HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 31 December 2015

Orientasi Hari Kedua & Ketiga (SRK Putrajaya 2015)

Assalamualaikum.

Ramainya yang update blog pasal orientasi anak masing masing. Ada yang berlangsung sejak minggu lepas dan ada juga yang baru  start minggu ni sesi orientasi. Teruja pula bila baca entri kawan kawan lain. Tapi aku baru sibuk nak update orientasi anak awal tahun hari tu yang aku tak sempat nak masukkan dalam blog pun..sabar jelah. Takpelah walaupun entri dah basi janji dah masuk dalam blog sebagai kenangan untuk anak anak nanti. Sebab lepas ni entri basi lain akan menyusul, harap bersabar :)

Hari Kedua Orientasi.

Dua hari lepas aku dah update hari orientasi pertama anak kesayangan aku. Hari ni nak sambung pasal orientasi hari kedua dan hari ketiga pula. Hari kedua orientasi ni aku rasa keadaan semakin terkawal sikit dan Daniael Mieqael pun dah mula selesa dan dah takde perasaan malu malu lagi berbanding hari pertama orientasi.

Hari kedua orientasi pelajar tahun 4, 5 dan 6 datang sekali dan nampak meriah sikitlah bila ramai pelajar comel comel datang. Masing masing datang dengan family. Seperti biasa pagi tu kami datang awal. Lagipun sekolah anak kesayangan aku ni dekat sangat dengan rumah. Kalau jalan kaki pun boleh sampai. Tapi tak kuasa aku nak jalan kaki bagai tak pasal pasal berpeluh peluh pula ketiak aku ni..hahahaahaa. Okay jom layan gambar yang sempat aku dan suami rakam hari tu..

Seperti biasa gambar Mummy wajib ada..tehehe :p

Kami ingatkan kami paling awal datang pagi tu. Rupa rupanya dah ramai yang sampai dulu sebelum kami. Depan pintu pagar sekolah teacher dah tunggu untuk ambil nama setiap pelajar dan meminta semua pelajar beratur dan duduk di dalam sambil menonton katun sementara menunggu pelajar lain sampai. Para ibu bapa pun boleh join sekali duduk bersama anak anak.


Masing masing kusyukk layan katun.

Tiba tiba budak bertuah ni nak SUSU. Tolonglah jangan malukan Mummy awak sayang. 
Puas Mummy pujuk tak boleh minum susu kat sekolah. 
Sebab itu salah satu pantang larang kat sini tak boleh bawa botol susu.

Tapi anak kesayangan aku ni tetap meronta ronta nak susu. Dah berkali kali Mummy cakap susu tertinggal kat rumah. Tapi dia dengan selamba je buka beg dia dan ambil botol susu dan terus baring kat peha Mummy..Omaigod anak! Bila masa pula botol susu tu ada dalam beg awak sayang! Tanya suami, suami sekadar tersenyum. Rupa rupanya suami dah bersubahat dengan anak kesayangan dia masukkan botol susu dalam beg. Geramnya aku waktu ni..tahan tahan hati je nak cubit suami. 
Geram sangat!.

Sedapnya dia baring sambil minum susu. Alahai anak habislah Mummy Daddy awak kali ni. 
Belum apa apa lagi dah langgar pantang larang sekolah T___________T"

Dekat 8.30 pagi semua pelajar di minta beratur dan buat satu barisan mengikut umur 
dan kelas masing masing.

Masa ni teacher tengah bagi arahan kat semua pelajar tentang peraturan peraturan yang mereka tak boleh langgar dan wajib datang ke sekolah supaya jadi pelajar bijak pandai..




Sekarang masa untuk makan pagi. Kat sini setiap pelajar wajib makan sendiri. 
Ibu bapa di larang sama sekali suapkan anak anak. Kalau boleh nak ajar mereka berdikari sendiri. 
Nasib baiklah Daniael Mieqael dah pandai suap sendiri. Risau juga sebenarnya.

Alahai comelnya anak Mummy makan..hehehe.

Amboi lapar sangat ni..hehehe




Selesai makan teacher terus bagi kerja. Masing masing wajib mewarna. 
Daniael Mieqael bab bab mewarna ni sukalah dia. Cantik tak cantik hasil dia belakang kira. 
Janji dia boleh mewarna ikut kemahuan dia..hehehe

Daniael Mieqael dah pandai  berkawan. Semuanya dia tegur dan ajak berborak itu ini. 

Daniael Mieqael orang pertama siap mewarna. Cepat cepat dia bangun dah tunjuk kat teacher dia. Berani dan Bersemangat betul dia ni..hehehe.





I love you anak!

Hari Ketiga Orientasi.

Hari ketiga orientasi semua berjalan dengan baik. Kalau sebelum ni kami teman sampai masuk kelas. Tapi hari ketiga ni kami hantar sampai pintu pagar sekolah je dan dia dah naik sendiri tanpa kami. Siap bye bye lagi. Peliklah juga sebab langsung takde drama air mata. Budak budak lain ada je yang menangis takut kena tinggal tapi Daniael Mieqael nampak relax je. Mummy pula yang rasa nak menangis tengok kesayangan Mummy ni goodboy je.

Tapi aku dan suami tetap curi curi masuk juga perhatikan dia. Risau pula nak tinggal tinggal dia macam tu je. Paling Mummy risau kalau dia tiba tiba nak berak ke apa. Walaupun teacher dia akan handle semua tapi macam kesianlah pula. Baru tiga hari tak kan dah pandai berdikari kot. Tanpa buang masa aku dan suami cepat cepat naik dan perhatikan Daniael Mieqael dari jauh je. Memang betul Daniael Mieqael dah pandai bawa diri dan mula bergaul dengan budak budak lain. Arahan teacher pun dia ikut je tanpa bantahan. Goodboynyaaa kesayangan Mummy..

Tengoklah siap beratur paling depan tu..comel je


Setiap pagi macam inilah keadaan mereka. Buat perhimpunan dulu Sebelum masuk kelas masing masing. Selama tiga hari orientasi ni semua pelajar baru dah mula faham apa yang patut mereka buat. Dan teacher pun dah tak perlu pening pening kepala handle itu ini.

Tapi sebenarnya masih ada pelajar yang takut takut dengan teacher dan tak nak berpisah dengan mak bapa masing masing. Nasib baiklah Daniael Mieqael dah okay. Kalau kami tinggal pun aku tak perlu risau apa apa lagi. Biarlah teacher yang handle semuanya. Lagipun kalau ada masalah teacher akan hubungi kami.


Bab makan pun aku dah tak perlu risau. Sebab kat sini semuanya cukup makan. 
Kalau tak salah aku sehari sampai 4 dan 5 kali makan. Okaylah tu. 
Tapi anak aku ni makan banyak pun tetap slim sentiasa..hehehe.



Seperti biasa lepas makan je teacher akan bagi kerja. 
Supaya budak budak ni tak bosan dan boleh belajar sesuatu.

Seronok Daniael Mieqael susun susun flash card tu. Tengok Daniael Mieqael okay je aku dan suami pun balik dan biarkan Daniael Mieqael berseronok dengan kawan kawan barunya. 

Orientasi ni berlangsung seminggu sebenarnya. Tapi 3 hari orientasi dah cukup untuk Daniael Mieqael faham dan dapat sesuaikan diri. Hari keempat orientasi aku dan suami hantar Daniael Mieqael sampai pintu pagar sekolah je. Kat depan pintu tu Teacher dia dah siap tunggu untuk bawa mereka naik ke atas. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.

Minggu depan 04.01.2016 bermulalah sesi persekolahan untuk tahun 2016. Minggu depan sesi orientasi akan berlangsung selama seminggu. Cepatnya masa berlalu tahun depan Daniael Mieqael dah masuk kelas tahun 5. Kali ini Daniael Mieqael dah tak boleh main main dah sebab pembelajaran untuk tahun 5 lebih serius. Kelas tahun 4 sebelum ni boleh relax relax lagi kalau tak buat kerja sekolah pun takpe. Tapi untuk tahun depan teacher dah pesan awal awal setiap kerja sekolah wajib siap tanpa alasan. Omaigod confirm Mummy jadi singa ajar dan paksa anak buat kerja sekolah lepas ni..bertabahlah sayangku. Mummy jadi singa pun untuk kebaikan sayang juga. Semoga jadi anak bijak pandai sayangku..Aminn.




Tuesday, 29 December 2015

Orientasi Pertama Daniael Mieqael (SRK Putrajaya 2015)

Assalamualaikum.

(Entri basi..)

Entri ini dah lama buat sebenarnya. Tapi asyik tertangguh tangguh je dan terus lupa nak publish. Alhamdulillah hari ini dah selamat publish..hahahaha tetiba :p Orientasi ini berlangsung selama seminggu sebenarnya. Tapi aku dan suami ambil masa 3 hari je untuk biasakan Daniael Mieqael dengan kehidupan barunya iaitu alam persekolahan. Kami berharap sangat Daniael Mieqael dapat menyesuaikan diri dan boleh berdikari serta mendengar arahan teacher dengan baik.

Hari tu kami sampai awal. Sebelum ke Smart Reader kami singgah kedai mamak dulu untuk breakfast. Alhamdulillah pagi tu Daniael Mieqael makan banyak dan tak sabar sabar nak ke sekolah katanya. Aku dan suami hanya tersenyum dan tunaikan apa saja dia nak pagi tu asalkan dia seronok ke sekolah. Aku dan suami pagi tu macam macam perasaan ada. Biasalah anak sulung nak masuk sekolah lah katakan. Mummy Daddy pula yang terlebih excited..heheheehe.

Sesi orientasi bermula pada jam 9.15 pagi. Mula mula masuk tu peliklah juga kenapa tak ramai yang datang. Rupa rupanya hari tu hanya pelajar 4 tahun saja wajib hadir untuk orientasi.

Hari pertama. Anak bujang tengah berdebar debar kot masa ni senyap je dia.

Hari pertama orientasi semua pelajar baru terus belajar menari dan menyanyi lagu lagu wajib Smart Reader. Setiap pagi semua pelajar akan menyanyi dan menari terlebih dahulu sebelum masuk kelas untuk sesi pembelajaran. Nampak tak budak comel tengah gigit gigit cari tu, Budak budak lain dah menari sakan dia tiba tiba kaku tak tahu nak buat apa. Terkejut kot, sebab masuk masuk je terus teacher suruh semua pelajar baru beratur dan ajak semua menyanyi dan menari bersama. Anak aku yang mula mula semangat ni terus jadi malu malu walaupun teacher dia dah berkali kali ajak menari bersama. Kesianlah..

Alaaaaaa kesianlah. Tengok anak macam ni rasa nak join je menari. 
Tapi kang Mummy pula yang paling over..tehehehe


Sesi menari dan menyanyi dah selesai. Sekarang teacher tengah ajar cara cara membaca dan mengenal huruf. Sesi ini pun wajib setiap pagi sebelum masuk kelas. 

Khusyuknyaaa semua..


Alamak tiba tiba anak aku keboringan dan terus pusing kebelakang perhatikan Daddy dia sabar jelah.

Okay semua dah masuk kelas. Setiap kelas ada 10 pelajar dan 2 orang teacher. 
Sekarang sesi berkenalan antara satu sama lain. 
Teacher akan tanya Nama penuh, Umur, Bilangan adik beradik dan hobi. Masa ni memang agak kelakar sebab macam macam jawapan ada. Comel je semua.. 


Sekarang sesi belajar flash card pula. Haaaaa yang ni anak aku paling suka dan excited nak jawab. Ikut suka hati dia je nak jawab. Nasib baiklah semua betul..hehehe.




Daniael Mieqael masuk kelas je terus hilang perasaan malu malu. Kali ini dia dah mula aktif dan berani bertanya itu ini kat Mummy Daddy termasuk teacher baru dia. Kadang kadang bila teacher tanya laju je dia jawab. Tetiba je semangat semacam..hehehe


Sekarang sesi untuk tunjuk bakat mewarna pula..amboi anak aku tak sabar sabar nampak. 

Sebenarnya Daniael Mieqael masa ni tak pandai mewarna lagi.  
Risau budak budak lain dah pandai mewarna sedangkan dia langsung tak reti lagi mewarna. 
Pegang pensel pun tak betul lagi. Berdebar Mummy Daddy perhatikan dia mewarna. Rupa rupanya semua sama je tak pandai mewarna..huh lega sikit..hehehe

Lajuuuu je Daniael Mieqael mewarna

Teacher tanya siapa dah siap boleh hantar kat depan..

Amboi Daniael Mieqael pantas menjawab "Saya dah siap!" padahal tak siap lagi pun..

Teacher yang sejak tadi perhatikan dia hanya tersenyum senyum. Daniael Mieqael orang pertama hantar hasil tangan dia kat teacher. Budak budak lain takut takut nak hantar, tapi budak bertuah ni bukan main berani lagi siap terjerit jerit saya dah siap!

Teacher : " Daniael Mieqael nak berapa bintang?"
Daniael Mieqael : "Satu!"
Mummy : Alaaaaaa kenapa minta satu bintang je sayang, mintalah banyak banyak bintang..

Alahai berapa bintanglah teacher nak bagi ni, Mummy pula yang berdebar..hahaha


Alaaaaa comelnya dapat tiga bintang. Okaylah tu dapat markah 3/5

Masa ni teacher nak tengok hasil kerja pelajar lain. Tapi semua tiba tiba takut dan terus menangis. 

Alaaaa teacher bukan nak rotan pun kalau tak cantik. Kesianlah takut sangat ni..




Pelajar lain dah boring mewarna dan terus keluar menangis nangis tak nak pergi sekolah katanya. Tapi berbeza dengan Daniael Mieqael yang langsung tak nak balik dan terus tekun mewarna.


Ehem gambar Mummy wajib ada okay..tehehehe


Okay sayang jom posing!

Bergambar dengan teacher baru sebagai kenangan.

Alhamdulillah orientasi pertama Daniael Mieqael berjalan dengan lancar. 
Takde drama air mata bagai. Senang hati Mummy Daddy. Orientasi seterusnya nanti Mummy update ye kesayangan semua. Babai dan jumpa lagi :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page