HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 11 January 2016

Minggu Pertama Persekolahan Daniael Mieqael

Assalamualaikum.



Alhamdulillah minggu lepas selesailah sudah minggu pertama orientasi Daniael Mieqael. Hari pertama orientasi Daniael Mieqael menangislah juga sebab kawan kawan lama dia dah takde. Ramai yang dah bertukar sekolah dan masuk darjah satu. Yang ada pun cuma dua tiga orang saja tapi Daniael Mieqael tak berapa nak rapat sangat. Hari pertama hantar dia pergi sekolah puas dia cari kawan kawan lama dia tapi semuanya dah takde. Bila teacher dia cakap kawan kawan lama dah tukar sekolah terus dia menangis nangis peluk Mummy dan ulang ulang cakap "nak jumpa kawan! Nak jumpa kawan!"  Alahai kesianlah.

Hari kedua dan seterusnya Alhamdulillah Daniael Mieqael dah kembali okay dan dah takde drama airmata. Hari kedua orientasi aku dan suami hantar Daniael Mieqael sampai pintu pagar sekolah je. Tak hantar sampai masuk kelas pun. Sebab Daniael Mieqael nampak okay je. Lepas kiss kiss dan salam tangan kami terus dia berlari naik atas siap hai hai bye bye macam biasa. Tersenyum senyum aku dan suami tengok dia..comel je.

Kalau bangun pagi kejut dia mandi pun sangat mudah dan senang. Mungkin sebab dia dah terbiasa kot bangun awal pergi sekolah sebelum ni. Gembira tak terkata tengok anak berkobar kobar nak pergi sekolah. Mungkin dia happy jumpa ramai kawan baru kot. Mudah mudahan semangat anak aku ni akan berterusan sampai hujung tahun. Tak sabar nak tengok perkembangan dia untuk tahun 2016 ni. I love you sayang...




12 comments:

  1. Mula2 mmg mcm tu..dah lama sure Daniael ok bila dah jumpa kawan2 baru kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi norma!

      Nasib baiklah dia menangis hari pertama je. Kesian tengok bila dia tercari cari kawan lama. Sekarang dia dah kembali happy sebab jumpa ramai kawan baru :)

      Delete
  2. selamat kembali menimba ilmu daniel..

    ReplyDelete
  3. bgsnya daniel.... mcm dh matang betul dh...
    yelah msti cari kawan2 dulu kan, baru seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daniael Mieqael pergi sekolah memang dia cari kawan kawan dulu. Kalau ramai kawan barulah siok pergi sekolah kot berbanding yang takde kawan..mesti hari hari stress nak pergi sekolah.

      Delete
  4. awal awal biasa la kan tak serasi lagi dengan kawan baru, dah lama pasti ok. tahun depan nak masukkan my nayla ke taska jugak , tak tahu la macam mana nanti dramanya. kalau tanya skang manjang tak mahu sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seminggu kat sekolah Daniael Mieqael dah ramai kawan baru. Happy je dia nak pergi sekolah. Anak awak tahun depan dah start sekolah ye..harap bertabahlah ye sayang..hehehe. Tapi insyaALLAH semuanya baik baik saja nanti..

      Delete
  5. baguslah sng bgun pergi sekolah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..sebab dia dah terbiasa kot dan ramai kawan sebab tu semangat sikit nak bangun tu :)

      Delete
  6. alhamdulilah..da mudah da..da seronok Daniel nak g school..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Allah permudahkan semuanya..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page