HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 18 May 2016

Abang Abang.. Adaaa Adik Lagi!

Assalamualaikum.


Siapa penggemar roti canai sila angkat tangan! Siapa bukan penggemar roti canai pun angkat tangan!! Hehehe tetiba sila jangan marah ye :'). Aku sebenarnya sejak akhir akhir ni asyik nak makan roti canai je. Kat ofis pun pagi pagi singgah kedai mamak dan tapau dua roti canai. Itupun macam tak cukup je. Ish ish lain macam je aku ni. 

Ke aku mengandung ni? Lain macam je nafsu makan aku sekarang ni. Kadang kadang selepas ambil anak sulung kat sekolah aku sempat lagi singgah kedai mamak yang berdekatan dengan sekolah anak aku dan terus borong sampai 8 keping roti canai. Anak anak aku pula penggemar roti canai termasuklah suami. Jadi kalau beli banyak banyak roti canai pun confirm habis punyaaaa...Hehehe.







Sabtu dan ahad pagi pun kami anak beranak akan keluar breakfast kat kedai mamak yang berhampiran dengan rumah kami. Nasib baiklah anak anak pun suka makan roti canai. Makan banyak pula tu. So seronoklah sikit makan sebab anak anak suka dan kenyang sama sama.

Cuma agak risau jugalah tahap nafsu makan aku sekarang ni. Jangan jangan.. Abang abang.. ADAAA ADIK LAGI! Tapi tak mungkin..aku yakin bukan. Tapi kalau dah ditakdirkan ada rezeki sekali lagi..Alhamdulillah :')


6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page