HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 8 June 2016

Mengantuk!

Assalamualaikum


Alhamdulillah dah masuk hari ketiga kita berpuasa. Alhamdulillah dapat berpuasa dengan jayanya tanpa ada rasa pening pening dan sakit sana sini. Cuma satu je dugaan bila berpuasa ni yang aku rasa semua orang melaluinya termasuklah aku. Tahap mengantuk yang melampau lampau. Iyelah sebelum ni kita tidur siok je sampai ke pagi kan. Tapi di dalam bulan puasa ni kita perlu bangun awal untuk bersahur. Ruginyaaa siapa yang tak bangun sahur ni. Rugi sangat sangat.

Waktu sahur, aku akan bangun seawal 4.30 pagi. Sebab anak bongsu aku akan terjaga sendiri dan nak susu. Kalau sebelum ni settle je buat susu aku akan tidur semula. Tapi bulan puasa ni memang tak tidurlah terus je masak atau panaskan makanan untuk bersahur. Selepas  bersahur mandi dan solat subuh. Selepas solat subuh terus bersiap siap pergi kerja. Haaa memang tak sempat nak lepak lepak santai santai pun sebenarnya. Sebab aku ada 3 hero kesayangan yang perlu disiapkan sebelum hantar ke sekolah dan rumah pengasuh. Urus anak anak tanpa suami ni memang sangat mencabar kena pantas dan harus semuanya sempurna. Setakat ni alhamdulillah sepanjang bulan ramadhan aku masuk kerja tepat pada masanya. Happy okay walaupun kelam kabut hantar anak anak dan terkejar sana sini. Akukan SuperMummy Terhebat chewahh..hehehehe :')

Bila sampai ofis tak sampai sejam mata aku dah lain macam. Mengantuk tahap nak menangis pun ada! Serius mengantuk yang amat! Berkali kali aku terlajak tidur depan PC sabar jelah. Tapi selalunya tahap mengantuk aku ni awal awal ramadhan je lepas tu akan okay. Tapi time mengandung hari tu sepanjang bulan puasa aku mengantuk. Kerja aku tidur je. Nak buat kerja pun malas. Kalau boleh sepanjang masa nak tidur. Sekarang ni tak bolehlah. Lagipun tak elok sangat tidur time puasa ni kan. Kalau tidur sekejap sekejap tu mungkin oklah. Tapi entahlah risau tahap mengantuk aku ni sampai ke hujung ramadhan HAHAHA.

Korang pula macam mana tak mengantuk ke? Ke korang tak bangun sahur..hehehe :p 


4 comments:

  1. alhamdulillah...kurang mengantuk...sbeba makan supp kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Haaaa..makan sup tak mengantuk ke? Tapi saya makan supp juga masa bersahur tapi mengantuk yang amat.. :(

      Delete
  2. Dari awal masuk Kerja Hari2 sampai pukul 4.30 petang mmg Tak jumpa mengantuk sebab sibuk sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Amanda. Kalau sibuk dengan kerja memang tak akan rasa masa berlalu dengan cepat. Sibuk dengan kerja tup tup dah nak balik..bestkan. Tapi tempat kerja saya sekarang ni bulan puasa kerja tak banyak..itu yang sempat je update blog dalam masa yang sama mengantuk..huhuhu. Apa pun terima kasih sudi singgah blog kita ye. Selamat berbuka :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page