HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 21 March 2016

Sambut Birthday Dannish Riffqie 3 Tahun

Assalamualaikum..

Dua minggu lepas aku dan suami sambut birthday anak kedua kami Dannish Rifdqie yang ketiga tahun. Kali ini kami bawa Dannish Riffqie makan makan kek kat Secret Recipe Alamanda. Mula mula aku dan suami plan nak tempah kek khas untuk anak kesayangan kami tu tapi macam tak sempat je nak buat itu ini. So suami plan beli je kek kat Secret Recipe. Ingatkan suami nak beli macam tu je dan bawa balik tapi rupa rupanya terus makan kat sana. Senang katanya..tak payah susah susah kemas itu ini. Yeayyyyy bolehlah ambil gambar banyak banyak..heheehehe.

Sampai Alamanda tetiba ramai orang pula. Nak cari parking pun susah. Aku dan suami dah mula risau tak dapat parking dan aku mulalah terfikir nak ke Ioi City Mall Putrajaya saja. Suami pusing dua tiga kali jugalah cari tempat parking dan alhamdulillah akhirnya dapat. Tak sangka pula hari tu ramai orang. Selalunya kalau dah petang petang Alamanda tak ramai orang dah. Tanpa buang masa kami anak beranak terus cari restoran Secret Recipe.

Yeayyy Secret Recipe tak ramai orang. Suami laju laju cari tempat yang paling best untuk posing. Comel je suami aku ni. Sepatutnya akulah yang kena cari tempat tapi suami pula yang beria ia nak cari tempat. Baiklah sayangku. Mana manalah asalkan kita bahagia..

Suami ajak duduk kat belakang. Tempat dia privasi sikit dan cantik katanya. Mula mula aku tak perasan pun warna tempat duduk dia merah. Sekali anak sulung aku terjerit jerit "mami tudung mami samalah kaler red!" Sambil tunjuk ke arah tempat duduk kami. Aku yang mendengar jeritan itu hanya tersenyum senyum saja tapi si suami dah ketawa ketawa. Sabar jelah..

Tak sempat order kek, aku dah ajak suami selfie laju laju. 
Suami aku yang terlampau hensem ini layankan aja..hehehe

Amboi amboi tersenyum senyum syiok sendiri nampak! I Love you sayang..

Dua beradik yang kegembiraan nak makan kek katanya..


Sementara Daddy order kek, kerja mami haruslah ambil gambar tiga beradik ni banyak banyak..hehe



Ramai yang cakap anak anak aku semuanya ikut rupa Daddy. Langsung takde rupa aku. 
Takpelah aku tak kisah pun. Tak nak meroyan pun. Suka adalah. 
Sebab anak anak aku hensem hensem belaka..tehehe.


Nak ambil gambar dengan si anak bongsu ni, 
tapi macam macam alasan nak minum air dulu katanya..hmmmm




Suami aku kalau dah start layan anak anak memang huru haralah satu rumah. Perangai dia automatik akan berubah 100% macam budak budak. Tapi aku sukaaaaa sebab suami nampak comel je layan anak anak aku. Tak suka bapa garang, yang suka marah marah anak tanpa sebab..benci!



Mummy dan anak sulung Daniael Mieqael

Ajak posing memang paling banyak beri kerjasama..

Sekali Mummy kiss terus dia menjerit jerit "mami malulah orang tengok!"
 Amboi sejak bila pula malu malu ni..!

Yeayyy si birthday boy kesayangan Mummy Dannish Riffqie..


Dalam banyak banyak kek, kek inilah jadi pilihan anak tersayang. Mula mula Daddy pilihkan kek coklat untuk dia. Tapi Dannish Riffqie tak nak. Dia meronta ronta nak kek durian cheese ni. Sebelum ni Daddy dah pernah beli. Dannish Riffqie memang suka. Sebab tu bila Daddy bagi dia peluang pilih kek sempena birthday dia, dia terus pilih kek durian cheese ni. Haih mami pula yang terliur dan tak sabar sabar nak makan. Serius kek durian ni memang sedappp gilak!!!

Happy birthday Sayangku Dannish Riffqie..

Aku sebenarnya tak tau pun suami buat kejutan untuk anak kesayangan kami. Suami siap suruh pekerja secret recipe pasang lagu happy birthday untuk Dannish Riffqie masa hantar kek. 
Ya Allah mami pula yang terkejut. Terasa malu pun ada sebab semua orang tengok.



Dannish Riffqie memang happy dan seronok sangat bila dengar nama dia disebut sebut semasa lagu happy birthday di pasang. Aku dan suami pun menyanyi sekali. Terasa sebak pun ada sebab kejutan suami buat aku betul betul terharu. Terima kasih sayangku..


Tak sangka ramai yang turut menyanyi lagu birthday untuk Dannish Riffqie 
dan buat Dannish Riffqie terasa malu malu kucing gituuu..hehe.


Okay sayang jom tiup lilin..

Berkali kali cuba tiup lilin tu tapi tak padam padam..hehe

Last last si Abang tolong tiupkan dan settle..hehe

Masa untuk potong kek pula..


Alahai berkali kali nak potong kek. Bila nak makan ni sayang. 
Masa ni Dannish Riffqie langsung tak nak bagi kami sentuh kek dia.
Kononnya kek itu untuk dia sorang..sabar jelah.
Takpelah buatlah apa pun dengan kek tu sayang..janji awak happy..



Anakku sayang..Happy Birthday... 
Semoga sayang terus membesar sihat sentiasa.
 Jadi anak yang soleh. Sentiasa jadi Adik yang terbaik untuk Abang Daniael Mieqael. 
Dan sentiasa jadi Abang terbaik untuk Rayyan Ashraff. 
Dan paling penting sekali jadilah anak yang sentiasa membanggakan Mummy Daddy selamanya.










9 comments:

  1. Seronoklah auntie tengok:)
    Happy birthday Dannish Riffqie.

    ReplyDelete
  2. Wah mahu tak teruja Dannish tu..
    Bila daddy buat suprise suruh pasaang lagu Happy Birthday tu..
    Lagi sporting bila orang dalam SR tu nyanyi sama..

    Happy Belated Berthday Danish :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak tak terkejut sangat tapi mak dia yang terkejut..hahahaha.

      Delete
  3. Handsome2 semua anak2 sis ye...ada jw ikut muka sis..anak lelaki lbh sejuk ikut mummy dia kan?happy birthday untuk danish riffqie

    ReplyDelete
  4. eppy belated birthday dannish riffqie... moga jd anak yg soleh n berjaya...

    suke tgk 3 beradik tuh pakai baju sama dh mcm kembar 3 lak hehehe...
    suami isteri nmpak awet muda tak gaya anak 3 dh hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :) Memang ramai yang kata kembar. Muka pun sebijik je sama..hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page