HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 14 April 2016

Lawatan Sambil Belajar Little Caliphs Putrajaya

Assalamualaikum..


Hari ini Daniael Mieqael ada trip lawatan sambil belajar ke Petrosains KLCC, Lawatan ke Beryl's Chocolate (boleh makan coklat banyak banyak..hehe) dan Lawatan ke Dominos Pizza Shah Alam (boleh makan pizza banyak banyak juga..hehe).

Mummy Daddy tak boleh join trip ni. Kalaulah boleh join bestnyalah. Tapi tak boleh! Para ibu bapa hanya dibenarkan tengok gambar dalam group whatsapp sahaja. Takpelah asalkan anak gembira.


Bila dapat tahu trip ni nak ke Petrosains KLCC, aku dan suami pula yang teruja dan tak sabar sabar nak dengar Daniael Mieqael bercerita tentang lawatan itu. Seronok rasa bila anak teruja nak pergi lawatan ini. Sejak semalam tak henti henti bercakap pasal lawatan dia hari ini. Alahai anak.

Sebenarnya ini pengalaman pertama Daniael Mieqael ke Petrosains KLCC. Kami tak pernah lagi ke sana. Kalau ada pun Daniael Mieqael masih kecil lagi masa tu. Kalau tak salah aku Daniael Mieqael tak sampai setahun pun lagi. Aku sendiri tak ingat. Inikan pula Daniael Mieqael. Bila tanya suami, suami sendiri pun tak ingat..HAHAHA. Suami kata kalau teringin sangat nak ke sana bolehlah bawa anak anak sekali. Tak jauh pun katanya. Comel je suami aku ni..heh!



Selamat bergembira kesayangan Mummy. Semoga dapat ilmu baru dan dapat pengalaman baru. Jaga diri baik baik ye sayang. Mummy Daddy tak sabar tunggu Abang balik petang ni. Tak sabar dengar abang bercerita dan tak sabar nak cium peluk kesayangan Mummy ni. Sayang Abang!








6 comments:

  1. petrosains best naik gondola...hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yekeeee..Alahai tetiba teringin pula nak pergi :)

      Delete
  2. BILA ANAK-ANAK NAK P LAWATAN SAMBIL BELAJAR NI BIASA MAK PAK YANG HOVER KAN...HEHEHEH...SAMALAH KITA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah..betul betul betul! Mak bapalah paling over..hehehehe. Sepp sikit kita samalah heheh :)

      Delete
  3. Seronok lah dia nak gi lawatan tu ye Daniael..
    Balik nanti suruh mama tadah telinga..
    Banyak nak ceritakan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak Norhayati. Betullah kak. balik dari trip tu anak tak berhenti henti bercakap..hahahaha. Seronok pula dengar pengalaman dia pergi trip..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page