HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 28 June 2016

Suami Ke Australia

Assalamualaikum.



Aku hampir hampir saja pitam bila suami kata nak outstation sebulan. Aku terus malas nak bercakap dengan suami. Aku taulah kerja itu penting, tapi agak agaklah kenapa kena pergi time raya. Kenapa tak pergi sebelum atau selepas raya je. Bos suami aku ni ada otak ke takda otak. Geram aku!

Aku tak tau nak salahkan suami aku atau bos dia. Yang pasti aku betul betul rasa sedih dan kecewa kalau suami terpaksa pergi sebulan. Bayangkan semua persiapan balik kampung kami dah buat. Tiket, baju raya, kuih raya semuanya dah beli. Senang senang je kata nak cancel dan terpaksa beraya kat KL saja. Gilaaaa apa nak beraya kat KL ni. Mama Papa (mertua) pun balik kelantan. Nak aku jadi orang gila ke apa ni haaa! Ya Allah kesiannya kami anak beranak.

Cukuplah sebelum ni aku dan anak anak beraya tanpa suami kesayangan. Boleh meroyan tau tak perasaan dia. Sedih! Aku memang tak boleh bayangkan kalau suami betul betul terima tawaran itu. Memang aku akan merajuk habis habisan. Aku kalau dah merajuk memang tak kan duduk lama kat Putrajaya ni. Kalau dah marah sangat dengan anak anak sekali aku angkut bawa balik sabah dan tak nak dah balik KL. Haaaa jangan main main. Aku paling tak suka bila semuanya dah atur awal awal, cuti pun dah minta awal awal tetiba jadi macam ni memang siaplah. Padahal cuti suami aku bos dia dah luluskan pun. Kenapa tiba tiba nak cancel pula? Ya Allah sakitnya hati aku..

Ramai lagi staff lain boleh pergi. Kenapa balik balik suami aku yang kena pergi. Aku taulah suami anak buah kesayangan bos. Tapi agak agaklah suami aku ada keluarga. Ada anak bini yang nak juga merasa beraya bersama. Kenapa tak rancang awal awal. Kalau nak hantar suami aku berbulan bulan pun takpe aku tak kisah tapi tolonglah jangan hantar suami aku time raya. Aku tak boleh terima dan aku takkan setuju kali ini! 

Tiga bulan sebelum raya aku dan suami dah seronok shopping sana sini untuk balik kampung. Aku bukannya balik kampung setiap bulan pun. Aku bukannya balik hari hari macam orang lain pun. Aku balik kampung setahun sekali je. Tak kesian ke tengok aku ni yang setahun sekali je boleh jumpa keluarga. Tak kesian ke tengok aku yang setahun sekali je dapat merasa masakan mak aku. Tak kesian ke tengok aku ni yang setahun sekali je dapat bergurau senda dengan adik beradik aku. Tak kesian ke sayang??? 

Suami cuba pujuk pujuk pun aku tak nak dengar. Langsung tak nak cakap dengan suami. Hanya airmata yang berbicara waktu itu. Aku tau suami rasa bersalah. Aku tahu arahan bos itu penting. Ada aku kisah! Suami pantang tengok aku menangis. Cepat cepat dia akan pujuk. Tapi aku memang susah nak di pujuk dah. Hati aku betul betul hancur kalau tak dapat balik Sabah tahun ni. 

Tiba tiba suami dapat kekuatan yang entah datang dari mana. Jam jam tu juga suami call bos dia dan kata tak nak pergi Australia. Mula mula bos bising jugalah. Tapi suami lebih tegas kali ini. Aku yang duduk bersebelahan dengan suami hanya diam seribu bahasa. Berdebar debar juga sebenarnya. Takut dengar keputusan bos tetap sama. Lama jugalah suami bercakap dengan bos. Semua alasan suami aku bos tak nak dengar. Ya Allah..habislah aku kali ni. Memang tak berayalah kami tahun ini. Suami tak habis bercakap dengan bos aku dah fikir macam macam dan menangis semahu mahunya. Rasa nak pengsan pun ada. Tiba tiba suami matikan fon tanda perbualan mereka dah selesai. 

Suami bangun dan berjalan ke hulu ke hilir seolah olah sedang berfikir sesuatu. Aku tak berani bertanya apa keputusan bos dia. Tak sampai 5 minit tiba tiba telefon suami berbunyi. Suami laju je angkat dan sedang bercakap dengan seseorang. Dari butir butir percakapan dua dua ada kaitan pasal Australia. Ya Allah berdebarnya aku. 2 minit kemudian suami matikan fon. Perbualan selesai. 

Suami pandang aku. Aku pandang suami. Tiba tiba saling berpandangan pula ishh orang tengah sakit hati ni suami nak pandang pandang pula. Suami perlahan lahan cium pipiku dan berbisik perlahan lahan 

"KITA BALIK KAMPUNG SAMA SAMA SAYANG.."

Aku yang mendengar kata kata itu laju je peluk cium suami. Menangis nangis aku peluk suami. Syukur Alhamdulillah dapat jugalah kami balik kampung tahun ini dan beraya bersama insan insan kesayanganku. Ya Allah Ya Tuhan ku terima kasih atas segalanya. 


Sabtu baru baru ini suami dah pergi Outstation. Nasib baik seminggu lebih je kat Australia. Tak sabar tunggu suami balik. Kerja baik baik sayangku. Mami dan anak anak terlalu rindukan sayang. Mami tak nak apa apa tau kat sana. Cukuplah sayang balik dengan selamat dan kita dapat beraya bersama sama. I love you sayangku..



4 comments:

  1. Alhamdulillah, segalanya ok.

    ReplyDelete
  2. paham² situasi tu..raya ni mmg isu sensitip suami isteri leh gaduh...harap suami Selamat Pulang Kembali Ke Tanah Air...Selamat Hari Raya...

    ReplyDelete
  3. Akak pun berdebar-debar baca ending ni SM..
    Alhamdulillah happy ending..
    Semoga dipermudahkan segala urusan..
    Dan Selamat berhari raya di kampung tercinta :)

    ReplyDelete
  4. nasib baik dapat gak balik..kalau saya pun boleh meroyan kan..huhu...
    selamat hari raya :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page