HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 10 June 2016

Rezeki Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum..


Syukur Alhamdulillah rezeki di bulan mulia satu ofis dapat kurma percuma. Banyak pula tu happynya. Boleh ke aku habiskan semua ni. Ish ish aku tak setamak itu. Setiap rezeki ini wajib dikongsi bersama dengan insan insan kesayangan. Kalau dapat satu mungkin kongsi dengan suami dan anak anak  jelah. Tapi dah dapat kurma banyak ni bolehlah bagi kat mak mertua aku dan pengasuh anak anak aku tu. InsyaAllah mudah mudahan bertambah tambahlah rezeki aku..aminnm.

Anak anak aku memang penggemar kurma. Pantang nampak kurma laju je tiga beradik tu habiskan. Bukan anak anak je aku dan suami pun sama. Selagi tak habis memang tak berhentilah kami makan..hehehe. Tapi makan kurma ni kena berpada pada lah tak boleh makan terlampau banyak dalam satu hari. Makan hari hari takpe. Sebab manis kan. Aku pula jenis yang tak suka makan manis manis ni mudah pening kepala. Sebab gula berlebihan dalam badan. Tapi kurma ni memang elok sangat makan sebab banyak khasiatnya.

Cantik bekas kurma ni. Bekas kurma ni macam macam boleh guna. Letak makanan lain pun boleh. Sukalah..

Setiap tahun mesti dapat kurma ni. Kurma dia dahlah besar dan tak terlalu manis memang sedap sangatlah. Alahai confirm buka puasa ni tak berhenti makan..hahaha 

Selain dapat kurma free semua penjawat kerajaan dapat bonus RM500 sempena hari raya Syukur Alhamdulillah. Dapat RM500 pun aku dah bersyukur sangat sangat. Daripada langsung tak dapat kan. Ehem bolehlah pergi shopping dengan riang ria..hehehe.

Semalam suami baru balik. Hanya Allah saja yang tahu betapa aku dan anak anak gembira yang amat. Gembiranya hati dapat bersahur dan berbuka bersama. Esok cuti, tak sabar pula nak masak kari udang atas permintaan suami tercinta. Tak reti sebenarnya tapi akan aku cuba buat sehabis baik. InsyaAllah berjaya :')

Okay kesayangan semua. Selamat berhujung minggu dan selamat berpuasa :')






4 comments:

  1. Banyaknya kurma. Nak sebekas ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Rezeki alhamdulillah. Kalau fiza jadi jiran saya confirm nak bagi dua bekas terus..hehehe

      Delete
  2. Alhamdulillah..... rezeki ramadhan melimpah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page