HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 17 June 2016

Cirit Birit

Assalamualaikum.


Semalam aku EL. Tak larat masuk ofis. Sakit perut yang melampau. Mula mula aku ingatkan sakit perut biasa biasa je. Kalau setakat sakit biasa biasa tu aku tetap akan paksa diri masuk ofis. Iyelah nak jimat cuti. Cuti aku pun bukannya banyak sangat pun walaupun kelayakan cuti aku dapat 25 hari. Tolak anak tak sihat tolak nak balik kampung tolak itu ini maka cuti aku tinggallah nyawa nyawa ikan T____T.

Aku tak pasti kenapa aku boleh sakit perut. Mungkin aku termakan benda pedas. Aku kan jenis yang tak suka makan pedas dan tak boleh makan pedas. Bila termakan pedas pedas confirm cirit birit sepanjang hari. Kejap kejap masuk toilet. Kejap kejap nak tercirit ya Allah seksanya hidup. Aku jenis yang mudah terkena cirit birit. Asal je salah makan confirm cirit birit. Dan penyakit cirit birit adalah satu penyakit yang paling aku benci. Siapa yang pernah terkena cirit birit ni taulah rasa dia macam mana. Sakit okay.

Semalam tak larat jumpa doktor. Tak larat nak memandu sebenarnya. Suami mula mula nak hantar ke klinik pagi tu, tapi macam kesian pula. Sebab aku suami masuk kerja lambat. Aku suruh je suami pergi kerja dan tak payah nak risau risau sangat. Lagi pun kat rumah ubat cirit birit masih ada. Kalau jumpa doktor pun tetap akan dapat ubat yang sama. Selalu aku akan dapat 3 jenis ubat kalau cirit birit termasuklah ubat cirit birit, ubat gastrik dan ubat air garam.

Bila dah makan ubat cirit birit ni bukan terus sembuh pun. Makan masa juga. Yang pasti semalam aku dan toilet berpisah tiada. Perut terlampau sensitif, asal je termakan yang pedas pedas inilah akibatnya. Hari ni aku masuk kerja macam biasa. Perut dah okay sikit tapi masih terasa lagilah dan tetap berpuasa macam biasa. Semalam memang langsung tak larat. Nak paksa diri berpuasa pun tak boleh. Badan terlampau lemah menahan sakit perut. Harap harap hari ni aku berjaya berpuasa dengan jayanya..insyaAllah.


3 comments:

  1. gws yek wieyna... tme2 pose nih mmg prt jd sensitif

    ReplyDelete
  2. ciannya u dear.. gws ye.jaga makan bulan puasa ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page