HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 29 June 2016

Baju Raya dan Kuih Raya Dari Mama Papa

Assalamualaikum.


Alhamdulillah rezeki anak anak masih merasa pemberian Mama Papa sempena hari raya. Setiap tahun bila tibanya hari raya Mama Papa tak pernah lupa belikan baju raya untuk cucu cucu kesayangan. Walaupun cucu semakin ramai Mama Papa tetap bershopping dengan riang ria demi cucu cucu kesayangan..hehehe. Bukan baju raya je tapi kuih raya pun kami akan dapat sekali malah duit raya anak anak pun mertua dah siap bagi awal awal. Terharu rasa.

Geram tengok baju raya anak anak mertua belikan semuanya comel comel. Dan paling aku suka, aku dan mertua sehati sejiwa suka beli baju  kembar kembar..hehehe. Seperti biasa mak mertua aku paling suka shopping baju kat mothercare. Baju baju kat mothercare faham faham jelah harga dia, mahal. Tapi itulah tempat kegemaran mak mertua aku shopping baju cucu cucu kesayangan. Bersyukur sangat mertua jenis tak kedekut dan tak pernah berkira asalkan semua cucu kesayangan dapat bergaya dan beraya dengan riang ria..hehehe. Terima kasih untuk Mama Papa, Semoga Allah panjangkan usia kedua duanya dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik..Aminnn.

Comelnya baju ni kembar tiga..hehehe



Haaaaa siap dapat mainan lagi. Seronoklah anak anak aku. 
Baju ni mertua aku beli kat Parkson. Walaupun baju ni bukan kembar tiga aku tetap suka sebab comel. sukalah!




Terliur tengok kuih raya ni. Sedapnyalah!


Dalam banyak banyak kuih raya aku sebenarnya paling suka yang ini!!!
Setiap kali makan memang tak stop..hahaha. 

Sambal hantu. Sambal ni memang pedas yang amat. Takut nak makan..huhuhuh. 
Tapi ini adalah kegemaran suamiku. Setiap kali balik sabah wajib bawah balik :)

Masa zaman bercinta inilah coklat yang akan suami bagi setiap kali berkesempatan dating berdua. Tak sangka mertua pun suka..hehehe

Kurma! Ya Allah kat rumah aku dah berlambak lambak kurma. 
Haaaa mak mertua aku tambah lagi.. Alhamdulillah rezeki :)

Ishh ishh yang ni pun nak letak dalam blog ke? Ofkozlah letak sebab aku sesungguhnya sangat berbangga dengan pemberian mertuaku :')


Walaupun setiap tahun aku wajib balik kampung (Sabah) untuk beraya bersama keluarga, mertua aku tak pernah berkecil hati malah mendoakan perjalanan kami sekeluarga selamat pergi dan balik. Bersyukur sangat dikurniakan mertua yang memahami dan faham keadaan aku yang jarang sekali balik Sabah. Hari raya aidilfitri mertua selalunya akan balik kelantan. 

Untuk lebih adil setiap kali hari raya haji aku akan beraya di rumah mertua. Hari raya haji aku memang tak pernah balik sabah. Rumah mertualah tempat kami berkumpul ramai ramai. Mertua pernah ajak balik kelantan tapi keadaan selalu tak mengizinkan. Sebab suami selalu outstation. InsyaAllah kalau ada rezeki tahun ini kami beraya di kelantan sempena hari raya korban nanti. Sebab suami aku kata hari raya korban paling meriah di kelantan. Wahh macam teruja pula dengar. InsyaAllah kalau takde masalah bolehlah kami beraya di kelantan pula. Babai semua :')






4 comments:

  1. wahh....banyaknye dapat..bestlah dpt mertua camtu..hehe

    ReplyDelete
  2. wah banyaknya mertua bagi,,igtkan sikit jer,,,untungla...

    ReplyDelete
  3. seronoknya tgk segala pemberian mertua wieyna kt anak2 n kt anak n menantunya...

    segala mcm sekut raya... baju tu pun cantik2... bdk laki tak banyak sgt pilihan mcm bdk perempuan gaun skirt bagai kan...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah....dapat mertua yg bagus.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page