HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 11 April 2016

Pencarian Sekolah Baru Daniael Mieqael

Assalamualaikum..


Syukur Alhamdulillah segala urusan pencarian sekolah baru untuk Daniael Mieqael, Allah permudahkan semuanya. Mula mula memang pening kepala jugalah nak cari sekolah baru untuk dia. Macam macam aku kena fikir sebab tak nak sejarah berulang lagi..huwaaaaaa tetiba rasa nak menangis lagi. Tak nak fikir sangat benda ni sebenarnya cukup cukuplah, kang tak pasal pasal aku banjir lagi. Tapi serius bukan mudah untuk melupakan semuanya. Kalau boleh tak nak fikir langsung pun tapi tetap teringat ingat terbayang bayang. Alahai benci!

Minggu lepas 05 April 2016 bermulalah episod baru Daniael Mieqael di tempat baru. Semuanya baru. Sekolah baru, kawan baru, teacher baru dan cara pembelajaran dia pun baru. Aku dan suami sangat berharap agar Daniael Mieqael dapat sesuaikan diri dan gembira di sana. Kadang kadang kesian juga tengok sebenarnya sebab terpaksa tukar sekolah baru sedangkan dia dah setahun di smart reader dan kenal semua teacher dia dengan baik. Paling terharu bila semua teacher dia sayangkan dia lebih daripada pelajar lain dan turut bersedih bila Daniael Mieqael bertukar sekolah. Ishhh kan aku dah kata mesti banjir. Itu yang malas nak update blog tu..sob..sobbb..sobbbbb.

Hari selasa minggu lepas hari pertama Daniael Mieqael masuk sekolah baru. Alhamdulillah semuanya baik baik saja. Daniael Mieqael pun nampak happy je jumpa kawan kawan baru dan teacher baru yang sangatlah baik katanya. Setiap hari teacher dia akan hantar gambar dan setiap kali aku terima gambar itu entah kenapa aku mudah sangat tersentuh dan laju je airmata mengalir. Macam macam perasaan ada. Susah untuk aku gambarkan perasaan itu. Hanya Allah saja yang tahu betapa aku gembira dan bahagia bila anak begitu gembira di tempat baru. Syukur Alhamdulillah.



Tapi kesianlah sejak minggu lepas dan pagi tadi Daniael Mieqael masih berpakaian baju biasa saja ke sekolah. Sebab baju sekolah kehabisan saiz. Setiap kali pakaikan dia baju, setiap kali itulah dia akan tanya

"Mami baju school Abang takde ke?"
"Mami kenapa Abang pakai baju ni?"
"Mami kawan kawan abang semua pakai baju school, Abang je tak pakai (sambil buat muka sedih)

Aku yang mendengar ayat itu setiap pagi memang tak boleh menahan sebak. Apa yang aku mampu cakap dan ulang ulang cakap kat dia.."bersabarlah sayang.." dan selebihnya suami yang akan pujuk dia. Kesianlah. Bukan baju sekolah je. Buku latihan dan buku bacaan yang sepatutnya Daniael Mieqael bawa balik pun tak dapat lagi. Takpelah lagipun semua tu kena order bukannya dapat terus.

Sekarang ni setiap kali ambil dia dari sekolah, masuk kereta je punyalah seronok dia bercerita pasal sekolah barunya. Seronok betul Mummy dengar. Mudah mudahan Daniael Mieqael terus bergembira di tempat baru. "Belajar rajin rajin ye sayang.."




6 comments:

  1. SEMOGA JADI ANAK CEMERLANG DAN SERONOK DI SEKOLAH BARU YER SAYANG

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..dia dpt sesuaikan diri kt tmpat baru...

    ReplyDelete
  3. biasalahkan..mak2 punya sindrom :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEHEHEHEHE..Memang biasa sangat macam ni..hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page