HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 12 April 2016

Sekolah Baru. Pengalaman Baru.

Assalamualaikum..



Semalam masa nak ambil Daniael Mieqael kat sekolah, teacher dia dah siap siap tunggu kat bawah. Setiap ibu bapa hanya boleh tunggu kat luar pintu je sementara itu teacher tadi akan panggil nama pelajar tersebut dan bersiap siap untuk turun dan balik. Paling menggembirakan bila giliran Daniael Mieqael turun alahai comelnya. Daniael Mieqael dah siap mandi, tukar baju dan wangi wangi setiap kali Mummy ambil dia kat sekolah. So bila sampai rumah tu Daniael Mieqael dah tak perlu mandi lagi. Best kan. Seronok tengok anak terurus macam tu.

Setiap kali ambil Daniael Mieqael, aku sebenarnya jenis yang suka bertanya itu ini kat teacher dia tentang perkembangan Daniael Mieqael kat sekolah. Alhamdulillah teacher dia pun sehabis baik melayan setiap pertanyaanku..hehehe. Masa kat Smart Reader pun sama juga. Aku akan berborak kejap dengan teacher teacher dia sebelum balik..hehehe. Tak sukalah datang sekolah laju laju ambil anak lepastu balik macam tu je. Kesian kat teacher dia. Dahlah penat jaga dan ajar anak kita sepanjang hari. Kita pula berlagak balik macam tu je. Tak baik tau.


So petang tu teacher baru Daniael Mieqael beritahu hari khamis ni ada trip lawatan sambil belajar kat KL. Teacher tak sempat habis bercakap aku dah menyampuk sebab terlampau teruja anak nak pergi trip..HAHAAHAA.

"Teacher, ibu bapa boleh join ke?"

"Maaf puan. Pelajar je boleh pergi. Ibu bapa tak boleh join trip ni. Sebab nak bagi pelajar belajar benda baru dan pengalaman baru tanpa ibu bapa.."

Aku yang mendengar penjelasan teacher comel itu agak kecewa sedikit. Entah kenapa aku kecewa. Dalam hati aku tetiba meronta ronta nak join juga. Tapi apakan daya. Duduk diam diam sudah T____T". Sekolah baru Daniael Mieqael ni agak mencabar juga rupanya. Setiap pelajar diajar berdikari sendiri. Trip nak ke KL pun ibu bapa tak boleh join. Masa kat smart reader sebelum ni, ibu bapa boleh je join. Tapi kat sekolah ni sangat berbeza. Nak tak nak aku terpaksa akur dan pasrah dengan arahan itu.


Sampai rumah je aku dah tak sabar sabar nak bagitahu kat suami tentang trip Daniael Mieqael itu. Suami hanya tersenyum senyum mendengar aku membebel tanpa henti. Geram je rasa. Dah puas membebel giliran suami pula bercakap. Antara ayat yang paling menyentuh perasaan aku..

"Sayang nak risau apa? Biarlah abang belajar benda baru. Dapat pengalaman baru tanpa kita. Teacher abang kan ada. Teacher boleh jaga Abang dengan baik. Tak payah nak risau risau. Abang kan dah besar.."

Aku hanya angguk angguk tanda setuju. Bergenang air mata mendengar kata kata suami tercinta. Sebenarnya inilah kali pertama Daniael Mieqael keluar jalan jalan tanpa kami. Setakat ini tak pernah sekali pun biarkan Daniael Mieqael keluar tanpa kami. Sebab tu masa kat smart reader, setiap kali ada trip macam ni aku dan suami sanggup bayar lebih dan ambil cuti bersama asalkan kami boleh join trip itu. Tapi kat sekolah ni langsung tak boleh join. Mungkin ada kebenaran kata kata suami. Dah sampai masanya Daniael Mieqael belajar benda baru tanpa kami. Aku harap semuanya baik baik saja..insyaAllah.







4 comments:

  1. Mummy,
    Anak kita dulu ada trip pergi Wetland, naik cruise dan pergi ke Aeonbig Alamanda. Itu pun dah rasa sedih dan risaunya sbb pergi tanpa kita. Tapi alhamdulillah everything went well n balik excited dia cerita macam-macam.

    Takpa, bg dia chance sesekali ikut trip sekolah. Mummy doakan je semoga daniael dilindungi Allah.

    Cheers mummy ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah trip Daniael Mieqael berjalan dengan lancar..rasa bersyukur sangat anak balik dalam keadaan gembira. Terima kasih :)

      Delete
  2. mummy makin cun!! hehehee... jgn risau, kita pun dlu masa anak i trip x penah join. cikgu x bagi.kihkih... bygkan masa umo 6 tahun dia gi kidzania.mami yg kat jb ni risau bebenau. Biar dia belajar berdikari ok..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page