HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 5 January 2016

Entri Pertama Tahun 2016.



Assalamualaikum dan selamat tengahari semua. Entri pertama tahun 2016 dimulakan dengan cerita pasangan suami isteri beranak tiga. Anak dah berderet deret tapi pasangan bahagia ni tetap kelihatan seperti pasangan baru bercinta yang tak punya anak..Chewaaaa. Sila jangan menyampah..hehehe. Setiap kali dating berdua tanpa anak anak pasti ramai yang bertanya

Dah kahwin ke belum?
Anak dah berapa orang?
Suami umur berapa?
Si isteri umur berapa? Dan blablablabla.

Bila ditanya soalan soalan seperti itu aku dan suami sudah pasti menjawab dengan jujur.  Tapi itulah bila kami jawab dengan sejujur jujurnya pun mesti orang ingat kami sekadar bergurau atau berdusta. Contohnya seperti semalam lepas hantar anak sulung ke sekolah suami ajak tengok wayang. Masa tengah beratur beli tiket tu ada sepasang suami isteri beratur sama sama dengan kami. Kalau tengok dari paras rupa pasangan tu nampak macam sebaya dengan kami je. Pasangan tu tersenyum, aku pun senyum. Pandang sekali lagi si isteri masih tersenyum dan perhatikan aku atas bawa. Alahai ada yang tak kena ke dengan aku ni. Tanya suami kot kot aku nampak pelik ke apa tapi suami selalu beri jawapan membahagiakan "nampak cantik je" ish ish dia ni cium baru tau!

Tiba giliran kami ke kaunter untuk beli tiket wayang. Aku dan suami sepakat nak tengok "Ip man 3". Dah settle beli tiket kami singgah beli popcorn dan air.  Setiap kali tengok wayang popcorn wajib beli okay. Kalau takde popcorn rasa tak siok je layan cerita..hehehe.


Muka excited nak tengok wayang..hehehe

Okay berbalik kepada cerita tadi sebelum masuk kami wajib singgah toilet dulu. Ingatkan pasangan suami isteri tadi tengok cerita lain. Rupa rupanya tengok cerita yang sama iaitu "Ip man 3". Suami masuk toilet aku pula tunggu kat luar. Suami isteri tadi lalu depan aku. Aku baru perasan si isteri tengah mengandung rupanya. Tiba tiba si isteri berdiri betul betul bersebelahan denganku manakala si suami tadi masuk toilet. Aku hanya tersenyum dan si isteri tadi pun tersenyum. Sementara tunggu suami suami kami buang hajat aku cuba tegur si isteri tadi.

Aku : Dah berapa bulan? (Sambil memerhatikan perut dia yang bagi aku agak besar jugalah)

Si isteri : 5 Bulan.. (ringkas je dia jawab sambil tersenyum)

Aku : Ohh yeke. Nampak besar. Ingatkan dah 7 bulan? Si isteri tadi tetap tersenyum sambil usap usap perut comel dia tu. Tiba tiba dia bersuara..

Si isteri : Dah kahwin ke dik?

Aku yang agak terkejut dengan pertanyaan itu terus terangguk angguk dan kata "Aah dah kahwin". Dalam kepala otak aku tertanya tanya kenapa dia panggil aku adik.

Si isteri : Dah ada anak ke?

Aku : Adaaaa! (lajuuuu je aku jawab..hahaha)

Si isteri : Betul ke dah ada anak ni? Berapa orang?

Aku : Tiga orang.. Tersenyum senyum aku jawab. Si isteri tadi nampak agak terkejut kot bila aku jawab tiga orang.

Si isteri : Betul ke ni dik? Nampak macam anak dara je lagi. Sambil perhatikan aku atas bawa..

Aku : Betul lah. Kenapa tak percaya ke?

Si isteri : Kahwin awal ke?

Aku : Taklah. Masa kahwin pun nak masuk 30an dah.

Tak sempat aku menjawab panjang lebar tiba tiba suami aku dah keluar toilet. Dan laju laju ajak masuk dalam. Si isteri tadi seperti nak ajak aku berborak lagi. Tapi keadaan tak mengizinkan. Perbualan kami terhenti setakat itu sahaja.

So kesimpulan cerita ini adakah aku dan suami kelihatan seperti pasangan muda remaja yang tak punya anak? Tepuk dada tanyalah hati..Ish tetiba..hahahaha. Aku bukanlah perasan mahupun siok sendiri tapi itulah yang berlaku dalam kehidupan kami suami isteri setiap kali keluar berdua tanpa anak anak. Jadi silalah jangan menyampah baca entri ini ye kesayangan semua. Senyum senyum sudah..hehehe.


Ohh ye nak bagitahu korang ni. Semalam layan cerita "Ip Man 3"ni memang banyak siok ohh!. Rugi sangat kalau tak tengok. Aku dan suami memang layan cerita ni sejak episod awal lagi. Tapi yang terbaru ni paling best dan menyentuh perasaan terutama sekali untuk pasangan yang saling berkasih sayang. Secara jujurnya aku sangat tersentuh dengan jalan ceritanya. 

Mula mula tak nak nangis sebenarnya, tapi bila dah menyentuh hati kewanitaanku terus habis banjir. Nasib baik ada tisu dalam beg..hahahaha. Suami aku yang nampak gagah perkasa tu pun turut tersentuh hati dan berasa sedih. Jalan cerita dia seolah olah apa yang berlaku dalam kehidupan kami suami isteri. Hanya mereka yang melaluinya akan merasa kesedihan itu. Biasalah setiap rumahtangga pasti akan ada pasang surutnya. Apa yang penting kita pandai dan tahu macam mana nak bagi keluarga kita sentiasa kekal bahagia walaupun bermacam macam dugaan datang. InsyaAllah semuanya akan baik baik saja. Aku tersentuh bab sedih tu jelah bukan bab lawan lawan tu. Korang jangan salah faham pula. Bab lawan lawan tu memang takde kena mengena dengan kehidupan kami..hahahaha. Okay bye!



13 comments:

  1. selamat tahun baru .
    ain datang singgah sini dan follow awak ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak. Terima kasih sudi singgah sini. Selamat tahun baru juga :)

      Delete
  2. Mmg both of u baby faces lol
    If x bawa Anak mmg ingat gf n BF lagi hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehehe..terasa muda remaja gitu. Padahal 35 tahun dah :)

      Delete
  3. Muka baby face kot.. tu yg ingat tak kawin lagi.hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah anugerah Allah bila muka nampak macam baby face..hehehe

      Delete
  4. Happy new year dear..
    i balas kunjung kat sini ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru!

      Terima kasih sudi singgah sini :)

      Delete
  5. Assalam sherwiena, salam tahun baru, salam balad ziarah kt sini..senyum je baca entri ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.

      Senyum senyum je tau jangan ada perasaan menyampah pula..hehehehe

      Delete
  6. 10 tahun lebih muda gituu (=

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page