HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 12 May 2016

Pengalaman Kedua Tengok Wayang

Assalamualaikum.

Hari ini nak share pengalaman kedua Daniael Mieqael dan Dannish Riffqie tengok wayang. Sebelum ini aku dah pernah buat entri Pengalaman Pertama Tengok Wayang. Kali ini kami anak beranak tengok cerita Boboiboy The Movie. Katun Boboiboy ni memang kegilaan budak budak sekarang termasuklah anak anak aku. Bila anak anak dapat tahu nak tengok wayang Boboiboy melompat keriangan dua dua. Dua hari sebelum tengok wayang dua dua jadi budak baik. Setiap arahan Mummy Daddy dipatuhi dengan baik. Kalau Mummy Daddy suruh belajar laju je dua dua ambil buku dan terus mewarna..hehehe.

Sepatutnya aku dan suami plan tengok wayang dengan anak anak je. Tapi kebetulan pula ofis aku buat trip tengok wayang ramai ramai. Mula mula macam malas je nak join. Tapi sebab anak anak teruja dan teringin sangat nak tengok, tiket pula dapat separuh harga. Memang rugi sangat kalau tak join. Call suami dan minta persetujuan. Alhamdulillah suami setuju siap ajak anak anak pengasuh tengok wayang sekali. Bestnya!

Empat sekawan posing :)







Rayyan Ashraff kami tinggalkan di rumah pengasuh ( kak yani ). Rayyan Ashraff masih kecil dan tak sesuai tengok wayang lagi. Aku dan suami belum ada kekuatan nak bawa Rayyan Ashraff sekali. 
InsyaAllah satu hari nanti kami bawa Rayyan Ashraff sekali.

Bergambar dengan kawan baik

Geng satu ofis. Bergambar ramai ramai sebagai kenangan.



Daniael Mieqael paling tak sabar nak tengok cerita ni. Dah besarlah katakan..hehehe





Alhamdulillah sepanjang dalam wayang anak anak lebih fokus tengok cerita terutama sekali Daniael Mieqael. Dannish Riffqie pula banyak bertanya tapi dia akan bertanya perlahan lahan je. Paling comel siap berbisik bisik kenapa boboiboy menangis, kenapa boboiboi kalah, mana boboiboy dapat kuasa dan blablablablaaaa. Biasalah budak budak kan suka bertanya. Setiap pertanyaan Dannish Riffqie aku dan suami wajib jawab. Paling rajin jawab soalan si anak kesayangan si Daddylah..hehehe.






Anak anak dah ada pengalaman tengok wayang sebelum ini memang seronoklah sikit nak bawa. Nak handle pun senang sebab dua dua dah faham dan dah biasa dengan suasana dalam wayang. Cuma anak anak pengasuh ( kak yani ) je tak biasa dan langsung tak pernah masuk wayang. Ini adalah pengalaman pertama mereka. Bila aku dan suami ajak dua beradik tu tengok wayang, terus dua dua setuju tapi dalam masa yang sama malu malu dan takut takut nak pergi. Iyelah tak pernah masuk pawagam kan. Kesian pula tengok. Tapi dua dua memang excited sangat nak tengok wayang. Daniael Mieqael dengan Dannish Riffqie bertambah tambah seronok Abang kakak tengok wayang sekali. 

Anak anak aku memang rapat sangat dengan anak anak pengasuh kesayangan aku tu. Kak yani jaga anak aku macam dia jaga anak dia sendiri. Kasih sayang dia pada anak anak aku tuhan je yang tahu. Kadang kadang sabtu dan ahad pun kak yani boleh tolong jaga kalau tiba tiba aku dan suami ada hal hal penting. Kak yani terlalu baik. Malah siap ajar anak anak aku mengaji. Bersyukur sangat jumpa pengasuh baik macam kak yani ni. Aku dan suami pun akan cuba buat sehabis baik untuk pengasuh kesayangan kami ni. Sekali sekala bawa anak anak kak yani keluar makan makan dan ajak tengok wayang pun dah buat kak yani terharu dan menangis KENAPA layan keluarga dia baik sangat. Padahal kami yang patut berterima kasih kat dia sebab selama ini tolong jaga anak anak kami dengan baik. Sayang sangat kak yani ni tau!





4 comments:

  1. Wah...
    Tengok wayang lagi..
    Bestnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala layan anak anak tengok wayang sis :)

      Delete
  2. seronoknya tgk wayang ramai2 gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Memang seronok sebab tengok ramai ramai..heh :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page