HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 29 February 2016

Dannish Riffqie Genap 3 Tahun.

Assalamualaikum..


Semalam 28022016 anak kedua Mummy Dannish Riffqie genap 3 tahun. 

Happy Birthday anakku sayang. Mummy minta maaf tak dapat celebrate harijadi sayang besar besaran. Kesayangan Mummy yang bijak pandai ini janganlah berkecil hati ye sayang. InsyaAllah Mummy Daddy akan sentiasa usahakan yang terbaik untukmu dan kesenangan kita sekeluarga. 

Dannish Riffqie sayang, kehadiranmu dalam hidup Mummy Daddy cukup bermakna. Terlalu bermakna anakku sayang. Semoga sayang terus membesar dalam keadaan sihat sentiasa, jadi anak yang soleh, sentiasa jadi Adik yang terbaik untuk Abang Daniael Mieqael dan sentiasa jadi Abang terbaik untuk Rayyan Ashraff. Dan paling penting sekali jadilah anak yang sentiasa membanggakan Mummy Daddy selamanya.

Kita tunggu Daddy balik dari Vietnam ye sayang. Mummy Janji beli kek dan tunaikan apa saja permintaan sayang selama setahun. Mummy, Daddy, Daniael Mieqael dan Rayyan Ashraff sentiasa sayangkanmu anak. 

10 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page