HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 8 January 2016

Azam Tahun 2016




Assalamualaikum dan salam jumaat kesayangan semua. Teruja baca azam baru kawan kawan yang lain. Macam macam azam ada. Tak kisahlah azam apa pun. Yang penting kita happy dengan azam azam itu. Aku? Apa pula azam aku tahun ini? Hehehehe.. ketawa ketawa tersenyum senyum aku fikir pasal azam aku untuk tahun 2016 ni. Sebenarnya aku tak nak letak harapan terlalu tinggi untuk azam aku kali ini. Cukuplah aku berusaha dan cuba yang terbaik walaupun hakikatnya susah untuk aku capai. Tahun lepas macam macam azam aku nak buat tapi banyak yang tak menjadi dan hanya mengecewakan saja. Jadi azam untuk tahun 2016 ini aku cuma ada dua azam saja. Iyaaaa dua je. Kenapa tak percaya ke? Dalam kepala otak aku ni azam itu jelah yang aku inginkan tahun ini. Tak nak fikir pasal azam azam yang lain. Hanya memeningkan fikiran saja..

Azam pertama, aku nak pastikan kesihatan aku, suami dan anak anak lebih terjamin dan sentiasa sihat sepanjang masa. Untuk mencapai azam ini aku akan pastikan keadaan rumah aku sentiasa bersih. Makan minum sentiasa dalam keadaan terjamin kebersihannya dan Sentiasa berhati hati dengan makanan luar. Mungkin nak kurangkan makan kat luar lepasni dan lebih rajin memasak. InsyaAllah. Aku jenis perut sensitif. Salah makan je confirm cirit birit tak sudah. Menangis nangis aku duduk dalam toilet layan kecirit biritan aku..ehh ada ke ayat melayu macam ni? Belasah jelah..hahaha! 

Azam kedua ni aku rasa macam susah sikit nak capai rasanya. Aku hanya mampu merancang tapi Allah dah tentukan apa akan jadi dengan kehidupan kami sekeluarga. Tapi insyaAllah aku cuba yang terbaik. Walaupun tak tercapai semua asalkan ada perubahan aku dah bersyukur dan senang hati. Sebenarnya azam kedua aku kalau boleh dan seboleh bolehnya tak nak selalu ambil cuti dan nak kurangkan ambil EL dan MC. Tahun lepas aku dalam kategori terlampau banyak ambil cuti sakit, MC dan EL. Cuti tahunan aku habis pun gara gara asyik cuti sakit. Suami ajak honeymoon / pergi tempat tempat menarik  dan tidur kat hotel pun tak dapat. Sebab cuti aku betul betul nyawa nyawa ikan sedih okay  T________T".

Tapi aku ambil cuti sakit atau tiba tiba EL pun bukan untuk diri sendiri atau suka suka hati dan berseronok cuti sana sini. Aku pantang sebenarnya bila aku kata terpaksa EL sebab anak tak sihat. Dan masa tu aku dianggap tengah bersukaria kat luar. Tolonglah dan sila jangan berfikiran bodoh. Mak bapa mana dalam dunia ni sanggup melihat dan biarkan anak anak sakit? Ada tak mak bapa bodoh macam ni.. ada tak?! Kalau ada mak bapa jenis macam ni nasib kaulah. Malas aku nak layan.. bodoh kot. Maaf terkasar bahasa :p

Aku ada tiga orang anak. Kalau tiba tiba salah sorang tak sihat, demam dan yang sewaktu dengannya pasti akan berjangkit jangkit. Contoh anak sulung tak sihat. Bila dah sihat. Tiba tiba anak kedua pula yang tak sihat. Bila dah sihat walafiat, tiba tiba anak bongsu pula yang tak sihat. Bila anak anak dah sihat sepenuhnya, Mak ayah pula yang tak sihat. Pendek cerita satu keluarga tak sihat. So terpaksalah bercuti cuti sakan bagi bos stress sepanjang masa. Itu kalau dapat bos yang tak faham. Kalau jenis yang faham situasi tadi..Alhamdulillah..sentiasalah bersyukur. 

Aku rasa mak bapa kat luar sana pun mesti dan pernah rasa situasi seperti ini kan. Sorang tak sihat terus satu family tak sihat. Ke aku sorang je alami keadaan macam ni. Takpelah semua ini sekadar ujian dan dugaan dari Allah untuk orang orang yang dikasihinya.  

Sebab tu aku berazam tahun ini nak pastikan kesihatan kami sekeluarga sentiasa dalam keadaan sihat sihat sepanjang masa dan aku dapatlah berjimat cermat pasal cuti tahunan aku. Kalau cuti aku banyak bolehlah aku pergi honeymoon ke luar negara! tetiba ada azam lain pula..hehehe :p

Okay itu jelah azam aku untuk tahun 2016 ni. Tak banyak macam tahun lepas tapi agak sukar dan agak mencabar juga azam aku tahun ni nak capai sebenarnya. InsyaAllah semuanya akan baik baik saja..

  

8 comments:

  1. betullah kan...mak2 byk cuti EL sbb anak je..huhu..sy br anak sorang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe..hehehe. tapi anak sorang pun cuti tetap habis untuk anak juga. Dah pernah rasa dan melaluinyaaa. Memang susah nak simpan cuti.

      Delete
  2. Moga tercapai Azam tu na
    Tu bila anak sgt nk x nk mmg EL la khen

    ReplyDelete
  3. Tahun 2016 ni xdla berazam2 sgt..cuma nk selesaikan perkara yg sudah dimulakan aje..kalau selesai..lompat bintangla saya..gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Tahun lepas je beria ia bagai..hehehe. insyaAllah mudah mudahan Allah permudahkan segala urusan kita tahun ini :)

      Delete
  4. insyallah...smoga dikurniakan kesihatan y baik buat kita semua...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page