HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 11 August 2016

Sambut Birthday Rayyan Ashraff 2 Tahun

Assalamualaikum.

Hari ahad baru baru ini barulah kami berkesempatan sambut birthday anak bongsu kesayangan Rayyan Ashraff yang ke 2 tahun. Dua minggu sebelum tu suami outstation ke Australia atas urusan kerja. Suami balik malaysia hari sabtu. Ahad tengahari suami ajak keluar jalan jalan, makan makan dan bawa anak anak bersukaria. Sabtu dan ahad adalah hari penting untuk bersama anak anak. Kalau suami tak ke mana mana kami akan keluar jalan jalan dan bawa anak anak berseronok. Kalau asyik duduk rumah je anak anak boring juga. Sesekali dapat keluar berlima macam ni memang seronok. Hilang segala stress yang ada..hehehe.

Ahad tu kami ke IOI City Mall Putrajaya je. Biasalah mall paling dekat dengan rumah kami..hehe. Suami memang dah janji nak beli kek untuk anak bongsu kami. Makan tengahari kami makan ringan ringan je sebab sebelum keluar rumah kami dah makan kenyang kenyang. Suami ajak makan kat Pancake House.

Masa bercinta dulu dan awal awal kahwin aku dan suami selalu juga makan kat pancake house ni. Almaklumlah masa tu suami tak suka makan nasi. Sebab tu badan kurus je. Tapi sekarang suami aku dan nasi berpisah tiada..HAHAHAHA. Suami aku sejak jatuh cinta dengan nasi ni badan dah nampak berisi. Alhamdulillah senang hati aku tengok. Nak peluk pun best je..tehehe :p

4 hero kesayangan

Mummy dan tiga beradik kesayangan
Kami berlima

Tiga beradik

Mula mula nak beli kek secret recipe tapi macam dah boring sangat pula. Asyik asyik kek yang sama. Kali ni kami try kek lain pula. Kek ni nampak biasa biasa je tapi rasa dia lagi sedappp! Harga pun murah je RM 75. Dah nak sama harga dengan kek secret recipe. Macam macam perisa ada. Tapi anak anak nak kek coklat. Dan kek ini adalah pilihan Rayyan Ashraff sendiri :')

Si birthday Boy!

Birthday Rayyan Ashraff kali ini kami buat simple simple je asalkan ada kenangan. 
Dan paling penting bagi aku dan suami anak anak rasa gembira dan sentiasa rasa dihargai setiap kali tibanya hari lahir masing masing. Aku dan suami pun wajib dapat kek tau..hehehe












Lamanya tak makan. Terliur tengok masa mula mula sampai..sabar jelah..hehe
Anak anak sebenarnya kali pertama makan kat sini. Kami bagi try makan satu dulu. Kang order banyak banyak anak tak habiskan. Sayang dan membazir je nanti. Lagi pun anak anak masa ni masih kekenyangan. Saja nak bagi anak anak rasa.

Daniael Mieqael

Dannish Riffqie

Rayyan Ashraff




"Alahai kenapa comel sangat ni anak!"

Si jantung hati Mummy

Si Mummy..tehehe



Rayyan Ashraff anak yang manja, anak yang bijak pandai, baik, sentiasa ceria, anak yang mendengar kata dan sentiasa menghiburkan hati Mummy Daddy dan Abang abang. 

Happy Birthday Sayangku Muhammad Rayyan Ashraff..
Semoga sayang terus membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat. 
Mummy Daddy Abang Miqa dan Abang Iqie sentiasa sayangkanmu anak :'*




5 comments:

  1. enjoy semuanya...
    happy belated birthday rayyan
    semoga membsar sebagai anak yg soleh

    ReplyDelete
  2. moga rayyan ashraff jd anak yg soleh n berjaya

    ReplyDelete
  3. Suke tgk family you...moga anak2 you membesar dgn sihat dan sempurna dan menjadi anak2 yg berjaya dunia n akhirat. hensem2 belaka anak2 teruna you. berbahagia lah dgn keluarga dan saya doakan kebahagian akn jd milik you sekeluarga hingga ke jannah. Aminnn...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page