HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 24 June 2016

Shopping Baju Raya Dengan Riang Ria

Assalamualaikum.

Seminggu sebelum puasa hari tu aku dan suami dah start shopping baju raya anak anak. Beli sikit sikit dulu. Lagi pun sehari sebelum puasa suami terpaksa outstation ke Vietnam. Kalau tangguh tangguh memang tak sempatlah nak shopping. Aku pula jenis tak suka sangat shopping time time puasa. Badan terasa penat. Nak cari baju anak anak ni bukan senang tau. Macam macam nak kena beli. Walaupun anak aku tiga tiga lelaki tapi nak cari baju budak budak tu mak aii makan masa berjam jam tau. Tak suka shopping kelam kabut dan terkejar sana sini. Hanya buat aku stress je nanti. Aku suka suasana yang aman dan damai bila shopping. Nak pilih baju anak anak pun senang hati je.

Kali ini aku dan suami berkesempatan shopping ke tempat jauh sikit. Sebelum ni selalu shopping baju anak anak kat alamanda dan ioi city mall putrajaya je. Tempat paling dekat dengan rumah dan paling senang nak shopping..hehehe. Tapi kali ini suami ajak ke Sogo Kuala lumpur. Wahhh lamanya tak datang Sogo. Sogo pula tengah buat jualan murah wahh lagilah aku excited nak pergi. Kalau ikut perancangan kami, nak pergi shopping berdua je tanpa anak anak. Tapi kebetulan masa tu pengasuh anak anak ada hal. So kami bawalah tiga hero kesayangan bershopping sekali. 

Kami gerak awal supaya senang dapat parking. Kami sampai sogo 9.30 pagi. Sampai je sogo mak aii ramainya manusia! Hati terus berdebar debar risau tak dapat parking je. Alhamdulillah rezeki kami pagi tu dapat jugalah parking dengan riang ria..hehe. Sogo buka pukul 10 pagi. Tapi dah ramai yang beratur depan pintu Sogo. Ya Allah macam mana nak shopping ni. Kalau berdua je dengan suami aku tak kisah sangat. Tapi sebab anak anak ada aku dah mula risau. Tak boleh nak bayangkan macam mana kami nak shopping dengan anak anak aku yang suka berkejaran sana sini. Biasalah budak budak. Bukan seronok sangat pun nak shopping baju raya. Cepat bosan. Lainlah kalau shopping mainan, bolat je masa bertiga tanda betapa seronoknya mereka..hehehe.

Kat Sogo ni ada tempat best untuk anak anak bermain. Tapi aku tak suka sangat bagi anak anak masuk dalam tu. Sebab ramai sangat budak budak besar yang ganas ganas bila bermain dan suka hati je langgar budak budak lain. Takut tengok. Lepastu bersempet sempet dalam tu. kesian tengok budak budak bawah satu tahun senang senang je kena langgar dan tolak. Anak anak aku ni dahlah jenis badan kecil, kalau terlanggar atau orang lain tolak alahai cepat je darah aku naik dan rasa nak belasah je budak tu. Haaaa jangan main main, aku betul betul maksudkan tau!

Tapi Sogo Starz Garden dah banyak perubahanlah. Macam tak percaya pun ada..hahahaha. Sebelum ni pernah juga datang sini tapi masa tu tempat dia kecil je. Sekarang tempat dia dah besar dan luas. Banyak mainan baru dan memang best sangatlah. Nak bawa baby bawah setahun pun sesuai sebab ada bilik khas untuk baby baby yang baru belajar merangkak dan berjalan. Harga dia pun murah je. Kalau tak salah aku sejam RM8 macam tu. Haaaaa apa lagi budak budak ni seronoklah termasuklah aku dan suami sebab boleh shopping baju raya dengan riang ria..hehehe. Aku dan suami bergilir gilir jaga anak. Nasib baik sebelum datang Sogo kami semua dah makan kenyang kenyang. Selepas hantar suami dan anak anak ke tingkat 7 aku terus laju laju shopping baju raya anak anak. Dua jam kemudian giliran suami pula shopping baju raya dan giliran aku pula jaga anak anak yang aman damai je bermain dalam ni. Okay jom layan gambar tiga beradik ni yang sempat aku rakam hari tu.






















































Alhamdulillah settle semua baju raya anak anak. Cuma tak sempat shopping kasut raya je. Kasut raya anak anak nak cari kat tempat lain je nanti. Kat sogo ni aku tak berapa berkenan sangat. Semuanya tak menarik dan nampak biasa biasa je. Apa yang penting baju, seluar dan yang sewaktu dengannya dah settle. Hampir 5 jam budak budak ni duduk dalam ni. Okaylah tempat dia pun tak membosankan macam macam mainan ada. Kalau nak makan pun boleh je keluar kejap lepastu masuk balik.  

Korang pula macam mana dah shopping baju raya ke? Mesti dah kan. Kalau belum takpe masih sempat lagi. Alahai tak sabar pula nak balik kampung. Rindu sangat sangat kat family kesayangan. Semoga segala urusan kami balik kampung ni dipermudahkan..aminnnn.. Babai dan selamat berhujung minggu semua :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page