HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 9 June 2016

Cuti Sekolah

Assalamualaikum.


Cuti sekolah dah nak habis. Bestnya anak anak yang bercuti 2 minggu tu lagi seronok kalau mak bapa pun boleh ambil cuti sekali dengan anak anak. Bolehlah pergi bercuti cuti malaysia. Tapi tadika anak aku sepanjang cuti 2 minggu ni tetap beroperasi seperti biasa. Dapat cuti sehari je masa awal ramadhan hari tu. Tapi boleh je cuti sebenarnya kalau rasa macam tak nak hantar anak ke sekolah yang penting kena beritahu teacher awal awal dan tak susahkan mereka.

Tapi aku dan suami terpaksa berjimat cuti. Ambil cuti bila perlu dan terpaksa sahaja. Iyelah nak balik kampung ni (sabah) wajib ambil cuti banyak. Rugi ambil cuti sikit sikit nanti tak puas balik kampung..huhuhu. Lagipun kami balik kampung setahun sekali je. Itupun balik waktu hari raya je. Gila ambil cuti dua tiga hari. Dapat cuti seminggu pun kira dah okay. Tapi aku kalau seminggu macam tak cukup dan tak berbaloi. Kalau boleh nak cuti sebulan terus barulah puas hati dan berbaloi baloi..hahaha.  Tapi itu sekadar mimpi kosong je jangan haraplah dapat cuti sebulan T____T".

Sepanjang cuti sekolah ni anak anak yang ambil daycare bolehlah hantar anak anak ke sekolah seperti biasa. Yang bestnya Daniael Mieqael tak perlu pakai uniform ke sekolah dan boleh berpakaian baju biasa saja. Tapi pakaian basahan untuk sebelah petang wajib ada. Sebab kalau petang Daniael Mieqael akan mandi. Seronok rasa ambil anak kat sekolah dah mandi dah wangi wangi. Sampai rumah tak payah mandi pun takpe..hehehe.

Kat sekolah Daniael Mieqael belajar seperti biasa.  Sejak Daniael Mieqael masuk Little Caliphs ni alhamdulillah banyak perubahan. Bacaan semakin lancar. Sekarang dah masuk buku siri 3, bacaan doa doa harian dan bacaan dalam solat pun makin baik dan paling penting seronok datang ke sekolah. Syukur sangat.

Tapi kesian sepanjang cuti sekolah ni tak sempat nak bawa anak anak pergi bercuti. Seronok tengok kawan kawan yang lain bawa anak anak pergi bercuti. Suami sekarang asyik outstation pula. Tak apalah satu hari nanti ada rezeki bolehlah bawa anak anak bercuti sakan..insyaAllah. Buat masa ni bolehlah bercuti ke Sabah..hehehe.

Korang pula apa cerita sempena cuti sekolah ni? Mesti dah bawa anak anak jalan kan..bestnyaaaa! Apapun selamat bercuti semua dan selamat berpuasa :)



2 comments:

  1. Salam perkenalan dari saya.cuti sklh ni pn saya dan anak-anak xkemana. Tapi ade juga bawa anak-anak keluar shopping baju raya n balik kg sekali sekejap.

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan. Terima kasih sudi singgah blog saya. Wahh bestnya kalau kampung dekat. Boleh balik bila bila masa. Macam saya ni setahun sekali je boleh balik :(. Saya pun dah start beli baju raya anak sikit sikit :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page