sekarang..Hehehe. Jadi jomlah sama sama amalkan teh hijau ni. Kesan dia memang luar biasa. Kalau tak percaya cubalah dulu..hehehe. Okay babai!




Tuesday, 6 October 2015

Aku Semakin Malas Update Blog.

Assalamualaikum.


Aku sekarang ni makin lama makin malas update blog. Bila aku dah rajin sikit menaip mesti nak stop sekejap ikut mood. Kesudahannya terbiar macam tu je. Haih bilalah nak rajin ni haaaa?! Aku sebenarnya tengah cuba merajinkan diri untuk update blog macam dulu. Bukanlah nak update setiap hari. Tapi sekurang kurangnya dapat update blog dua atau tiga entri seminggu pun dah kira okay. Terlampau banyak nak cerita dalam blog ni tapi entah kenapa aku malas sangat nak menaip sekarang ni. Cerita Raya yang aku janji janjikan hari itu pun aku tak sempat update lagi. Sabar jelah..

Hari ini mood nak update blog tiba tiba datang. Kalau aku tiba tiba update cerita basi lepas ni faham faham jelah ye. Mood nak update blog dah kembali aktif lah tu..hehehe. Hari ni tak nak cakap banyak. Aku tak berapa sihat sangat sebenarnya. Terpaksa ambil cuti. Aku update blog ni pun sebab tak tau nak buat apa. Boring. Tapi tak boleh taip panjang panjang. Ngantuk. Tadi pergi klinik lepas tu makan ubat. Ubat tu buat aku mengantuk. Sekarang ni baru rasa nak tertidur. Oklah nanti kalau aku rajin, aku update lagi ye. Babai..




Saturday, 3 October 2015

Jerebu

Assalamualaikum.



Ya Allah jerebu semakin teruk sekarang ni. Nak bawa anak anak keluar rumah pun risau. Dahlah hari ini nak bawa tiga beradik ni balik Subang Jaya. Bila tengok keadaan jerebu macam ni stressnyalah. Minggu lepas jerebu dah okay sikit tapi minggu ni makin teruk pula. Nak bernafas dalam rumah sendiri pun susah. Padahal langsung tak buka tingkap. Penglihatan dalam rumah pun jadi kabur kabur. Stress betul dengan jerebu ni. Benci aku!

Dua hari lepas hujan lebat. Hujan turun selebat lebatnya. Aku punyalah seronok tahap melompat lompat keriangan tengok hujan tiba tiba mengganas..hahahaha. Kalau boleh nak berdoa supaya hujan turun setiap hari untuk kurangkan IPU. Tak tahan dah tengok jerebu ni. Sakit mata dibuatnya. Tapi hari ini takda tanda tanda nak hujan pun :'(

Buat kesayangan semua jaga kesihatan ya. Jangan lupa minum air banyak banyak dan pakai mask bila keluar rumah. Tata..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page