HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 5 May 2016

Aku dan Contact Lens

Assalamualaikum.


Dah lama tak pakai contact lens warna warni pergi kerja. Sejak mengandung anak kedua dan ketiga hari tu aku lagi suka pakai spek mata atau pakai contact lens biasa je tanpa warna. Aku sebenarnya rabun. Rabun jauh. Stress gila bila power mata aku semakin naik. Benci. Tak suka. Umur baru 35 tahun. Tapi mata dah kabur kabur..sob..sob T_______T.

Pakai contact lens ni bukan senang tau leceh sebenarnya. Kalau tak sesuai dengan mata siaplah mata akan jadi kemerah merahan. Nak pakai spek mata malas sebab nak pakai shawl. Kalau pakai spek mata nampak tak gojes dan kelihatan macam orang tua gitu.  Tapi kadang kadang kalau terpaksa aku pakai jugalah. Gojes tak gojes lantaklah :p




Hari tu contact lens dah nak expired. Contact lens yang aku pakai hanya boleh bertahan sebulan. Kalau pakai lebih dari sebulan mata akan gatal dan kemerah merahan seperti orang sakit mata okay. Dua hari lagi contact lens dah nak expired. Ajak suami laju laju ke Alamanda. Niat dihati nak ambil jenis biasa je tapi suami tiba tiba ikut suka hati dia je pilih yang berwarna. Kononnya barulah mata nampak seksi. Amboiiiiiiiiii suami aku!. Atas permintaan suami tercinta aku haruslah tunaikan asalkan suami belanja contact lens baru..huhuhu.




Sejak hari tu macam macam warna contact lens aku cuba. Termasuklah yang bersaiz besar dan normal. Ada yang sesuai dengan mata aku dan ada juga yang langsung tak sesuai. Takut tengok warna mata sendiri jadi lain macam..hahaha! Dengan mata sendiri pun takut sabar jelah.

Baru baru ini suami belanja contact lens baru iaitu lofalens. Terharu okay bila suami senyap senyap beli lofalens untuk isteri kesayangan..hehehe. Jujurnya aku tak pernah try lagi lofalens ni. Selalu pakai FreshLook dengan FreshKon je. Jenama lain pun pernah try juga. Tapi aku lebih suka pakai freshLook dengan FreshKon sebab sesuai dengan mata aku. Setakat ini lofalens okaylah cuma saiz dia saiz normal je yang ada. Kalau ada saiz besar kan best. Suka pakai saiz besar sebenarnya sebab mata nampak bolat, bersinar dan seksi..heh! (Maaf terlebih belanja gambar sedang berselfie dengan contact lens. Sila jangan menyampah ye kesayanganssss!)




2 comments:

  1. sama dengan saya la...kena pakai ctc lens baru senang nak drive..nak bergaya dgn shawl..hehehe..sy suka bli freshlook je..atau pun beli online..tp yg harga mahal skt la..alhamdulillah..elok je sy pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyy..Ada geng pakai ctc lens sebab shawl..hehehe. Samalah saya pun suka pakai freshlook sebab lembut dan tahan lama. Sepp sikit sayang..hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page