HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 12 August 2016

Hadiah Birthday 2 Tahun

Assalamualaikum.

Yeayyy kesayangan Mummy dapat hadiah 2 tahun. Budak bijak ni suka sangat tengok cerita Thomas n Friends kat TV. Kalau pasang cerita tu kat tv memang dia akan duduk diam dan tengok thomas n friends tu sampai habis. Rancangan Didi n Friends pun dia suka. Siap menari melompat lompat ikut didi n friends menyanyi. Geli hati tengok dan terlampau comel..

Sebenarnya nak cari mainan thomas n friends untuk Rayyan Ashraff. Tapi semuanya mahal gilaaaaaa. Yang kecil kecil je pun dah beratus. Tiba tiba ternampak keretapi comel ni. Tengok harga wahhh murah! Terus beli. Harap harap anak sukalah. Sampai rumah je masa nak buka hadiah tu Rayyan Ashraff buat buat tak kisah je. Abang abang pula yang excited dan tak sabar sabar nak buka hadiah..hehe.



Bila Daddy buka dan pasang keretapi ni satu persatu barulah Rayyan Ashraff melompat lompat gembira dan menjerit jerit "Tooomas! Tooomas!" Hahahaha. Comel je si bongsu mami ni :')



Amboi si tiga beradik ni. 

Nasib baiklah si Rayyan Ashraff ni jenis tak kedekut mainan, 
bolehlah abang abang berdua ni main keretapi sekali.

Keretapi ni boleh bergerak dan pusing laju laju tau. Siap ada lagu lagi. Setiap kali keretapi ni bergerak Abang abang pula yang seronok dan bergembira sakan termasuklah si mami sebenarnya..HAHAHAHA.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page