HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 15 August 2016

Kisah Riang Ria Hari Raya 2016 (Raya Kedua)

Assalamualaikum.

Hari ni nak sambung kisah raya kedua pula. Selalunya Raya kedua kami semua wajib berkumpul ramai ramai. Masa dan saat inilah kami yang terpisah jauh dapat bertemu dan melepaskan rindu masing masing..hehehe. Iyelah bukan senang nak jumpa saudara mara aku yang jauh jauh ni. Time raya je boleh jumpa semua. Bila jumpa semua orang, ramai yang tegur anak anak aku dah besar panjang. Siap ada yang tegur "dah boleh tambah satu lagi ni" HAHAHAHA..insyaAllah kalau ada rezeki.

Setiap kali jumpa kazen kazen aku yang dulu geng sepermainan time kecik kecik mesti banyak benda nak borak dan digosipkan. Lagi lagi bila masing masing dah ada kehidupan sendiri. Sekali sekala dapat berjumpa macam ni memang semua tak berhenti bercerita itu ini. Setahun sekali jumpa memang orang orang yang aku sayang semuanya banyak perubahan.

Kazen aku yang dulunya agak berisi tiba tiba dah slim omaigod memang satu kejutan untuk aku. Tahniah berjaya sampai target!

Kazen aku yang dulu hitam dan tak pandai bergaya tapi bila jumpa hari tu omaigod dah putih gebu dan cantik!

Kazen aku yang dulu kecil dan pemalu tapi bila jumpa dah tinggi besar dan banyak cakap! Hahaha..

Kazen kazen aku juga bakal bakal jadi tunangan dan isteri orang. Dan paling mengejutkan ramai yang bakal bakal jadi ibu lagi!!

Ya Allah cepatnya masa berlalu...

Family Potret Raya Kedua



Ehem Mummy bergaya dengan Dress melatop Leeyana Rahman :')


Adik beradik Mummy yang super duper gojes!








Sejak balik sabah hari tu. Setiap malam tidur lewat sebab berborak sakan dengan adik beradik. Borak punya borak sampai tak sedar dah nak dekat subuh maka mata jadi pandalah jawabnya...hahaha!

Adik beradik semuanya ratu selfie! hehehe..



Kakak, Mummy dan adik.


Adik beradik dan anak buah. Ehh besar dah anak buah aku ni. 
Tahun depan jumpa mesti dah besar dan makin cantik ni. Adik aku dua orang ni pula masih belajar dan masing masing masih single okay. Ramai yang masuk meminang dan berkenan tapi dua dua jual mahal gituu. Dua dua adik yang baik rajin dan manja. 

Semua pantang nampak kamera. Masing masing pasti akan jadi gila gila sekejap. 
Rindunyalah bila tengok gambar ni. Rindu sangat!



Mummy dan kazen kazen yang super duper cantik ni.


Keluarga Bahagia Mummy


Adik beradik, Auntie Auntie, anak anak buah dan kazen kazen





Yeayyyyy gambar wajib setiap tahun. Posing ramai ramai sebagai kenangan di hari tua. Tahun ni ramai jugalah yang tak dapat join. Adik beradik tiri aku takde dalam gambar ni. Masing masing masih beraya di rumah mertua. InsyaAllah tahun depan dapatlah kami berkumpul ramai ramai. 





3 comments:

  1. amboih mmg meriah betul sambutan raya kt kampung wieyna...
    adik badik pulak semua spoting2, semua berkumpul sama itu meriah sgt tuh...

    ReplyDelete
  2. ya allah ramainya sedara...dan besarnya rumah...rumah sapa nih sis?
    sis punya adik bradik ramai ek..semua prempuan ke

    ReplyDelete
  3. Gojes betui mumy, dress tu mmg super cantik.. Sedara mara suku sakan semua pon pesen gojes2, hehe..!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page