HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 27 June 2016

Tiga Beradik Potong Rambut Sebelum Hari Raya

Assalamualaikum.

Selepas shopping baju raya anak anak kat Sogo hari tu aku terus ajak suami potong rambut anak anak. Rimas sangat dah aku tengok rambut anak anak aku panjang. Rasa macam nak potong je sendiri. Kalau anak aku perempuan takpelah panjang pun. Lagi panjang lagilah aku sukaaa..hehehe. Tapi anak aku ni tiga tiga boboy rimas tengok. Suami pun sama. Rambut panjang sikit cepat cepat potong sebelum aku membebel panjang :p

Seperti biasa kami akan ke kedai gunting rambut yang berdekatan dengan rumah kami. Lagi pun anak anak aku dah biasa potong rambut di sini. Harga pun murah. Harga Kanak kanak RM5 dan harga untuk dewasa Rm10 saja. Murah kan. Lepastu tukang potong rambut ni memang pakar pakar belaka. Cakaplah fesyen apa pun diorang pasti boleh buat. Pandai ambil hati budak budak pula tu itu yang suka potong kat sini. Selalunya kalau nak potong rambut anak anak aku ni kami suruh abang tu potong pendek je terus. Sebab rambut anak anak aku ni jenis cepat panjang. Tak sampai tiga minggu potong rambut dah kembali merimaskan aku T___T"

Rayyan Ashraff orang pertama potong rambut. Makin besar makin berani dah anak bongsu aku ni. Sebelum ni kalau nak potong rambut dia suami kena pegang atau duduk sekali dengan dia. Tapi sekarang tak perlu dah. Dia akan duduk sendiri dan senyappp je. Goodboy anak mami ni!





Setiap arahan tukang gunting rambut ni Rayyan Ashraff ikut je. Abang tu suruh tunduk dia pun tunduk, abang suruh pusing kanan kiri pun dia ikut je tanpa bantahan. Comel sangat..hehe.


Sesekali dia akan tengok cermin. Alahai hensem dah anak mami..



Ya Allah.. goodboynya awak sayang!





Yeayyy dah siap! kecil kecil rambut dah terpacak tinggi..hehehe
 Hensem kan.. :')


Giliran Dannish Riffqie pula. Anak anak aku semua dah biasa potong rambut. 
Setiap kali nak potong rambut memang tiada masalah. 
Semuanya akan berjalan dengan baik tanpa ada drama air mata dah..alhamdulillah.


Hensemnya anak korea mami ni :')

Giliran Daniael Mieqael pula. Masa ni Daniael Mieqael tengah mengantuk dan tak nak potong rambut. Tapi mami tetap paksa juga potong. Nak tak nak anak kesayangan terpaksa pasrah 



Tukang gunting tu perlahan lahan potong rambut dia. 
Tiba tiba Daniael Mieqael tersenyum senyum kegelian..hehehe


Sepanjang sesi potong rambut Daniael Mieqael ketawa ketawa tanpa henti. 
Ketawalah puas puas anak asalkan rambut awak dah pendek..hehehe

Daniael Mieqael dan Rayyan Ashraff

Dannish Riffqie dan Daniael Mieqael


Puas hati betul tengok rambut anak anak dah pendek macam ni. Barulah nampak hensem dan comel! 
Tinggal seminggu lebih je lagi kita semua nak sambut raya. Ya ALLAH aku betul betul tak sabar dah nak balik kampung. Mudah mudahan perjalanan kami sekeluarga dipermudahkan..Aminnn. 



1 comment:

  1. Good boy la semua.
    Bertuah la ijat nak dok and gunting rambut gitu.
    Hmmm susah, ijat x nak.
    Kalau la boleh, sure akan hensem mcm abg2 :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page