HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 13 June 2016

Waktu Persekolahan Sepanjang Bulan Ramadhan - Little Caliphs

Assalamualaikum.

Hari ini sekolah dah buka seperti biasa. Selama cuti dua minggu ni dunia aku aman damai je ke tempat kerja. Walaupun setiap pagi terkejar kejar hantar anak ke sekolah dan rumah pengasuh aku tetap masuk kerja tepat pada masanya malah lebih awal sedikit. Tapi bila bermulanya persekolahan, Waduh waduh sakit jiwa dibuatnya. Awal pagi jalan dah jem. Stress okay. Nasib baik masuk kerja tepat pukul 8 pagi. Hilang stress. Tapi hari hari seterusnya entah sempat ke tidak padahal dah keluar seawal yang boleh. Harap harap sempatlah. Kalau tak habislah aku :'(


Tadika anak aku sepanjang bulan ramadhan ni waktu hantar dan balik telah ditetapkan. Tak boleh dah hantar dan ambil anak sesuka hati. Nasib baiklah aku balik 4.30 petang. Kalau aku balik pukul 5 petang pun sempat je sebenarnya. Tapi faham faham jelah bulan puasa ni ramai yang balik awal. Nak ke sekolah anak aku tu boleh tahan juga jem. Tak pernah pernah lagi jem seteruk ini. Bila sekolah dah buka ni lagilah dua kali ganda jem. Tapi selalunya aku akan sampai sekolah sebelum 5.30 petang..syukur..hehehe. Tadika lain aku tak pasti waktu pergi dan balik macam mana. Tapi okaylah aku rasa takdelah kejam sangat pun. Sebab teacher pun manusia juga nak balik awal macam kita, nak masak untuk keluarga dan nak berbuka dengan keluarga dengan riang ria.

Setakat ini aku tak pasti kalau masih ada yang ambil anak lewat walaupun dah diberi arahan berkali kali. Kalau lewat sekali dua tu mungkin masih boleh dipertimbangkan lagi. Tapi kalau sepanjang ramadhan ni asyik ambil anak lewat je kesianlah kat teacher. Tak boleh nak bayangkan. Sebab aku pun kalau boleh nak balik seawal yang boleh sepanjang ramadhan ni. Sebelum 4.30 aku dah bersiap sedia untuk balik. Tepat pukul 4.30 petang terus zaaaaaasssssss macam kilat..HAHAHA. Okay kesayangan semua. Jumpa lagi selamat berpuasa dan selamat berbuka nanti :')




6 comments:

  1. Wow! rm30 tu penalty..hehee...sian pada mak pak yg balik or teramik lambat.hu hu huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kesian juga kat ibu bapa yang kerja jauh jauh ni.. nak buat macam mana kan. Kalau jenis tak kisah bayar jelah. Tapi itulah kesian pula kat teacher yang teringin nak masak dan berbuka dengan family.

      Delete
  2. 30 ringgit?? I pun tadika di putrajaya jugak. Pakai Little Caliph nye module. Lepas 530, kena charge RM10. Lepas kul 6, kena charge RM20..tp i keje di KL..balik kekadang mmg x sempat nk sampai kul 6..lg2 kalo KL ujan..redha je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Charge RM30 ni sempena bulan ramadhan sahaja sis. Kalau bulan bulan biasa charge dia lebih kurang dengan tadika anak sis :)

      Delete
  3. little caliph kt jln gurney nih takde lak bg masa nk amik kul bape paling lwt.... cuma ada tampal psl cuti sekolah tu je... n pd 6hb aritu daycare buka mcm biasa takde cuti lak... mungkin tiap tempat lain2 kot kan...

    nsb lah dpt blaik kul4ptg jd awal lah amik aiyan... sampai umah pun awal jgk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Betul tu sis setiap tempat lain lain kot. Tapi apa yang sis cakap tu sama je dengan jadual persekolahan anak saya sis kat putrajaya. Wahhh bestnya balik pukul 4 petang. Saya balik 4.30 petang itu pun terpaksa pecut kereta sebab jem depan sekolah anak saya :(

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page