HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 14 June 2016

Kurma Yusuf Taiyoob

Assalamualaikum.

Aku dulu sebenarnya bukanlah penggemar kurma. Aku cuma akan makan kurma bila tiba bulan ramadhan saja. Tapi sejak kali pertama jumpa keluarga suami. Aku mula perlahan lahan belajar makan kurma. Sebab kat rumah suami aku kurma sentiasa ada. Bila bila masa boleh makan. Mula mula memang susah jugalah nak biasakan diri makan kurma ni. Aku kan jenis tak suka makan manis manis. Tapi bila aku disahkan mengandung anak pertama ramai yang kata elok sangat makan kurma ni. Selepas bersalin pun lagi bagus sebab akan memperbanyakkan susu.

Sejak hari tu aku memang makan kurma banyak. Dari tak suka terus suka. Selepas bersalin lagilah aku menggila makan kurma sebab nak susu banyak kan..hahaha. lagipun makan kurma ni banyak khasiatnya. Selain dapat memberi tenaga kepada ibu ibu hamil kurma juga dapat membantu memperbanyakkan susu dan mencantikkan kulit si baby.

Baru baru ni kan satu ofis aku dapat banyak kurma free, Ya Allah memang puas hati sangat makan. Kurma dia besar besar pula tu. Makan dua biji kurma pun aku dah kekenyangan..heheehe.



Tapi dalam banyak banyak kurma yang ada dipasaran ni aku paling suka makan kurma yusuf taiyoob. Tapi kurma yusuf taiyoob ni banyak jenis tau. Kurma dia ada yang jenis kering dan keras. Satu jenis lagi jenis basah basah dan lembut je nak makan.


Aku dah pernah try semua kurma kurma yusuf taiyoob ni tapi yang paling aku suka dan paling sedap bagi aku jenis kurma Wasem ni. Serius memang sedappp. Yang ni jenis basah basah, lepastu rasa dia takdelah manis sangat.  So kalau nak makan banyak banyak pun okay. Anak anak aku pun suka. Hari tu beli 4 kotak sempena ramadhan. Satu kotak bagi kat pengasuh kesayangan. Tiga kotak lagi untuk kami anak beranak..hehehe

Aku sekarang ni waktu bersahur akan makan kurma dengan susu. Kalau dapat susu kambing lagi sedapppp! Tapi susu kambing susah nak cari. Pakai susu biasa pun okay. Tetap sedapppp. Korang pun boleh try. Sedappp tau.  Selamat mencuba :')




7 comments:

  1. Akak suka yg keras sikit tu SM..
    Sedap pulak krap krup bila makan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Norhayati. Saya kalau yang jenis keras tak berapa suka sangat. Suka jenis basah basah tu isi dia lembut je :). Terima kasih sudi singgah blog saya ye :)

      Delete
  2. sy suka kurma yg keras..sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Wanie. Sesetengah orang suka kurma jenis keras, ramai kata sedappp. Tapi saya lagi suka jenis kurma basah basah..hehehe

      Delete
  3. sy pun susah nak makan kurma..kena yg basah2 ok la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yana. Takpe saya pun dulu macam tu tak berapa gemar makan kurma. kurma basah basah sedapp kan..sepp sikit..hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page