HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 21 March 2016

Sambut Birthday Dannish Riffqie 3 Tahun

Assalamualaikum..

Dua minggu lepas aku dan suami sambut birthday anak kedua kami Dannish Rifdqie yang ketiga tahun. Kali ini kami bawa Dannish Riffqie makan makan kek kat Secret Recipe Alamanda. Mula mula aku dan suami plan nak tempah kek khas untuk anak kesayangan kami tu tapi macam tak sempat je nak buat itu ini. So suami plan beli je kek kat Secret Recipe. Ingatkan suami nak beli macam tu je dan bawa balik tapi rupa rupanya terus makan kat sana. Senang katanya..tak payah susah susah kemas itu ini. Yeayyyyy bolehlah ambil gambar banyak banyak..heheehehe.

Sampai Alamanda tetiba ramai orang pula. Nak cari parking pun susah. Aku dan suami dah mula risau tak dapat parking dan aku mulalah terfikir nak ke Ioi City Mall Putrajaya saja. Suami pusing dua tiga kali jugalah cari tempat parking dan alhamdulillah akhirnya dapat. Tak sangka pula hari tu ramai orang. Selalunya kalau dah petang petang Alamanda tak ramai orang dah. Tanpa buang masa kami anak beranak terus cari restoran Secret Recipe.

Yeayyy Secret Recipe tak ramai orang. Suami laju laju cari tempat yang paling best untuk posing. Comel je suami aku ni. Sepatutnya akulah yang kena cari tempat tapi suami pula yang beria ia nak cari tempat. Baiklah sayangku. Mana manalah asalkan kita bahagia..

Suami ajak duduk kat belakang. Tempat dia privasi sikit dan cantik katanya. Mula mula aku tak perasan pun warna tempat duduk dia merah. Sekali anak sulung aku terjerit jerit "mami tudung mami samalah kaler red!" Sambil tunjuk ke arah tempat duduk kami. Aku yang mendengar jeritan itu hanya tersenyum senyum saja tapi si suami dah ketawa ketawa. Sabar jelah..

Tak sempat order kek, aku dah ajak suami selfie laju laju. 
Suami aku yang terlampau hensem ini layankan aja..hehehe

Amboi amboi tersenyum senyum syiok sendiri nampak! I Love you sayang..

Dua beradik yang kegembiraan nak makan kek katanya..


Sementara Daddy order kek, kerja mami haruslah ambil gambar tiga beradik ni banyak banyak..hehe



Ramai yang cakap anak anak aku semuanya ikut rupa Daddy. Langsung takde rupa aku. 
Takpelah aku tak kisah pun. Tak nak meroyan pun. Suka adalah. 
Sebab anak anak aku hensem hensem belaka..tehehe.


Nak ambil gambar dengan si anak bongsu ni, 
tapi macam macam alasan nak minum air dulu katanya..hmmmm




Suami aku kalau dah start layan anak anak memang huru haralah satu rumah. Perangai dia automatik akan berubah 100% macam budak budak. Tapi aku sukaaaaa sebab suami nampak comel je layan anak anak aku. Tak suka bapa garang, yang suka marah marah anak tanpa sebab..benci!



Mummy dan anak sulung Daniael Mieqael

Ajak posing memang paling banyak beri kerjasama..

Sekali Mummy kiss terus dia menjerit jerit "mami malulah orang tengok!"
 Amboi sejak bila pula malu malu ni..!

Yeayyy si birthday boy kesayangan Mummy Dannish Riffqie..


Dalam banyak banyak kek, kek inilah jadi pilihan anak tersayang. Mula mula Daddy pilihkan kek coklat untuk dia. Tapi Dannish Riffqie tak nak. Dia meronta ronta nak kek durian cheese ni. Sebelum ni Daddy dah pernah beli. Dannish Riffqie memang suka. Sebab tu bila Daddy bagi dia peluang pilih kek sempena birthday dia, dia terus pilih kek durian cheese ni. Haih mami pula yang terliur dan tak sabar sabar nak makan. Serius kek durian ni memang sedappp gilak!!!

Happy birthday Sayangku Dannish Riffqie..

Aku sebenarnya tak tau pun suami buat kejutan untuk anak kesayangan kami. Suami siap suruh pekerja secret recipe pasang lagu happy birthday untuk Dannish Riffqie masa hantar kek. 
Ya Allah mami pula yang terkejut. Terasa malu pun ada sebab semua orang tengok.



Dannish Riffqie memang happy dan seronok sangat bila dengar nama dia disebut sebut semasa lagu happy birthday di pasang. Aku dan suami pun menyanyi sekali. Terasa sebak pun ada sebab kejutan suami buat aku betul betul terharu. Terima kasih sayangku..


Tak sangka ramai yang turut menyanyi lagu birthday untuk Dannish Riffqie 
dan buat Dannish Riffqie terasa malu malu kucing gituuu..hehe.


Okay sayang jom tiup lilin..

Berkali kali cuba tiup lilin tu tapi tak padam padam..hehe

Last last si Abang tolong tiupkan dan settle..hehe

Masa untuk potong kek pula..


Alahai berkali kali nak potong kek. Bila nak makan ni sayang. 
Masa ni Dannish Riffqie langsung tak nak bagi kami sentuh kek dia.
Kononnya kek itu untuk dia sorang..sabar jelah.
Takpelah buatlah apa pun dengan kek tu sayang..janji awak happy..



Anakku sayang..Happy Birthday... 
Semoga sayang terus membesar sihat sentiasa.
 Jadi anak yang soleh. Sentiasa jadi Adik yang terbaik untuk Abang Daniael Mieqael. 
Dan sentiasa jadi Abang terbaik untuk Rayyan Ashraff. 
Dan paling penting sekali jadilah anak yang sentiasa membanggakan Mummy Daddy selamanya.










Wednesday, 16 March 2016

Kali Pertama Makan Kat Restoran Tony Roma’s

Assalamualaikum kesayangan semua. 


Lamanya Mummy tak update blog. Tetiba rindu pula nak membebel dalam blog ni..heheehe. Sebenarnya Mummy sekarang ni memang sibuk yang amat. Kat ofis banyak kerja. Kat rumah banyak kerja. Dan Mummy sangat sangat sibuk dengan bisnes online Mummy sekarang ni. Terlalu banyak tempahan tasbih dari customer..Alhamdulillah rezeki..terima kasih Allah.

Hari ini Mummy barulah berkesempatan layan blog kesayangan Mummy ni. Ada tak yang rindu kat kita? Ada tak yang tertanya tanya kenapa Mummy tetiba tak update blog? Ke ada yang curi curi senyap senyap baca blog kita ni dan berkata dalam hati " laaaaa kenapa tak update blog ni! ".. ada tak ada tak?! Haaaa kan dah terkantoi! Takpe takpe Mummy tetap sayang awak walaupun awak baca blog kita ni senyap senyap..seppp sikit..heh :)


Okay entri kali ini nak cerita pasal makan makan lagi. Asyik cerita pasal makan makan je kan..takpelah janji update blog lah kan..hehehe. Hari tu sebelum suami outstation dah berjanji nak bawa makan makan kat tempat best katanya. Tapi hajat tak kesampaian bila tiba tiba suami dapat panggilan dan wajib terbang ke Vietnam dengan segera. Hajat nak manja manja dengan suami sempena birthday Mummy hari tu langsung tak kesampaian. Sedih dan kecewa jugalah hari tu. Tapi Mummy terpaksa pasrah dan biarkan suami pergi dengan perasaan agak sedih tahap nak ikut sekali..huwaaaa.

Boleh je ikut sebenarnya tapi terpaksalah angkut ketiga tiga hero kesayangan kami pula..hmmmmm masih tak sesuai sebab anak bongsu kecil sangat lagi. InsyaAllah satu hari nanti..

Setelah hampir tiga minggu suami outstation, bila sampai malaysia je suami tercinta terus ajak keluar makan makan. Suami sampai Malaysia petang. Malam tu terus ajak makan malam kat luar. Seperti biasa kami ke Ioi City Mall Putrajaya saja.

Nak kiss Daddy sebenarnya. Tapi budak kecil ni sibuk je tak nak bagi kita manja manja.
Jeleslah tu!

Seronok betul budak bijak ni berlarian sana sini. Penat Mummy nak kejar. 
Setiap kali Mummy kejar, dia akan berlarian ke arah Daddy dia. 
Eksyen tak nak dengan Mummy..




Haaaa sekali Mummy dapat dia yang syiok berlarian sana sini, memang Mummy tak nak lepaskan. Meronta ronta budak bijak ni nak lepaskan diri..hehehe



Ish ish sejak dah besar ni langsung tak nak kena pegang dah. 
Nak bebas macam abang abang dia. 

Rayyan Ashraff ni sekali bebas, semua tempat dia nak masuk, lepastu suka hati je pegang barang dan bawa lari..bahaya bahaya. Terpaksalah Mummy pegang awak ketat ketat anak!



Seperti yang suami janjikan nak belanja makan makan kat Restoran Tony Roma's. Sebenarnya Mummy kali pertama makan kat sini. Langsung tak pernah cuba lagi menu menu istimewa dia. Suami dah selalu sangat makan kat sini. Sebelum ni suami pernah ajak makan kat sini, tapi Mummy yang tak nak kononnya nak makan cendol durian. Balik balik nak cendol durian. Sampai anak sulung cakap "alaaa cendol durian lagi.." perli ke apa ni.. HAHAHAHA.. geli hati pula dengar. 


Tapi kali ini Mummy langsung tak membantah sebab suami asyik bercerita kononnya makanan kat restoran ni sedap sedap belaka. Sekali cuba mesti nak datang lagi. 
Alahai tak boleh jadi ni..mesti wajib cuba!





Mummy sebenarnya penggemar daging kambing. Tak kisahlah masak apa pun semuanya Mummy suka. Begitu juga dengan suami. Tapi suami jenis tak boleh makan daging kambing berlebihan pasti akan pening pening kepala. Tapi Mummy makan banyak macam mana pun tetap mantain cool dan bertenaga seperti biasa. Almaklumlah penggemar kambinglah katakan..hehehe.

Yang ni Mummy punya. Tak ingat dah nama dia. Harga pun boleh tahan. 
Tapi serius memang sedappp dan puas hati. Jangan terkejut Mummy dan nasi berpisah tiada. 
Makanlah apa pun..nasi wajib ada okay..hehehe.

Yang ni piliham suami tercinta. Yang ini pun Mummy tak ingat nama dia..hahaha.

Untuk anak anak. Ayam dia sedappp cuma pedas sikitlah. Nasib baik anak anak boleh makan lagi.

Untuk anak anak.. 
Daniael Mieqael dan Dannish riffqie paling suka dan dua dua makan sampai habis.

Mummy Daddy kena minum air special sikit. 
Anak anak wajib minum air kosong je. 
Dilarang sama sekali sentuh air Mummy Daddy..hahaha.


Si bongsu yang tak sabar sabar nak makan.

Ehem..baby tua i love you!




"Mummy sedapnya!! Alhamdulillah makan sampai habis.



Dannish Riffqie kalau makan suka betul perhatikan orang lain. 
Lepastu sibuk tanya itu ini..penat nak layan. Alhamdulillah makan banyak juga dia ni..habis.


Yang ni sekejap makan sekejap main main. Tapi alhamdulillah makan banyak juga. Goodboy je dia. Mummy Daddy makan pun senang hati.


Kenapalah hensem sangat ni sayang? Geramlah!


Teruja tengok daging kambing depan mata..hahaha

Alahai baru je nak posing, tangan si budak bijak ni sibuk pula kat situ..gigit kang baru tau! 
Tapi betullah suami cakap makanan dia semua sedapp. Daging kambing dia lembut je. 
Rasa dia pun sedapp gilak! Memang berbaloi dengan harga.

Dua beradik makan aiskrim..






Alhamdulillah kami anak beranak kekenyangan yang amat. 
Sebelum balik kami sempat posing kat sini sementara tunggu Daddy bayar parking.
Kesimpulannya setelah kali pertama makan kat Restoran Tony Roma's Mummy bagi 10 bintang! Betul lah suami kata sekali cuba mesti nak datang lagi. Mungkin lepasni nak datang lagilah. Tak sabar nak try menu lain pula. Mula mula kononnya lepas makan kat Tony Romas nak singgah makan cendol durian. Tapi rasa macam terlampau kenyang pula. So hajat tu terpaksa Mummy buang jauh jauh ekoran terlampau kenyang yang amat..huhuhu. 





Setiap kali Mummy ambil gambar tiga beradik ni mesti dalam hati Mummy akan berkata 
"Ya Allah cepatnya anak anak Mummy membesar.." 
Rasa macam tak percaya Mummy dan suami ada tiga hero paling hensem..Syukur. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page