HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 5 April 2016

Daniael Mieqael Bertukar Tadika Baru.

Assalamualaikum.


Entri ini agak sedih bagi aku sebenarnya. Tak pernah lagi aku sesedih ini bila terpaksa buat keputusan tukarkan Daniael Mieqael ke sekolah baru. Siapa yang rajin follow blog aku ni sudah pasti tahu Daniael Mieqael bersekolah di Smart Reader Putrajaya. Sekolah ini secara jujurnya memang terbaik dan banyak membantu Daniael Mieqael jadi seorang pelajar cemerlang.

Aku masih teringat lagi masa mula mula hantar Daniael Mieqael ke sekolah smart reader, Daniael Mieqael masa tu baru 3 tahun lebih dan langsung tak pandai bercakap lagi. Langsung tak tahu apa apa. Langsung tak kenal ABC 123 ALIF BA TA. Langsung tak pandai mewarna dan menulis. Boleh dikatakan Daniael Mieqael di hantar ke Smart Reader betul betul tak tahu apa apa. Semuanya kosong. Apa yang Daniael Mieqael tahu hanya nak bermain sepanjang masa. Iyelah budak budak kan itulah dunia dia hanya tahu nak bermain je.

Niat dan tujuan sebenar aku dan suami hantar Daniael Mieqael ke sekolah pun sebab nak dia bergaul dan jumpa ramai kawan supaya dia boleh belajar bercakap. Bayangkan Daniael Mieqael dah 3 tahun lebih masih tak boleh bercakap dengan betul. Apa saja yang dia cuba tuturkan hanya aku dan suami saja yang faham. Perkara ini sangat membimbangkan aku dan suami. Setelah puas berfikir aku dan suami ambil keputusan hantar saja dia kesekolah. Dan sekolah pilihan kami sudah pasti yang terbaik untuk anak kami iaitu Smart reader kids.


Setahun Daniael Mieqael belajar di smart reader banyak perubahan dan keajaiban yang berlaku. Aku tak sangka Daniael Mieqael akan secemerlang ini. Jujurnya aku tak pernah berharap Daniael Mieqael akan sampai ke tahap ini. setiap perubahan Daniael Mieqael buat aku rasa gembira sehingga boleh menitiskan air mata. Alhamdulillah Daniael Mieqael sekarang dah pandai dan makin bijak berkata kata. Daniael Mieqael dah pandai menulis dan mewarna dengan baik. Daniael Mieqael dah kenal semua Huruf ABC 123 ALIF BA TA. Daniael Mieqael dah boleh membaca dengan baik. Terharu okay. Rasa macam nak peluk cium je teacher dia semua..hehehe. Aku dan suami sebenarnya dah nekad nak terus pilih smart reader ni sebagai sekolah terbaik untuk anak anak kami. Adik adik Daniael Mieqael pun kami dah plan masukkan kat sekolah ini.

Tahun ini sepatutnya Daniael Mieqael masih kekal belajar di sekolah ini. Segala yuran sekolah suami dah settlekan semuanya. Daniael Mieqael pun dah serasi dengan sekolah ini dan sentiasa bersemangat datang ke sekolah. Daniael Mieqael seronok jumpa kawan kawan dan teacher dia setiap hari. Dia selalu cakap semua teacher dia cantik dan baik. Kadang kadang dia siap banding bandingkan aku dan teacher teacher dia yang kononnya semua teacher dia cantik dan baik.. Mummy pula cantik dan garang. Kadang kadang geli hati dan kadang kadang geram pun ada dengan budak makin bijak ni..

Tapi malangnya nasib bila apa yang aku dan suami impikan hancur berkecai. Tak sangka semua ini akan berlaku. Dan betul betul beri kesan yang cukup dalam buat aku dan suami.  Atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan suami buat keputusan tukarkan Daniael Mieqael ke sekolah lain dengan serta merta. Korang tak perlulah tahu apa yang berlaku. Apa saja yang berlaku biarlah berlalu. Aku dan suami dah pun halalkan dan maafkan semuanya.


Semalam adalah hari terakhir Daniael Mieqael bersama dengan teacher dan kawan kawan baik dia. Daniael Mieqael masih terlalu kecil lagi untuk mengerti erti perpisahan. Bila aku suruh dia salam semua teacher dia untuk kali terakhir dia hanya tersenyum senyum malu. Padahal waktu tu aku dah tak boleh bertahan lagi walaupun aku cuba tak nak menangis depan teacher tapi airmata aku laju je mengalir. Entah kenapa aku menangis. Terlalu sedih sangat sampai susah nak berkata kata. Malu okay. Aku ingatkan aku sorang je menangis, tapi rupanya teacher teacher Daniael Mieqael pun turut rasa sedih. Ya Allah maafkanlah kami terpaksa tukarkan Daniael Mieqael.

Aku yakin dan aku tahu teacher teacher kesayangan Daniael Mieqael mesti tengah baca entri ini kan. Dah tak payah malu malu nak mengaku. Aku yang patut berasa malu sebab korang terjumpa blog ni..huwaaaaaaaaa! Kali pertama teacher nad cakap jumpa blog ni ya Allah malunya. Tak tahu nak sorok muka aku ni kat mana. Ishhh malu sangat okay..hehe.

Apa pun aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga kat semua teacher teacher kesayangan Daniael Mieqael kerana melayan Daniael Mieqael dengan baik sepanjang berada di sekolah dan tak putus putus ajar Daniael mieqael sampai tahap ini. Halalkan makan minum Daniael Mieqael. Andai Daniael Mieqael pernah buat salah silalah maafkan. Andai Mummy Daniael Mieqael ni terkasar bahasa tolonglah maafkan ye. Jujurnya Mummy Daniael Mieqael ni sayangkan kamu semua. Kalau jumpa kat mana mana tegurlah ye. Kita semua dah macam adik beradik tau.  Doakan yang terbaik untuk Daniael Mieqael .Terima kasih atas segalanya.

Hari ini Daniael Mieqael dah start masuk sekolah baru. Alhamdulillah Daniael Mieqael nampak okay dan seronok di tempat baru. Mudah mudahan Daniael Mieqael mendapat kasih sayang dan perhatian sepenuhnya di sekolah baru. Semoga semuanya baik baik saja..insyaAllah.




   

6 comments:

  1. takpa dear ada yg lbh baik itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah semoga ada hikmah setiap yang berlaku..

      Delete
  2. Pasti ada hikmahnya...inshaAllah

    ReplyDelete
  3. waalu apap pon y berlaku, smestinya sbg ibubapa kt akn buat pilihan y /kptusan y tbaik utk anak..

    in shaa Allah, apa y awk buat semestinya terbaik utk msa dpn dia..

    ReplyDelete
  4. mesti ada hikmahnya kan..moga semua ok2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page