HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 26 January 2016

Cendol Durian.

Assalamualaikum.


Sabtu baru baru ni suami ajak keluar jalan jalan. Sambil sambil tu nak cari barang dapur dan keperluan anak anak. Suami ajak ke Ioi City Mall Putrajaya. Aku kalau dengar je nama shopping kompleks ni memang antara orang paling laju bersiap bagai. Cuba kalau suami ajak ke tempat lain nak sejam kot bersiap..hahaha. Sebab tu suami suka ajak isteri tercinta dia ni pergi ioi Putrajaya sebab tak  perlu stress stress tunggu aku bersiap..hahahaha. Suami dah sedia maklum kenapa aku bersiap selaju itu sebab Cendol Durian punya pasal lah..hahaha.


Keluar sabtu memang ramai gila orang kat Ioi Putrajaya. Nasib baik restoran idaman hatiku ada kekosongan dan bolehlah aku menikmati kelazatan cendol durian! Sampai sampai je terus order cendol durian. Malas nak buang buang masa. Tak order makanan lain pun sebab sebelum keluar rumah kami anak beranak dah makan nasi berpinggan pinggan..heh! 

Sebelum masuk restoran ni kami singgah beli roti untuk anak anak. Iyelah takkan Mak bapa je yang nak makan kan. Lagipun anak anak tak boleh makan cendol durian ni sebab sejuk kan. Kalau nak rasa sikit sikit bolehlah. 

Posing dulu sebelum si cendol durian datang..hehehe


Bapak dengan anak sama kacak :)

Eksyen dua dua tak nak pandang kamera!

"Sayang jom kiss Mummy!"

Haaaaa bab muncungkan mulut tu memang dialah paling power..hahaha

Sekali Mummy kiss terus dia malu malu kucing..heheehe

Omaigod! si Cendol durian dah sampai..

"Terliur tak! Terliur takkk! hehehe"

Ish ish overnya suami aku..

Sampai juling juling mata suami aku layan cendol durian ni..hahaaha

Ehem giliran Mummy pula..tehehe

Tak sempat masuk mulut aku dah terliur liur tengok..hahaha!

Dan tak sabar sabar nak makan!

Sekali sekala letak gambar macam ni. Kononnya tengah menikmatilah tu..huhuhu
Ya Allah serius nak cakap memang SEDAPPPPPP!

Sementara Mummy Daddy layan cendol durian. Anak anak pula layan Pappa Roti. 
Sedap Pappa Roti ni rasa dia lebih kurang macam rotiboy tu. Anak anak pun memang suka makan.


Dalam gambar roti ni nampak macam sebesar besar alam kan..heheehe

Budak bertuah ni makan sampai dua roti tau. Suka betul dia makan roti ni..

Alahai  Rayyan Ashraff pun layan sama.

Siap minta berkali kali..sukalah tu..



Settle makan cendol durian kami terus cari kedai gunting rambut.

Aku pantang betul tengok rambut suami dan anak anak panjang. Rimas tengok. 
Rasa macam nak potong je sendiri. Stress tengok..

Dah besar dah anak bujang Mummy sorang ni. Masa baby baby dulu menangis jugalah dia time gunting rambut. Tapi kali ni baik je dia. Meragam pun tak. Goodboy sayang Mummy ni!


Amboi tersenyum senyum mamak ni. 
Seronok kot gambar dia masuk blog..hahaha..adoi sabar jelah.

Abang abang dah potong rambut minggu lepas. Suami senyap senyap bawa keluar. 
Tengok tengok dah hensem..heh!

Sebelum masuk kedai gunting rambut ni, Mummy dah pesan kat dua beradik ni tak boleh lari lari nanti Mummy jadi harimau kelaparan. Terus dua dua duduk diam diam..heheehe.


Rayyan Ashraff pandang pandang jeling jeling je abang abang dia dari jauh..

Apalah mamak ni nak buat kat rambut anak aku.
"Tak kemas siaplah mamak ni!"

Ohhhhhh nak bagi rambut anak aku terpacak rupanya..Comel!

Yeayyy dah siap! Haaaaa barulah hensem sayang Mummy ni..Muahhh!


14 comments:

  1. salam sis... amboi! eija bc tajuk entri dah telan ayaq liur blm tgk gambar lagi hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..Hahahahaha memang patut terliur pun..hehehe :)

      Delete
  2. Teringin nk cuba tau...kompem sedap..tp kt kl belah sini mcm xd je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis memang patut kena try ni sebab memang sedappppp sangat tau. Kat tempat lain saya tak pasti ada ke tak. Setakat ni yang saya tau kat Ioi putrajaya je sis. Kalau free tu datanglah Ioi Putrajaya :)

      Delete
  3. menggodanya cendol durian tuh... udahla isi banyak....

    dh ensem dh pas kene potong rambut si kecik tuh.... bgs betul tak nngis pun kene potong rambut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tergoda dan terliur kan..hehehe. Dah potong macam ni barulah nampak hensem kan kan..heh! :)

      Delete
  4. alahaiiii...sedapnya cendol durian tu...berapa rm semangkuk tu sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi wahida! Harga semangkuk RM9.90 macam tu. Okay kot harga dia. Sedap pula tu..huhu

      Delete
  5. wow yg ni memang real durian segar eh?
    kt sini (kuala selangor) kebanyakannya durian yang dah masam, mcm tempoyak gitu, sebab diawet ke diperap?? apa istilah yang sesuai pun xtau, hahaha..
    kuning terang, memang terlioq la, huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi nabilah!

      Aah memang real durian..sedappp..huhuhu. Tak suka makan tempoyak durian tu gelilah bau dia pun tak suka..huhuhu. apa pun terima kasih sudi singgah sini :)

      Delete
  6. Sedapnye cendol tu...bagusnye dia xnangis potong rambut..kalo ank untie da nangis2..penah nangis sampai termuntah pon ada...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedappp..nyumm..nyumm..hehehe. Omaigod kesiannya sampai termuntah muntah ke? Alahai kesiannya takut sangatlah tu :)

      Delete
  7. nmpk sedap...

    hehe.. dah ensem lps potong rmbut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap sangat cendol durian ni..rugi kalau tak cuba. Haaaa hensem kan kan..heh

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page