HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 3 August 2016

Kisah Riang Ria Hari Raya 2016 (Raya Pertama)

Assalamualaikum. 


Fuhh!!! baru ada peluang dan semangat nak update blog. Terlampau sibuk sejak balik sabah hari tu. Alhamdulillah semua kerja dah settle. Sekarang bolehlah update blog dengan riang ria hehehe. Syawal dah sampai penghujung aku baru nak cerita raya..sob..sob..sob. Takpelah kalau cerita dah basi pun asalkan aku gembira dan bersemangat update blog heh :')

Tahun ini kami sekeluarga pakai tema royal blue. Puas fikir warna apa yang paling hot tahun ini. Pilih punya pilih akhirnya aku dan suami sepakat pilih warna royal blue. Lagi pun suami suka warna ni. Kalau ikutkan aku sebenarnya nak pakai warna purple + kuning. Tapi suami lagi berkenan biru + kuning. Boleh tahan juga pilihan suami aku. Kami anak beranak kelihatan super duper owesome di hari raya..tehehe :') Tapi tak sangka tahun ini ramainya pakai warna biru. Bila buka facebook dan Instagram mak aii ramainya pakai baju biru!! Semuanya nampak owesome seperti kami tehehe sila jangan sakit hati :p

Pagi raya kami adik beradik wajib bangun awal. Iyelah kena masak dan buat persiapan sebelum tetamu datang. Aku sebelum subuh dah terjaga. Almaklumlah excited nak beraya..bahahaaha. Seperti biasa di pagi raya akulah mak mak paling sibuk menguruskan segala persiapan suami dan anak anak. Settle empat hero kesayangan barulah aku boleh mencantikkan diri aku dengan senang hati. Anak anak sebenarnya bangun agak lewat hari tu. Pukul 10 pagi baru bangun. Sempatlah aku membantu apa yang patut kat dapur sebelum ketiga tiga hero aku terjaga. Aku bab masak memasak ni tak pakar sangat. Jadi tugas yang aku boleh buat melayan tetamu dan kemas segala cawan pinggan mangkuk sahaja. Tugas paling senang best kan..hahahaha

Pagi tu sedang suami bersiap siap depan cermin entah kenapa aku tetiba sebak semacam. Tetiba rasa bersalah dan terasa diri aku begitu banyak dosa pada suami.  Menangis nangis aku cium tangan suami pagi tu dan memohon ampun dan maaf padanya. Suami seperti biasa sentiasa maafkan. Orang lain minta ampun dan maaf bila suami selesai sembahyang raya. Aku suami tak sempat pun bersiap sepenuhnya aku dah menangis nangis minta ampun dan maaf..sob..sob..sob T_________T'

Seawal 8.30 pagi dah ramai tetamu. Sembahyang raya tak habis lagi ni tapi rumah kami dah penuh dengan tetamu. Omaigod kelam kabutnya kami Allah saja yang tahu. Nasib baik tetamu kami budak budak kecil je yang hanya nak duit raya semata-mata. Bayangkan tak sempat mandi bersiap bagai tetamu dah sampai. Nak tak nak kena layan jugalah. Kesian budak budak kampung nak beraya. Budak budak tu beraya pun sebab nak duit raya je. Dah dapat duit raya laju laju salam dan balik. Kelakar okay..hehe.

Tiba tiba aku teringat masa zaman kanak kanak aku dan adik beradik yang lain. Sebijik macam budak budak tu. Awal pagi kami adik beradik dah bersiap cantik cantik dan serbu semua rumah jiran semata mata nak dapat duit raya. Tak dapat makan pun tak apa asalkan dapat duit raya. Dapat duit raya RM 1 pun kami dah melompat lompat keriangan..Hahaha..Comel je kalau teringat. Sekarang ni dah besar pun kalau dapat duit raya tetap seronok. Lagi lagi kalau dapat duit raya dari suami tercinta Ya Allah berbunga bunga hati dan seronoknyalah tuhan saja yang tahu. Alhamdulillah setakat ini duit raya untuk aku dan anak anak suami tak pernah lupa. Semoga suami terus dimurahkan rezeki berganda ganda aminnn.

Family Potret Raya Pertama


Dah tengahari barulah kami berkesempatan ambil gambar satu family. 
Tak sempat pun ambil gambar pagi tu sebab sibuk melayan tetamu.
 Mood anak anak sangat baik masa ni sebab baru lepas makan dan kekenyangan. 

Tiga beradik yang sangatlah owesome di hari raya :')





Nak bergambar berdua je sebenarnya tapi anak anak tak nak bagi peluang.
Sibuk je tiga beradik ni!


Ehem barulah berkesempatan ambil gambar berdua. 
Mata aku kelihatan bengkak ekoran pagi pagi dah menangis TT.
Suami semakin boroi tapi aku tetap bahagia di sisimu sayanggggg chewahh..hehehe 
I love YOU!

Tahun ni aku langsung tak tempah baju raya atau beli baju kurung.
Sempena hari raya tahun ni aku lebih selesa memakai jubah / dress. 
Dan semuanya suami yang belanja. Alhamdulillah rezeki.
Jubah royal blue ni dari Bellaammara. Tak mahal pun. Harga RM100 sahaja.

Bergambar dengan adik beradik perempuan.
 Adik beradik perempuan aku sebenarnya ada 8 orang. Tiga orang lagi takde. Sibuk entah ke mana. 
Sementara tetamu takde kami pun laju laju ajak inah (mak) posing di hari raya. 

Dari kiri kakak aku nombor 4, kakak sulung, inah (mak), kakak nombor 3, aku anak ke 5 dan paling kanan sekali adik comel aku nombor 10.

Lepas Maghrib serbu rumah aunty Jing. Tak jauh pun. Jiran sebelah je..hehehe

Malam barulah berkesempatan beraya rumah saudara mara terdekat. 
Siang memang tak sempat berehat pun sebab ramai saudara mara dan jiran jiran yang datang beraya. Penat memang penat tapi seronok.

Gambar satu Family Sabah. Ini pun masih ramai yang tak dapat datang. Abang sulung kat kedah tak dapat balik kampung. Adik lelaki sorang lagi tak dapat datang sebab tahun ni beraya di rumah mertua. Mudah mudahan tahun depan kami dapat beraya bersama semua..insyaALLAH.


Gambar family tahun ini kami terpaksa mengikut arahan jurukamera hebat kami yang berumur 14 tahun..hahahaha. Setiap arahan haruslah kami tunaikan dengan riang ria..hahaha

Arahan pertama " Tangan ke kiri!"

Arahan kedua " Tangan ke kanan!"


Arahan ketiga " Tangan ke depan!"

Arahan keempat " Tangan ke atas!"

Arahan kelima " Semua lompat!!!!"
Haaaaaaa yang ni semua tak boleh buat. Sabar jelah..hahahaha

Pukul 10 malam. Dah puas bergambar sakan tadi budak budak ni ajak main bunga api pula malam malam. Adik adik aku ni jenis manjakan anak anak buah. Apa saja anak anak buah nak pasti dapat. Amboi anak sulung aku tak sabar main bunga api..hehehe

Haaaaa berani sungguh budak ni main bunga api. Kalau Dannish Riffqie awal awal dah menyorok belakang Daddy tak nak Takut katanya. Tapi Daniael Mieqael ni..Aku pula yang berdebar debar tengok dia main bunga api..

Dannish Riffqie sekali je main bunga api itupun Daddy kena main sekali. 
Lepastu dah menjerit jerit tak nak main, takutttttt sangat kesianlah. Si Abang dia tak payah cakap. 
Bunga api dah habispun sibuk suruh Daddy beli lagi. Haih sabar jelah...

Okay cerita raya pertama dah habis. Cerita raya kedua tak larat nak sambung sebenarnya gambar banyak..hahahaha. InsyaALLAH kalau ada masa aku cuba update secepat mungkin. 
Babai dan jumpa lagi semua :')





3 comments:

  1. Meriah betullah Wieyna. Itulah bestnya kalau adik-beradik ramai kan
    Untung kalau ada anak ramai.

    ReplyDelete
  2. meriahnya raya kt sana Wieyna.... tak sangka awak tu ada 8 beradik perempuan n 2 badik laki... meriahnya lah umah kalau gitu kan... adik badik wieyna pun manis2 semuanya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page