HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 25 November 2015

Wordless Wednesday 32 : Gambar Family



Mummy dah ada empat hero kesayangan dalam hidup. 
Bilalah Mummy dapat geng masak masak kat dapur ni. 
Teringin sangat nak pakai baju sama dan ala ala kembar dengan anak perempuan. 
Tapi itulah rezeki kami suami isteri untuk anak perempuan belum ada lagi. 
InsyaAllah.. semoga satu hari nanti Allah tunaikan..aminnn.



Thursday, 19 November 2015

Aku Bukanlah Blogger Glamer.

Assalamualaikum.


Dulu masa awal awal buka blog ni, tujuan asal aku untuk suka suka je sebenarnya. Aku tak pernah kisah pun ada yang sudi baca ke tak blog aku yang biasa biasa je ni. Tapi sejak ada blog ni setiap kali aku ke mana mana ada saja yang kenal dan tegur aku..ehh tetiba aku akan rasa malu pula masa tu..hehehe. Iyelah aku sedar siapa diri aku. Aku bukanlah blogger glamer. Penulisan aku bukannya hebat pun. Bila ada orang tegur macam tu serius aku rasa malu semalu malunya tau!


Kadang kadang ada orang tegur kat Instagram dan facebook bila aku nak update blog? Ya Allah terharu sangat tau tak. Tak sangka selama ini ada juga yang sudi baca blog aku walaupun kadang kadang entri yang aku tulis tu syiok sendiri dan entah apa apa..hehehe. Bila ada orang tanya macam tu aku rasa macam dihargai pula. Terus rasa bersemangat nak update blog..HAHAHAHAHAAA 

Hari tu pernah terfikir nak tutup je terus blog ni. Sebab hampir setahun tak update blog kot masa tu. Tapi bila fikir fikir balik macam sayang pula nak tutup blog ni. Lagipun adik beradik aku kat kampung (Sabah) pasti mengamuk kalau aku tutup terus blog ni sebab adik beradik aku suka singgah blog ni. Comel je kan..hehehe. 

Apa pun terima kasih semua sebab sudi baca dan singgah blog aku yang sangat biasa biasa je ni. Sayang korang semua ketat ketat..muahh!




Wednesday, 18 November 2015

Wordless Wednesday 31 : Selfie Suami Isteri


Mahal Na Mahal Kita LASA!





Monday, 16 November 2015

Video Rayyan Ashraff Berjaya Jalan Sendiri.



Assalamualaikum. Hari ini Mummy nak share berita gembira kat korang semua. Excited Mummy nak update blog hari ini sebab anak bongsu dah berjaya jalan sendiri...Yahuuuuu! hehehehe.

Sebenarnya dah seminggu Rayyan Ashraff menapak satu dua langkah, lepastu jatuh. Dah jatuh bangun semula dan terus berjalan setapak demi setapak. Tapi sejak dua tiga hari ni Rayyan Ashraff dah boleh berjalan jauh sikit. Mummy paling berdebar okay. Teruja tengok dia berjaya jalan sendiri siap kata " hai hai..bye bye" lagi kat Mummy..hahahaha. Okay Mummy tak nak cakap banyak. Jom layan video anak kesayangan Mummy ni ye..

Babai semua :)




Thursday, 12 November 2015

Video Dannish Riffqie # 2






Alhamdulillah....
Seronoknya bila anak dah pandai dan kenal semua warna.
Mummy tak pernah ajar pun. Dia belajar sendiri dari Abang dia Daniael Mieqael.
Tak sangka anak bertuah ni sebijak ini..Syukur Alhamdulillah.


*Ehem abaikan suara Mummy yang paling comel ituuuuu..tehehe.

Wednesday, 11 November 2015

Wordless Wednesday 30 : Mummy Ratu Selfie..Tehehehe




Bila aku pakai shawl ala ala artis ni ramai pula yang ingat Mummy seperti anak dara berumur 20an. Padahal nak masuk 35 tahun dah. Anak pun dah nak masuk keempat..Opppsss tigalah..hehehe. Okay babai :-)


Friday, 6 November 2015

Video Rayyan Ashraff




Alhamdulillah semalam Rayyan Ashraff genap 1 tahun 3 bulan. Semakin bijak, berjiwa sensitif dan paling garang. Mentang mentanglah dia anak paling bongsu, abang abang dia dua orang tu senang je dia nak buli. Suka marah marah, pukul pukul ikut suka hati dia je. Nasib baiklah dapat abang abang jenis baik hati walaupun kena buli banyak kali dengan anak bertuah ni. 

Kalau Abang tegur atau kena marah dengan abang abang dia, mulalah membebel sorang sorang dan menangis tanpa air mata...hehehehe. Kecil kecil dah pandai buat drama..comel je itu yang kena cium berjuta juta kali tu..hehehehe.



Rayyan Ashraff dah masuk 1 tahun 3 bulan masih belum ada tanda tanda nak jalan. Tapi merangkak sangat sangat lajuuuuuuu. Penat Mummy nak kejar. Hobi baru suka memanjat sana sini. panjat meja, panjat sofa dan panjat katil. Semua tempat tinggi dia nak panjat. Dalam masa yang sama dah berkali kali tergolek dan jatuh tapi tetap akan buat lagi dan lagi sampai dia puas hati. Lasak betul dia ni. Lagi lasak dari Abang abang dia. Huh kalau Mummy tak slim juga tak taulah..hehehehe.

Rayyan Ashraff sekarang ni suka sangat main lego. Kadang kadang lama betul dia main lego ni sorang sorang. Mummy basuh kain sampai siap masak pun dia masih main lego. Mummy paling seronok kalau hari hari macam ni, takdelah Mummy asyik nak kejar dia sana sini. Bagi je lego, dia akan duduk senyap senyap. Kalau dah berjaya pasang lego tu, dia akan tunjuk kat kita kalau tak pun dia akan tepuk tepuk tangan yang kononnya dia berjaya pasanglah tu. Dah siap pasang semua, dia akan buka balik semua dan pasang lagi... Bijak kesayangan Mummy ni :')



Thursday, 5 November 2015

Aku Dan Warna Hitam.



Assalamualaikum. Aku sebenarnya tak berapa minat sangat pakai shawl warna hitam. Setiap kali pakai terasa muka nampak pucat dan tak ceria je. Kadang kadang orang akan tegur muka aku nampak pusat je kalau pakai tudung warna hitam. Padahal dah pakai mekap bagai. Gambar selfie aku kat atas ni entahlah tak tau nak cakap. Macam macam mood bila pakai tudung hitam ni. Rasa nak makan orang pun ada, mesti rasa nak marah marah je hari tu. Kalau tak pun asyik kena marah dengan bos. Benci tau!

Tapi baru baru ni dalam aku tak suka tudung / shawl warna hitam ni aku tetap terbeli juga tanpa sedar..Dahsyat sungguh kan. Sebenarnya tudung / shawl warna hitam ni cantik. Tapi mungkin tak sesuai untuk aku. Mungkin aku jarang sangat pakai tudung warna hitam kot. Sebab tu bila pakai rasa pelik lain macam je. Tapi dari segi baju dan seluar, dalam almari baju aku penuh dengan warna hitam. Hampir kesemuanya warna hitam. Sekarang ni kalau nak shopping pakaian mesti pilih warna warna ceria  je dan bukannya warna hitam lagi. Suami aku sampai stress tengok aku asyik pakai serba hitam. Sedih okay. Okaylah okaylah mulai sekarang aku nak pakai warna warnilah macam artis kesayangan aku tu Neelofa dan che tah yang selalu pakai warna warni. Nampak comel dan cantik jee sepanjang masa. Asalkan aku jangan kelihatan seperti badut sudah..hehehehe :p Okay babai...





Wednesday, 4 November 2015

Wordless Wednesday 29 : Selfie Dengan Anak Manja Lagi..







 Ehem ehem terasa slim pula dalam gambar ni. Padahal...huhuhuhuhuuu

Monday, 2 November 2015

Pendaftaran Daniael Mieqael Ke Smart Reader 2015

Assalamualaikum..

Alamak cerita yang aku nak share kat korang ni dah basi agaknya. Sepatutnya nak cerita awal tahun hari tu. Tapi asyik tak sempat je nak update dan terus terlupa. Kalau tak diblogkan sayangnyalah. Dah takde kenangan untuk hari tua. So hari ini nak ceritalah sikit pasal pendaftaran sekolah anak aku awal tahun hari tu.

Sepatutnya pendaftaran perlu disettlekan tahun lepas 2014. Tapi disebabkan banjir yang melanda di beberapa kawasan semenanjung malaysia, maka sesi pendaftaran masuk sekolah terpaksa  ditangguh ke tahun 2015. 

02012015 hari tu bermulalah sesi pendaftaran Smart Reader. Kebetulan suami cuti sempena maulidur rasul. Sedangkan aku wajib masuk kerja. So pagi tu aku masuk kerja macam biasa. Tepat jam 10.00 pagi aku keluar setelah mendapat keizinan bos bos tersayang untuk settlekan pendaftaran anak masuk sekolah. Suami dah siap siap tunggu bawa ofis. Dalam kereta anak sulung aku Daniael Mieqael dah mula kecoh cerita pasal nak pergi sekolah. Kami suami isteri hanya senyum sahaja layan keterujaan dia nak pergi sekolah. Balik balik dia ulang ulang cakap

"Mummy, Abang nak pergi school!"
"Daddy, Abang nak pergi school!"

Itu jelah yang dia ulang ulang sepanjang perjalanan ke Smart Reader. Nampak sangat betapa excitednya anak aku ni nak pergi School..hehehe

Kami sampai di Smart Reader jam 10.15 pagi. Dekat je dengan ofis sebenarnya. Tapi lagi dekat kalau dari rumah. Jalan kaki pun sampai :')

Wajah kesayangan Mami yang terlampau happy nak masuk sekolah siap pakai beg lagi..hehehe.


Sepanjang masa buat peace..hehe


Korang tau tak apa yang ada dalam beg sekolah Daniael Mieqael ni. Adoi rasa nak ketawa pula. Dalam beg tu bukan ada buku atau alat tulis pun, yang ada pampers dan botol susu saja. Sebelum keluar tadi sempat lagi Mummy pujuk dia supaya jangan malukan Mummy Daddy. Tak pasal pasal teacher tergelak nanti. Bayangkan bantal bushukk dia pun nak sumbat sekali dalam beg ni. Kalau setakat nak pergi rumah mertua takpelah aku tak kisah sangat. Tapi yang ni nak masuk sekolah anak oiii! Malulah Mummy T______T.

Lama jugalah aku pujuk dia supaya tinggalkan saja bantal bushukk tu dalam kereta. Balik nanti baru peluk cium puas puas. Abang tetap tak nak. Berkeras nak bawa juga. Ishh ishh geramnyaaa aku time ni. Pujuk punya pujuk barulah Daniael Mieqael dengar kata dan tinggalkan bantal busuk dia walaupun sebenarnya dia terpaksa akur dengan permintaan mami harimau ni :p


Sementara suami uruskan segala yuran pendaftaran anak, Mummy dan Daniael Mieqael sempatlah melihat dan meronda ronda tadika tersebut. Daniael Mieqael masa ni memang seronok yang amat dan tak sabar sabar nak pergi school..hehehe

Ulang ulang dia cakap "wow cantiknyaaa!"

"Mami school abang cantiklah! (Sambil melompat lompat keriangan).

Dia tak tahu mami lagi seronok sebenarnya..hehehehe



Daniael Mieqael terlampau seronok dan macam macam jugalah dia tanya. Excited sangatlah ni.
Sayang anak mami!


Tengoklah semua kelas dia masuk! Jakunlah katakan..hahahahah

Dari luar nampak kecil je. Sekali masuk boleh tahan juga besar dan luas. Memang puas hatilah. Paling penting anak anak selamat dan selesa belajar.

Haaaaa siap ada TV lagi..

Dah siap meronda ronda, kami pun masuk bilik khas untuk ambil baju, kasut, stoking dan beg sekolah. Sekarang tengah try saiz kasut. Daniael Mieqael ni nampak je kecil tapi kaki dia panjang tau, nak cari saiz kasut dia pun susah. Kalau boleh tak naklah ambil saiz cun cun dengan saiz kaki dia sekarang, nak ambil saiz besar sikit. Sebab nak pakai kasut ni setahun kan..so kenalah ambil besar sikit..

Haaaaa nasib baik ada saiz yang sesuai. Suka tengok kasut ni comel jeee..

Dah siap pakai kasut, semangat dia nak tunjuk kat Daddy dia..

"Daddy ini kasut abang tau!" (Daddy pun layan jelah..hehehehe)

Sekarang nak try baju dan seluar sekolah pula. Anak kecil dan halus je so mami ambil saiz S. 
Kalau ambil besar sangat pun nanti nampak tak hensem pula..

Hari tu dah siap beli beg sekolah bagai untuk Daniael Mieqael. 
Last last wajib pakai beg sekolah ni pula. Takpelah janji comel..

Seluar sekolah ada dua jenis. Satu jenis seluar panjang dan satu lagi seluar pendek. 
Dua dua wajib ambil.

 Amboi excitednya mami..huhuhuhhuu. 
Haruslah excited anak sulung nak masuk sekolah kan..hehehehe

Seluar kena cari saiz yang sesuai dengan ketinggian Daniael Mieqael. Teacher suruh pakai betul betul risau saiz tak sesuai dan besar. Nak tak nak terpaksa buka seluar jeans Daniael Mieqael dan menyebabkan anak bujang mami ni berasa malu malu gitu..

Okay dah siap! Tapi tetap rasa malu malu..hehehe

Alolololoooo..hensemnya kesayangan Mami Daddy ni...
"Semoga jadi anak yang bijak pandai ye sayang.."

Kesayangan Daddy dan terlampau manja dengan Daddy..


Dah settle semua. Kami pun terus balik. Masa ni Daniael Mieqael dah lapar. 
Suami terus ajak makan tengahari kat IOI City Mall Putrajaya.



Ke mana saja pergi pasti bawa lego halus halus ni. Dah macam macam lego ada kat rumah tu, tapi ini jugalah yang paling dia sayang dan sentiasa ada kat tangan.


Hari tu apa saja kemahuan Daniael Mieqael aku dan suami cuba tunaikan. 
Daniael Mieqael memang nampak happy sangat sangat.


Sementara tunggu makanan sampai. Macam macam kami borak pasal budak bertuah ni. Walaupun Daniael Mieqael tak pandai lagi bercakap masa ni, Tapi setiap perbualan kami Daniael Mieqael faham dan dia cuba balas dengan bahasa france dia..hahahahaha.

Setiap kali dia cuba berkata kata aku dan suami pasti akan ketawa tahap tak ingat dunia. Terasa geli hati sangat..hehehehe.




Ehem ehem..setiap kali datang IOI Putrajaya, wajib makan cendol durian tau. 
Kalau tak dapat confirm mami merajuk seminggu..tehehehe.


Dengan jujurnya mami sebenarnya makan cendol durian ni sampai tiga mangkuk tau. Makan sekali tak puas. Dah makan dua tiga kali barulah puas hati. Tak percaya sudah..hehehehe ;p

Okay inilah barang keperluan Daniael Mieqael nak masuk sekolah nanti. Segala alat tulis seperti, pensel warna, pensel, pemadam, pembaris dan yang sewaktu dengannya pihak sekolah sediakan sendiri. Tapi suami tetap belikan untuk kegunaan Daniael Mieqael kat rumah pula nanti.


Sepatutnya dapat dua pasang baju je. Tapi suami tambah 3 pasang lagi so semuanya ada 5 pasang baju sekolah untuk Daniael Mieqael. Tujuan suami beli sampai 5 pasang supaya aku tak perlu basuh baju sekolah anak hari hari. Iyelah mana sempat nak basuh setiap hari, kalau suami ada waktu tu takpelah. Tapi kalau tetiba suami outstation ke apa, aku pula sendirian berhad layan tiga hero kami memang takkan sempat punya nak basuh baju bagailah kan. Bab ni aku paling suka sebab suami aku yang bijak pandai ni faham apa yang akan berlaku nanti..hehehehe.

Hari tu baju saiz S habis stok. Kami dapat 4 pasang je. Stok akan sampai bila sesi persekolahan bermula. So jangan pelik kenapa gambar kat atas tu ada 4 pasang baju je ye kesayangan semua.


Paling suka tengok kasut ni..comel jeeeee!

Beg Sekolah Daniael Mieqael. Harap harap dia tak sumbat bantal busuk dalam beg ni..hehehe.
Okay dah habis. Nanti mami sambung pula sesi orientasi pertama Daniael Mieqael..babai semua!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page