HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 23 February 2016

Kisah Kami Berlima

Assalamualaikum..

Seminggu sebelum suami kesayangan outstation ke vietnam, kami anak beranak sempatlah keluar makan makan dan jalan jalan bersama. Mummy sebenarnya sedih sebab time ulangtahun Mummy yang ke 35 tahun suami tercinta terpaksa pergi outstation. Baru je nak manja manja dengan suami terus takde mood nak buat itu ini :'(. Tapi takpelah duit masyukkkkk siapa yang untung kami juga anak beranak :')

Hujung minggu hari tu kami keluar makan makan kat IOI City Mall Putrajaya. Anak anak teringin nak makan Pizza Hut termasuklah suami. Tapi sayangnya Restoran Pizza Hut penuh. Tetiba pula ramai orang. Haih malasnya nak tunggu. Kami santai santai kejap kat luar. Sambil sambil tunggu, suami ajak ambil gambar..bestnyaaaaa!







Alaaaa kesiannya anak anak dah mula boring dan kelaparan masa ni.

Daniael Mieqael balik balik cakap "bila nak makan ni Mummy, penatlah tunggu.."Alahai kesiannya.


Aku dan suami terus cari restoran lain. Tapi anak anak tak nak pula. Merajuk tak dapat makan pizza. Daniael Mieqael sejak akhir akhir ni kuatnyalah merajuk. Tegur sikit merajuk..tegur sikit merajuk..geram je rasa. Bila anak sulung dah start merajuk terpaksalah Daddy yang kena pujuk. Pujuk punya pujuk tiba tiba anak sulung dengan riang rianya cakap nak makan KFC!

Dah dua minggu berturut turut makan KFC. Setiap kali balik kerja suami akan tapau KFC untuk anak anak. Tapi anak anak tak pernah jemu makan. Seperti biasa atas permintaan anak anak kami terus cari KFC. Alhamdulillah ada tempat duduk.

Emmm..tapau  Daddy mainan lagi. Sekotak RM 2. Dapat lego je terus tersenyum senyum happy..

Dua dua berborak sakan..

Dannish Riffqie ni jenis banyak tanya. Macam macam dia tanya kat Abang dia. 
Kadang kadang Daniael Mieqael sampai tak terjawab dibuatnya..hehehe.



"Mummy lego Rayyan mana?" Tetiba membebel sorang sorang..hehe
Mulut tu mulut tu..geram! cium baru tau..

Masa untuk makan! Suka betul dua beradik ni makan KFC. Seketul ayam tak cukup. 
Sorang wajib ada dua ayam goreng lepastu makan dengan nasi baru puas hati.


Si bongsu kesayangan Mummy. Dah pandai makan sendiri. Bila Mummy cuba suap langsung tak nak..meronta ronta nak suap sendiri. Jadi Mummy biar jelah dia makan sendiri.

Boleh tahan dia ni..makan nasi KFC banyaaaakkk

Muka puas hati dapat makan sendiri..hehe




Alhamdulillah sejak anak anak dah besar ni aku dan suami makin senang nak makan. Kalau dulu susahnya nak makan semeja macam ni. Mesti terkejar kejar makan dan kadang kadang terpaksa bergilir gilir makan.

Tapi sekarang anak anak dah pandai makan sendiri dan semakin berdisiplin. Senang hati Mummy Daddy sebab dah boleh makan semeja dengan anak anak dengan aman damai..




Dah puas makan makan kami bawa anak anak ke tempat permainan pula. Jalan punya jalan tiba tiba terjumpa tempat best untuk bergambar. Wahh cantiknyaaaa terus anak beranak laju laju posing sebelum ramai orang..huhuhu.


Anak anak tengah kenyang ni so kalau nak suruh diorang posing memang sesuai sangat. 
Sebab masing masing beri kerjasama dengan baik tanpa paksaan.

Haaaaaa tengok anak anak goodboy je posing dengan Mummy kan. 
Mummy suka! Mummy suka! :)






Gambar wajib anak beranak yang perlu di cuci besar besar dan diframekan. 
Bukan senang nak ambil gambar family macam ni, susah tau. Tapi bila tengok gambar ni menjadi..
wahhh comelnyaaa terus suruh suami cuci gambar ni laju laju..heh :)



Dah puas ambil gambar banyak banyak kat situ..
tetiba tekak Mummy teringin nak makan cendol durian pula..huhuhu



Daniael Mieqael. Si budak hensem yang kuat merajuk macam Daddy :p



Dannish riffqie. Si budak banyak akal dan paling rajin tolong Mummy kemas rumah..


Rayyan Ashraff. Si bongsu Mummy yang punyalah manja tahap nak kena cium setiap masa sebab menggeramkan!


Si baju merah kesayangan Mummy ni..dah ketagih cendol durian..huhuhu.



Aku kalau dah sampai IOI City Mall lepastu tak singgah makan cendol durian memang akan merajuklah sebulan kalau tak pun tiba tiba aku akan jadi macam budak kecil tak nak balik.. 
Lantaklah ramai orang pun..Mummy sanggup tunggu dan bersabar.. 
asalkan cendol durian dapatku miliki dan nikmati sepuasnya..cewahhhh!



Bila dah dapat cendol durian.. aku punyalah happy! Ketawa sampai tak ingat dunia..hahaha :')




Anak anak kesayangan seperti biasa..masuk je restoran ni terus minta roti (pappa roti). 
Cendol durian Mummy Daddy langsung tak pandang pun..eksyenn tiga beradik ni..



10 comments:

  1. merajuk macam daddy ke macam mummy tuh..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak!!!! Bukan kitalah..memang si Daddy tu yang kuat merajuk..kita merajuk sikit sikit je..tehehehe

      Delete
  2. comei je 3 beradik tu pakai baju sama.... acik suke...

    takpe lah mkn kfc hari2 jnji dia makan n hepi... nnti2 dh bosan dia tukar lain lak...
    tp kan kuat majuk tu ikut daddy ke mummynyer ek heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHAHAAAAAAAA..terus ketawa besar bila terkantoi..ishh malulah..heh!

      Delete
  3. Mcm best je cendol durian tu....btw lawaaa gilos gambaq kat bunga2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi nini! Cendol durian memang tersedapp di dunia..hehehe.

      Delete
  4. Puas hati jenjalan sebelum kena tinggal daddy buat sementara waktu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik sempat keluar jalan jalan. Lepasni berbulan bulan kena tinggal :(

      Delete
  5. bagusnya..elok je duduk mkn ye..rayyan pun elok je duk kat babyseat eh..adam saya tak nak T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rayyan Ashraff kita ajar sejak kecil duduk kat babytseat sebab tu senang nak duduk. Terima kasih sudi singgah sini..:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page