HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 19 April 2016

Sesi Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru.

Assalamualaikum..


Sabtu lepas 16 April 2016 merupakan perjumpaan pertama antara ibu bapa dan guru di Tadika Cilik Genius Putrajaya dibawah program Little Caliphs. Daniael Mieqael baru 2 minggu di tadika ini. Berdebar dan tak sabar jugalah nak tahu perkembangan dia walaupun baru 2 minggu bersekolah di tempat baru. Tiga hari sebelum perjumpaan ini teacher Daniael Mieqael dah call setiap ibu bapa untuk tetapkan masa masing masing. 

Setiap ibu bapa hanya diberi masa 15 minit sahaja. 15 minit untuk bertanya itu ini kat teacher anak masing masing tak cukup sebenarnya. Kita sebagai ibu bapa ni kadang kadang macam macam soalan nak tanya. Tapi teacher baru Daniael Mieqael ni baik je. Kalau ada apa apa masalah nak tanya boleh je tanya bila bila masa. Tak perlu tunggu perjumpaan ini pun sebenarnya. Senang hati dengar.



Giliran Daniael Mieqael adalah pukul 10.10 pagi. Seawal jam 9 pagi kami dah sampai sekolah. Semangat betul anak beranak datang sekolah..hehehe. Oleh kerana ada sejam lagi kami singgah restoran mamak yang berhampiran dengan sekolah Daniael Mieqael. Seperti biasa kalau dah singgah kedai mamak wajib makan roti canai. Anak anak pun suka. Makan pun banyak. Seronok Mummy Daddy tengok. 

Pukul 9.45 pagi kami dah selesai makan dan bersiap siap ke sekolah Daniael Mieqael. Sampai sekolah je dah ramai ibu bapa yang setia menunggu giliran masing masing. Suasana agak meriah jugalah. Aku ingatkan aku sorang je yang terlebih bawa anak. Rupa rupanya orang lain pun sama. Masing masing bawa anak lebih dari sorang. 



Mula mula sampai sekolah Daniael Mieqael, tiga beradik ni memang huru hara berkejaran sana sini. Bukan anak anak aku je, anak orang lain pun sama. Selagi boleh dikawal aku biar je mereka bermain dan berkejaran sana sini asalkan tak mengganggu teacher yang sedang menjalankan tugas. Sesekali aku dan ibu bapa yang lain akan ketawa dan tersenyum bila teacher beritahu ada sesetengah anak muridnya masih memakai pampers ke sekolah walaupun dah 6 tahun dan banyak kali terkencing dalam seluar. Teacher syorkan peranan ibu bapa sangat penting mengajar anak anak supaya bebas pampers dan pandai berdikari bila waktu waktu kecemasan berlaku. Geli hati je dengar.

Nasib baiklah Daniael Mieqael dah bebas pampers begitu juga dengan  Dannish Riffqie. InsyaAllah Rayyan Ashraff akan aku ajar perlahan lahan. Buat masa ini tak sesuai lagi. Biarlah dia pakai pampers puas puas dulu..hehehe.





Teacher Ain adalah teacher yang mengajar budak 5 tahun. Kata teacher Ain setakat ini laporan prestasi Daniael Mieqael selama dua minggu menunjukkan progress yang cepat dan kini akan bermula dengan buku kedua siri cepat baca..Alhamdulillah. Mummy Daddy sangat berbangga dengan pencapaian Daniael Mieqael setakat ini. Syukur sangat. Selain itu teacher juga ada beri pujian Daniael Mieqael pandai berkawan dan suka tolong kawan kawan dia buat kerja. Teacher Ain juga kata Daniael Mieqael ni suka main. Kerja dia asyik nak main je tapi bila teacher dia suruh buat kerja alhamdulillah kusyuk pula nak siapkan..hehehe. Dari segi penulisan dan cara mewarna semuanya dapat markah GOOD..Alhamdulillah.




Paling best kat sekolah ini setiap hari Daniael Mieqael akan diajar solat  lima waktu sekali dengan bacaan bacaan dalam solat. Setiap hari juga Daniael Mieqael akan diajar menghafal segala doa harian dan surah surah pendek. Paling aku kagum sekali bila teacher Ain kata setiap pelajar lelaki wajib jadi imam. Setiap hari imam akan bertukar tukar. Kalau tak pandai solat atau masih tak hafal bacaan dalam solat, teacher akan cuba ajar perlahan lahan sampai pandai. Setakat ini Daniael Mieqael baru sekali jadi imam kat sekolah, terharunyaaa aku dan suami. Cuma Daniael Mieqael perlu belajar lagi dan perlu menghafal surah surah pendek dan bacaan bacaan dalam solat dengan betul. Setakat ini bacaan surah surah pendek Daniael Mieqael masih lemah dan belum lancar sepenuhnya. Takpelah sayang perlahan lahan. InsyaAllah boleh. 

Setakat ini apa yang aku perhatikan cara pembelajaran antara Little Caliphs dan Smart Reader sangat sangat berbeza. Kat little Caliphs tak bagi pelajar bawa buku balik. Semuanya ditinggalkan dalam kelas kecuali buku bacaan. Smart Reader pula setiap hari ada kerja sekolah yang perlu disiapkan. Dari segi pembacaan pula sangat berbeza. Kat Smart Reader setiap pelajar akan diajar kenal Huruf ABC 123 ALIF BA TA dan setiap kali membaca perlu mengeja satu satu. Little Caliphs pula lebih kepada belajar bunyi bunyian dan terus saja membaca tanpa mengeja. Berbeza kan. Patutlah setiap kali aku ajar Daniael Mieqael membaca dia akan keliru sedikit. Tapi sekarang Daniael Mieqael dah boleh terima cara pembelajaran di Little Caliphs bacaan pun semakin lancar dan nak masuk buku bacaan kedua dah. Syabbas Sayang Mummy!









7 comments:

  1. salam..
    mummy hntr daniael LC kat presint 14 ke diplomatik ye? bole share x yuran pendaftran n bulanan? sy pun nk servey LC jgk utk thn depan ni..tq ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Saya hantar kat LC diplomatik presint 15. Yuran pendaftaran keseluruhan RM1600+++ dapat 2 pasang baju sekolah,dua pasang kopiah,dua pasang baju sukan dan buku. Bayaran bulanan pula RM450. Lc presint 15 ni baru buka tau. trylah masuk tahun depan. bolehlah kita jumpa..hehehe :)

      Delete
  2. salam...belajar terus mengenal bunyi ni ada budak boleh terima ada yang x.Saya pernah hantar anak ke tadika yang mcm tue d sabah..Last2 tukar ke kemas.Alhamdulillah boleh membaca.So mama kena ikut belajar sekali dengan daniel senang nak ajar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Betul. Mula mula tu memang anak keliru sikit nak belajar membaca. sebab kat LC memang ajar bunyi bunyian. Smart reader pula ajar mengeja. Tapi alhamdulillah sekarang anak dah boleh faham termasuklah aku dan suami. Anak membaca makin lancar sejak guna bunyi bunyian ni..seronok rasa.. :)

      Delete
  3. comelnye tiga2 pakai sepasang..muka abang nmpk sooo abang.mommy tu cam biasa always cun!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe..terima kasih. Awak pun apa kurangnya..comel juga.. :)

      Delete
  4. sebenarnya mengeja atau bunyian depends pada budak..kalau budak yang lambat kebolehan dia utk membaca better gunakan mengeja...kalau dekat KEMAS atau Pra sekolah di sekolah kebangsaan cikgu2 menggunakan teknik mengeja..kalau budak yng advance skt dan pandai..bunyi2an takde masalah...sbb dia cpt ikut...:-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page