HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 19 October 2016

6 Tahun Sebagai Suami Isteri


Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar usia perkahwinanku dah masuk 6 tahun. Setakat ini anak masih lagi tiga orang. Belum ada lagi tanda tanda penambahan dalam keluarga kami. InsyaAllah akan datang.  6 tahun sebagai suami isteri. Alhamdulillah perasaan cinta dan kasih sayang antara kami berdua semakin hari semakin indah. Terlalu indah walaupun pelbagai cabaran yang datang dalam hidup kami. Cabaran pertama sudah pasti anak anak kami. Anak anak kami semakin membesar dan masing masing punya watak yang berbeza beza. Kasih sayang dan segalanya haruslah sama rata untuk tiga hero kami. Bukan senang sebenarnya nak lalui cabaran pertama ni. Aku dan suami perlu ada kekuatan yang tinggi dari segi kesabaran dalam membesarkan anak anak. InsyaAllah kami berdua boleh melakukannya dengan terbaik dan dapat melalui cabaran cabaran seterusnya dengan tenang dan penuh kasih sayang demi keluarga tercinta.

Semoga perasaan cinta kasih sayang dan kebahagiaan ini terus kekal hingga ke jannah. 

Aminnn Ya Rabbal Alamin



3 comments:

  1. Alhamdulillah.. tahniah mummy. moga berbahagia bersama keluarga tersayang.

    ReplyDelete
  2. eppy anniversary wieyna n suami... moga kekal bahagia hingga ke syurga

    seronoknya 6thn dengan 3 org anak....
    rumah pun ceria n riuh je

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page