HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 13 April 2016

Daniael Mieqael Dan Baju Sekolah Baru.

Assalamualaikum...


Hari tu baru je bersedih hati Daniael Mieqael ke sekolah hanya berpakaian baju biasa sahaja. Tup tup semalam teacher dia call baju sekolah Daniael Mieqael dah ada. Bukan baju sekolah je buku dan beg sekolah pun dah dapat. Ya Allah..Gembiranya hati. Terus laju laju call suami dan sampaikan berita gembira ini. Ingatkan aku sorang je yang terlebih excited rupanya suami aku pun sama..hahahahah.  

Petang tu dengan hati riang ria aku ke sekolah Daniael Mieqael. Seperti biasa aku akan sampai tepat pukul 5.20 petang. Sampai sekolah je teacher dah bersiap sedia tunggu kat bawah menyambut kedatangan para ibu bapa yang nak ambil anak. Daniael Mieqael baru seminggu bersekolah tapi semua teacher dia dah kenal akulah Mummy Daniael Mieqael..hehehe. Teacher nampak je muka aku laju je dia bagi salam. "Assalamualaikum Puan. Puan Mami Mieqael kan. Puan tunggu sekejap ye..". Seronok rasa teacher layan kita sopan je setiap kali datang ambil anak.

Tak sampai seminit Daniael Mieqael dah sampai dan berlari lari ke arah aku sambil terjerit jerit

"Mami..Mami! Abang dah ada baju school.. kaler yellow!"
"Mami.. Tengok beg Abang..Cantikkkkk!"
"Mami.. Abang ada buku baru.. Best!!!

Daniael Mieqael begitu gembira sekali dan bersemangat betul tunjuk kat aku semuanya. Tiba tiba rasa sebak pula anak gembira macam ni. Syukur Alhamdulillah Daniael Mieqael gembira di tempat baru. Itulah yang aku dan suami harapkan..syukur sangat.


Beg sekolah Little Caliphs ni punyalah comel. Suka tengok.
Kasut sekolah takde. Kalau ada mesti dah comel sangat.

Daniael Mieqael dapat dua pasang baju sekolah dan kopiah. 
Sepatutnya kopiah dapat dua tapi stok tak sampai lagi. 
Takpelah dapat satu pun dah kira okay.

Ini buku baru Daniael Mieqael. 
Teacher dia suruh bawah balik dua ni je dulu yang lain tinggal kat sekolah. 
Bila bacaan semakin okay bolehlah tukar buku baru pula.

Budak bijak yang tak sabar sabar nak pakai baju sekolah baru. 

Masa ambil baju ni teacher Daniael Mieqael cakap baju  dan seluar ni mungkin besar walaupun saiz S. Tapi bila Daniael Mieqael pakai nampak okay je. Seluar pun tak payah lipat ataupun potong dah. Saiz S memang sesuai. Kalau ambil saiz M besar sangat pula. 
Tak suka anak pakai baju besar besar. Nampak tak comel nanti..heh

Sejuk je hati tengok dia pakai baju ni..




Sepatutnya Daniael Mieqael dapat baju sekolah ni minggu depan. Tapi sebab nak pergi trip hari khamis ni, teacher Daniael Mieqael cuba sedaya upaya dapatkan juga. Sebab kesian kot Daniael Mieqael sorang je pakai baju biasa. Nampak macam terasing sangat pula. Sedih tau. Nasib baik ada, rezeki anak aku. Cuma baju sukan je Daniael Mieqael tak dapat lagi. Takpelah hari sukan pun lama lagi..tak kisah pun. Yang penting hari esok. Tak sabar rasanya tengok gambar Daniael Mieqael pergi trip tanpa kami. Semoga semuanya baik baik saja..insyaAllah.


"Daniael Mieqael sayang, belajar rajin rajin ye. Semoga jadi anak yang soleh ye sayang.."





6 comments:

  1. wah dah dpt baju baru, selamat bersekolah ya sayang

    ReplyDelete
  2. bkn awal tahun aritau daniael sekolah kt smart reader ke wieyna?
    dana terlepas baca ke naper daniael tukar ke little caliph nih...

    sama lah aiyan pun kt little caliph jgk... tp beg sekolah dia dh nk rosak dh... almaklum rajin sgt hehehhe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak Norhidana. Aah awal tahun Daniael kat smart reader. bertahan kat sana 3 bulan je. awal bulan 4 tukar dia kat little caliphs pula. Ada masalah tak dapat dielakkan. tolong doakan yang terbaik untuk Daniael Mieqael ye..terima kasih :)

      Delete
  3. teruja mummy dengan anak mummy
    handsome tau anak bujang awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat teruja..hehehe. Terima kasih :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page