HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Sunday, 17 January 2016

McDonalds.

Assalamualaikum.


Tiba tiba rajin nak update blog pula hujung hujung minggu ni..hehehe. Okay ini cerita minggu lepas. Anak sulung aku yang sepatutnya wajib makan nasi tiba tiba tak nak makan nasi. Puas pujuk dan paksa tapi tetap tak nak makan juga. Dannish Riffqie dan Rayyan Ashraff kalau soal makan memang takde masalah. Makan pun banyak. Tapi dia ni geram je rasa. Bila Mummy tanya "Abang nak makan apa?" Lajuuuuu je dia jawab "Nak makan kat McDonalds!". 






Kalau ikutkan hati aku ni memang malas nak layan. Meronta ronta dia nak makan kat McDonalds. Setiap kali lalu McDonalds mesti sebut "Daddy nak fries! Mummy nak fries!". Alahai tak sampai hati pula kalau tak tunaikan. Suka betul dia makan fries kat McDonalds ni. Atas permintaan anak tersayang maka aku dan suami haruslah tunaikan. 




Aku pun suka makan fries, paling suka kalau masih panas panas tapi kalau dah sejuk tu tak berapa nak suka sangat. Setiap kali singgah McDonalds suami akan beli banyak banyak fries sebab kami anak beranak suka makan. Kadang kadang sampai berebut rebut nak habiskan hahahaha . 





Tapi fries ni kami jarang makan sebenarnya. Sebab tak elok makan selalu kan. Kalau tiba tiba teringin jelah baru makan. Selain fries aku suka beli bubur nasi ayam kat Mcdonals ni. Bukan untuk anak anak je tapi untuk aku sekali. Mesti korang tak percaya kan. Dah tua tua macam ni pun suka makan bubur nasi ayam..hehehehe.

Alangkah ruginya siapa yang tak suka makan bubur nasi ayam. Aku dari kecil sampailah dah tua tua ni pun adalah penggemar bubur nasi ayam. Anak anak pun suka. Tapi suami aku ni lain sikit. Waktu tak sihat je baru makan bubur nasi. Itu pun sebab aku puas pujuk dan paksa dia makan..hahaha. Nak tak nak terpaksalah suami habiskan asalkan si isteri happy dan tak membebel sepanjang masa..hahaha. Okay sekian. 

Babai dan selamat berhujung minggu :)

17 comments:

  1. seronok dpt spend masa dgn family kan :)

    ReplyDelete
  2. susah gak kan nak paksa makan..
    Hafni pun sejak2 ni xberapa pulun mkn nasi...
    asyik main je, badan dah keding..
    macam Umi xbg makan lak gayanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak sulung kita tu dari kecil sampai dah ke besar ni memang badan kecil dan kurus. Tapi bab makan ni kalau tak makan risaunyalah. hari hari bergaduh je paksa dia makan. kesian pula. Tapi kalau makan banyak ya ALLAH tuhan je yang tahu betapa kita gembira sangat kan..

      Delete
  3. Feveret lya bubur nasi ayam...suami istri suka lgi2 klau lya yy msk sndiri sbb blh letak mcm2 hihi..thnks taw singgah blog sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suami jenis suka makan bubur nasi ayam kira okaylah tu. Suami kita jenis kena paksa baru makan..hehehe.

      Terima kasih sudi singgah blog kita juga ye :)

      Delete
  4. Feveret lya bubur nasi ayam...suami istri suka lgi2 klau lya yy msk sndiri sbb blh letak mcm2 hihi..thnks taw singgah blog sy

    ReplyDelete
  5. Comeynya hero-hero tu..muahh..muah..cayang skit...
    bukan kata budak2..makbapak budak pon suka fastfood..tp tu la..tak elok slalu makan..bila anak2 request tak sampai hati kan...akak pon sama ..klu anak2 dah mintak..mesti cair..tp x de la slalu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Nak muah muah kat awak jugalah..hehehe.

      Delete
  6. Itu dia satu dulang fries makan berlima ye Wieyna:)
    Adik pun dah pandai menikmatinya.

    Kakak pun suka bubur ayam Wieyna. Kadang kakak buat sendiri. Cuma yg tabur atas bubur tak samalah sebab McD punya ada crispy special dia tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya kak kalau buat sendiri lagi sedap kan sebab macam macam boleh letak dalam bubur tu. Tapi macam kes kita ni kalau tak sempat masak bubur untuk anak anak memang laju je kami beli kat mcD sebab anak anak suka makan..

      Delete
  7. Puas anak2 makan fries tu Wieyna..
    Penuh dalam dulang tu..
    Memang seronok dan gembiralah mereka tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak bapak budak budak ni pun seronok makan..hahahaha

      Delete
  8. Kalau anak-anak dah teringin, memang sukarnya nak kata tidak walaupun kita tahu adakalanya makanan tu tak berapa elok. Bawa ajelahkan daripada anak kempunan nak makan. Anak saya yang kecil tu cukup suka dengan pakcik McD ni. Kalau boleh hari-hari dia nak bantai chicken burger dan bubur ayam tu. Takdalah saya nak bagi dia makan hari-hari fastfood. Sebulan sekali tu kira dah bernasib baiklah. Kalau dia merengek nak burger, saya bantai hari-hari buat burger untuk dia sampai jemu. Hilanglah nanti teringin nak jumpa pakcik McD ni ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha..comel je awak ni tau. geli hati baca..heheheh. Makan selalu memang tak baik pun, jarang jarang tu okaylah kot.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page