HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 7 June 2016

Kisah Aku Semalam

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari kedua berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semalam sekolah Daniael Mieqael cuti. Cuti sempena awal Ramadhan. Seperti biasa Daniael Mieqael akan aku bawa ke ofis. Budak bertuah tu kalau datang ofis memang seronok sangat sebab segala permintaan dia pasti aku tunaikan. Takpelah bukan selalu boleh manja manja dengan mami dia. Kalau kat rumah terpaksa  bersaing dengan dua beradik dia untuk dapatkan perhatian aku. Kesian pula. Hari hari terpaksa mengalah dengan adik adik dia. So semalam kat ofis apa saja dia nak aku cuba tunaikan termasuklah nak makan roti canai T___T'.

Aku segan sebenarnya nak  beli roti canai kat bawah ofis aku tu, iyelah bulan ramadhan kan tak pasal pasal aku kena tangkap pula. Tapi atas permintaan anak tersayang aku tunaikan juga. Mula mula nak tapau je tapi kat ofis semua orang tengah berpuasa. Segan pula. Malas nak pening pening alang alang dah turun aku terus ajak Daniael Mieqael makan kat situ. Dengan muka tak malu aku beratur sekali dengan insan insan bukan muslim. Order roti canai satu dan milo suam satu untuk abang. Aku sedar ramai yang jeling jeling kat aku sebab dalam banyak banyak yang beratur tu aku sorang je yang pakai tudung tapi aku buat buat tak nampak je. Lantak kaulah nak fikir apa. Yang penting anak aku kenyang!


Alhamdulillah Abang makan banyaaakkk. Kesian anak aku lapar. Bila kawan kawan ofis tanya 

"Puasa tak hari ni?" Anak manja aku ni laju je jawab "mestilah puasa!" T__T'

Ish ish padahal dah kenyang sangat ni..hehehe. Takpelah anak baru nak masuk 5 tahun. Nanti nak ajar dia berpuasa perlahan lahan. Tak bolehlah nak paksa dia terus berpuasa dari pagi sampai ke petang. Dapat berpuasa sampai tengahari pun dah okay. Tapi kalau berjaya berpuasa sehari Alhamdulillah.

Sepanjang bulan Ramadhan ni 4.30 petang dah boleh balik. Ya Allah bahagianya hidup boleh balik awal! Terus ajak abang ke Bazaar Ramadhan yang berdekatan dengan ofis aku. Konon kononnya bolehlah singgah Bazaar Ramadhan petang tu sebab balik awal kan. Last last sangkut pula dalam jammed! Stressnya aku memandu petang tu. Baru je nak beli makanan untuk berbuka. Hampir 20 minit jugalah kami sangkut dalam jammed. Kesudahannya tak singgah pun terus saja balik sebab tempat parking penuh. Tujuan nak ke Bazaar nak beli kuih muih sebab kuih muih ni waktu bulan ramadhan jelah paling senang nak jumpa. Kalau hari biasa susah sikit. Sedihnya! Takpelah lain kali insyaAllah ada rezeki ke Bazaar Ramadhan.

Sampai rumah laju laju masak apa yang patut. Aku masak ala kadar je. Masak apa yang anak anak suka makan. Sempat jugalah beli kuih muih dan air kelapa kat depan rumah aku tu. Bolehlah berbuka puasa dengan riang ria bersama anak anak. Tak sabar tunggu suami tercinta balik. Kalau suami ada macam macam lauk suami bawa balik. Dan aku hanya masak nasi sahaja :')

Korang pula apa cerita semalam. Mesti semalam semuanya seronokkan. Iyelah dapat berbuka bersama sama dengan keluarga tersayang. Alahai Bestnyaaaaaa korang! Jeles okay..hehehe :'). Okaylah kesayangan semua. Selamat berbuka puasa :')





8 comments:

  1. A'a betullah .. time puasa ja byk kuih muih yg sedap2 dijual. 😊

    Selamat berpuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Mia..

      Haaaa itulah kalau hari biasa susah nak jumpa kuih muih yang sedapp sedap ni. Time puasa je ada kan. Tak sabar pula nak pergi Bazaar..hahaha

      Delete
  2. Mmg stress tau kalau nk pegi bazar skang ni..stress sbb merata2 jam..sy mmg xsuka pegi bazar sbb benda2 nila..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Azrine..

      Adoi memang stress gilaaaaa. Nak parking pun susah. Tapi sebab teringin punya pasal sanggup pergi..hehehe

      Delete
  3. huhu..sy buka sorang je puasa pertama, semalam pun sama :'(

    Adam pun tido..kalau bangun dia meragam sebab mulut ada ulser..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yana. Sedih kan sahur dan berbuka sorang sorang. Sabar ye. Alahai kesian Adam. Saya yang dah besar ni pun kalau terkena ulser seksanya hidup. Nak makan pun susah. Bagi adam makan aiskrim vanila insyaALLAH cepat pulih. Selamat berbuka :)

      Delete
  4. hahaha,,puasa dia bilang..means mkn roti canai tue sahur dia..hihi..sa anak2 semua di beaufort tgl yg kecik jak d rumah..cuti sekolah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Daling. Iya bha kalau orang tanya laju betul dia cakap puasa padahal indak tu puasa bikin lucu jak anak saya ni..hahaha tengok terkeluar sudah bahasa sabah saya..hehehe :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page