HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 28 April 2016

Tiga Beradik Layan Aiskrim.

Assalamualaikum.


Dulu sebelum kenal suami, aku tak berapa suka sangat makan aiskrim. Bukanlah langsung tak makan. Makan jugalah tapi tak sekerap sekarang ni..hehe. Suami aku pula Ya Allah mula mula kenal dia takutnya tengok. Hari hari makan aiskrim. Siang malam aiskrim. Sampai aku terfikir nak reject je mamat hantu aiskrim tu..hahahaha. Tapi sebab sayang sangat kat dia aku sanggup bertahan dan akhirnya aku sendiri jadi hantu aiskrim! Malah mengalahkan suami aku..hahaha.

Keadaan cuaca sekarang ni panas yang melampau. Nak bawa anak anak ke taman permainan pun tak sanggup. Panas dia lain macam. Memang kena sentiasa minum air kosong banyak banyak. Lepastu kena rajin sapu lotion satu badan. Bukan aku dan anak anak je kena pakai lotion tapi dengan suami sekali wajib pakai tau. Suami aku malu malu nak pakai lotion kononnya tak sesuai. Tapi sebab isteri kesayangan dah membebel 24 jam kulit kering, tak cantik, dan tak sehalus kulit isteri terpaksalah suami rajinkan diri sapu lotion demi isteri tersayang..hehehehe. Dan paling penting sekali kami anak beranak wajib minum air kosong sebanyak mungkin.




Sebelum ini hanya aku dan suami sahaja yang akan makan aiskrim. Dengan anak anak aku agak kedekut sikit nak bagi. Anak anak bukanlah tak pernah makan aiskrim, pernah makan cuma jarang sangatlah bagi diorang makan. Bukan apa risau anak anak demam dan selsema. Anak anak aku jenis sensitif. Terutama sekali Daniael Mieqael. Mudah sangat selsema. Kalau makan sejuk sejuk lagilah cepat selsema. Stress tengok.

Tapi bila sekali sekala dapat makan aiskrim ni anak anak aku sangatlah gembira. Gembira yang amat. Macam tak pernah makan aiskrim pun ada..alahai kesianlah T__________T







Sebenarnya aiskrim ni banyak khasiat dia tau. Kalau anak batuk atau sakit tekak elok sangat bagi makan aiskrim. InsyaAllah batuk dan sakit tekak tadi cepat sembuh.  Tak percaya wajib try..hehehe. Okay kesayangan semua babai..






Wednesday, 27 April 2016

Wordless Wednesday 35 : Kesayangan Dunia Akhirat.

Kesayangan Dunia Akhirat (Amak & Inah / Daddy & Mummy)



Friday, 22 April 2016

Aktiviti Hari Rabu.

Assalamualaikum...

Hari ini nak share pasal aktiviti aktiviti best kat Little Caliphs iaitu aktiviti art dan craft. Aktiviti ini dibuat pada hari rabu sahaja. Teringat masa Daniael Mieqael kat Smart Reader setiap hari jumaat pasti akan bawa balik hasil tangannya. Daniael Mieqael dengan bangga bercerita dari A sampai Z tentang hasil tangan dia pada hari itu. Aku dan suami pula sentiasa puji hasil tangan dia. Pujian itu buat Daniael Mieqael gembira tak terkata. Serius comel sangat. Sampai sekarang aku masih simpan semua hasil tangan Daniael Mieqael dengan baik. Nantilah kalau ada masa nak ambil gambar satu satu dan cerita kat blog ni..hehehe. 

Sekarang ni nak cerita pasal hasil tangan Daniael Mieqael kat Little Caliphs pula. Teacher Daniael Mieqael memang jenis rajin ambil gambar setiap aktiviti yang dilakukan pada hari rabu. Dan setiap hari rabu aku dan suami pasti akan tertunggu tunggu teacher hantar gambar..hahahaha. Tapi sayangnya hasil tangan Daniael Mieqael tak boleh bawa balik. Tunggu hujung tahun baru dapat semuanya. So dalam gambar jelah boleh tengok. Kualiti gambar tak berapa okay. Tapi kami tetap berpuasa hati sebab boleh tengok perkembangan anak anak kat sekolah. Terima kasih teacher Ain! 

Ini gambar pertama Daniael Mieqael buat aktiviti art dan craft. Kesian masa ni masih berpakaian baju biasa saja datang ke sekolah. Aktiviti ini sebenarnya adalah aktiviti paling Daniael Mieqael suka. Bila dia suka dia akan buat betul betul dan penuh kusyukkk. 

Minggu pertama masuk sekolah baru Daniael Mieqael dah jumpa ramai kawan baru. Paling best Daniael Mieqael terjumpa kawan lama masa kat Smart Reader. Alahai patutlah anak aku gembira lain macam je masuk sekolah baru ni. Rupanya ada kawan lama. Comel je.

Hasil tangan pelajar 5 tahun. Haaaa nampak tak comel kannm!

Minggu kedua. Daniael Mieqael masih berpakaian baju biasa.  Tapi tetap bersemangat datang ke sekolah sebab seronok jumpa kawan kawan baru katanya..hehehe.

Amboi kiri kanan perempuan. Bahaya betul. Korang tau tak masa perjumpaan ibu bapa dan guru hari tu, teacher Daniael Mieqael cakap Abang ramai peminat. Semua sibuk nak berkawan dengan dia terutama budak budak perempuan. Omaigod terkejut Mummy Daddy dengar..hahahaha. Kecik kecik dah ada peminat tetiba si Daddy bangga dengan anak..hahaha

Yeayyyy hasil tangan Abang. Comel kan!

Haaaa inilah kawan Daniael Mieqael masa kat Smart Reader tahun lepas. Nama dia Dina. Tak sangka jumpa kat sekolah baru. Daniael Mieqael selalu bercerita pasal Dina ni. Mula mula aku dan suami tak kenal. Tapi bila tengok gambar ni barulah kami kenal. Kat Smart reader Dina tak pakai tudung. Kat Little Caliph wajib pakai tudung itu yang tak berapa nak kenal tu. Baik budak ni. Selalu tolong Daniael Mieqael buat kerja sekolah. Comel je.

Yang ni pula kawan kawan baru Daniael Mieqael. Kira genglah ni. Setiap kali jumpa pasti huru hara kelas Pelajar 5 tahun..hehehe.


Terkejut tengok gambar ni. Anak aku paling bersemangat..hahahaha!

Minggu ketiga. Masa ni Daniael Mieqael dah dapat baju sekolah baru.  Alahai kusyuknya anak mami buat kerja.

Sejak hari pertama masuk sekolah ni Daniael Mieqael lebih selesa duduk dekat dengan Dina. Iyelah kawan lama dia kan. Setahun kat smart reader. Satu kelas pula tu. Takpelah kalau tetiba bercinta pun, mami ok je..heheehe.


Daniael Mieqael paling bersemangat gitu. Kalau boleh nak siapkan cepat cepat. Sebab teacher selalu bagi hadiah siapa yang buat cepat, kemas dan cantik. Selalu teacher akan bagi biskut atau gula gula. Haaaa semangatlah sikit budak budak ni buat kerja. Chaiyok chaiyokk Abang!..heh




Alahai comelnyaaa kereta Abang! 


Comelnyalah semua. Sentiasa ceria dan semangat!. Okay kesayangan semua. Selamat berhujung minggu. Babai dan jumpa lagi..muahh!





Wednesday, 20 April 2016

Yuran Tadika Little Caliphs Putrajaya

Assalamualaikum...

Hari ini nak share pasal yuran pendaftaran Daniael Mieqael di Tadika Cilik Genius bawah program Little Caliphs.  Kalau nak bandingkan dengan sekolah lama Daniael Mieqael tahun lepas iaitu Smart Reader, yuran kat little Caliphs ni sebenarnya jauh lebih murah. Sangat sangat murah. Tapi rasanya kalau luar kawasan Putrajaya lagi murah kot.

Sebenarnya sebelum Daniael Mieqael masuk Tadika Little Caliphs ni suami teringin sangat nak masukkan Daniael Mieqael ke Tadika Genius Aulad. Suami siap buat surat rayuan lagi supaya pihak Genius Aulad terima Daniael Mieqael sebagai pelajar baru. Sedih okay. Satu hari suami cari sekolah baru untuk Daniael Mieqael. Kalau masuk awal tahun mungkin senang sikitlah masuk Tadika Genius Aulad tu. Lagi pun Daniael Mieqael nak masuk bulan April lagilah tak dapat sebab sesi persekolahan semester pertama dah nak habis itu yang tak dapat tu. Kalau nak masuk juga kena tunggu tahun depan. Risau sangat keadaan Daniael Mieqael masa tu. Pening kepala cari sekolah baru.


Pilihan terakhir Tadika Little Caliphs. Kebetulan tadika ni berdekatan dengan kawasan rumah kami. Dan kebetulan pula satu kawasan dengan sekolah lama Daniael mieqael. Cuma bezanya Tadika Smart Reader kat blok depan. Tadika little Caliphs pula blok belakang. Satu jalan pula tu. Alahai sebak pula setiap hari lalu sekolah lama :'(

Dah ditakdirkan Daniael Mieqael bersekolah di Little Caliphs. Suami kata kalau perkembangan Daniael Mieqael okay insyaAllah kami akan teruskan sampai tahun depan. Tapi bila tengok Daniael Mieqael gembira dan hari hari dengar dia berzikir mungkin inilah sekolah terbaik untuk dia dan adik adik dia akan datang.


Okay ini yuran little caliphs 2016 di kawasan Putrajaya. Kalau ikutkan suami sepatutnya kena bayar RM1635.10 tapi sebab kami tak sempat join Reading Technic Course awal tahun hari tu maka dapatlah diskaun RM50. So Suami hanya bayar RM1585.10. 
Bayaran bulanan Daniael Mieqael RM450 sebab ambil full day. Huh murahnya..


Ini adalah resit rasmi dan sebagai bukti pembayaran dah selesai. 
Ish ish ish murahnya berbeza betul yuran masa kat Smart Reader. 
Alhamdulillah dapat jimat banyaaaakkkkk..hehehe.


Suami tak fikir banyak. Hari tu juga bank in duit laju laju asalkan Daniael Mieqael dapat berpindah ke sekolah baru dengan segera. Alhamdulillah segala urusan anak bertukar sekolah Allah permudahkan semuanya. Bersyukur sangat. Terima kasih ya Allah..


Tuesday, 19 April 2016

Sesi Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru.

Assalamualaikum..


Sabtu lepas 16 April 2016 merupakan perjumpaan pertama antara ibu bapa dan guru di Tadika Cilik Genius Putrajaya dibawah program Little Caliphs. Daniael Mieqael baru 2 minggu di tadika ini. Berdebar dan tak sabar jugalah nak tahu perkembangan dia walaupun baru 2 minggu bersekolah di tempat baru. Tiga hari sebelum perjumpaan ini teacher Daniael Mieqael dah call setiap ibu bapa untuk tetapkan masa masing masing. 

Setiap ibu bapa hanya diberi masa 15 minit sahaja. 15 minit untuk bertanya itu ini kat teacher anak masing masing tak cukup sebenarnya. Kita sebagai ibu bapa ni kadang kadang macam macam soalan nak tanya. Tapi teacher baru Daniael Mieqael ni baik je. Kalau ada apa apa masalah nak tanya boleh je tanya bila bila masa. Tak perlu tunggu perjumpaan ini pun sebenarnya. Senang hati dengar.



Giliran Daniael Mieqael adalah pukul 10.10 pagi. Seawal jam 9 pagi kami dah sampai sekolah. Semangat betul anak beranak datang sekolah..hehehe. Oleh kerana ada sejam lagi kami singgah restoran mamak yang berhampiran dengan sekolah Daniael Mieqael. Seperti biasa kalau dah singgah kedai mamak wajib makan roti canai. Anak anak pun suka. Makan pun banyak. Seronok Mummy Daddy tengok. 

Pukul 9.45 pagi kami dah selesai makan dan bersiap siap ke sekolah Daniael Mieqael. Sampai sekolah je dah ramai ibu bapa yang setia menunggu giliran masing masing. Suasana agak meriah jugalah. Aku ingatkan aku sorang je yang terlebih bawa anak. Rupa rupanya orang lain pun sama. Masing masing bawa anak lebih dari sorang. 



Mula mula sampai sekolah Daniael Mieqael, tiga beradik ni memang huru hara berkejaran sana sini. Bukan anak anak aku je, anak orang lain pun sama. Selagi boleh dikawal aku biar je mereka bermain dan berkejaran sana sini asalkan tak mengganggu teacher yang sedang menjalankan tugas. Sesekali aku dan ibu bapa yang lain akan ketawa dan tersenyum bila teacher beritahu ada sesetengah anak muridnya masih memakai pampers ke sekolah walaupun dah 6 tahun dan banyak kali terkencing dalam seluar. Teacher syorkan peranan ibu bapa sangat penting mengajar anak anak supaya bebas pampers dan pandai berdikari bila waktu waktu kecemasan berlaku. Geli hati je dengar.

Nasib baiklah Daniael Mieqael dah bebas pampers begitu juga dengan  Dannish Riffqie. InsyaAllah Rayyan Ashraff akan aku ajar perlahan lahan. Buat masa ini tak sesuai lagi. Biarlah dia pakai pampers puas puas dulu..hehehe.





Teacher Ain adalah teacher yang mengajar budak 5 tahun. Kata teacher Ain setakat ini laporan prestasi Daniael Mieqael selama dua minggu menunjukkan progress yang cepat dan kini akan bermula dengan buku kedua siri cepat baca..Alhamdulillah. Mummy Daddy sangat berbangga dengan pencapaian Daniael Mieqael setakat ini. Syukur sangat. Selain itu teacher juga ada beri pujian Daniael Mieqael pandai berkawan dan suka tolong kawan kawan dia buat kerja. Teacher Ain juga kata Daniael Mieqael ni suka main. Kerja dia asyik nak main je tapi bila teacher dia suruh buat kerja alhamdulillah kusyuk pula nak siapkan..hehehe. Dari segi penulisan dan cara mewarna semuanya dapat markah GOOD..Alhamdulillah.




Paling best kat sekolah ini setiap hari Daniael Mieqael akan diajar solat  lima waktu sekali dengan bacaan bacaan dalam solat. Setiap hari juga Daniael Mieqael akan diajar menghafal segala doa harian dan surah surah pendek. Paling aku kagum sekali bila teacher Ain kata setiap pelajar lelaki wajib jadi imam. Setiap hari imam akan bertukar tukar. Kalau tak pandai solat atau masih tak hafal bacaan dalam solat, teacher akan cuba ajar perlahan lahan sampai pandai. Setakat ini Daniael Mieqael baru sekali jadi imam kat sekolah, terharunyaaa aku dan suami. Cuma Daniael Mieqael perlu belajar lagi dan perlu menghafal surah surah pendek dan bacaan bacaan dalam solat dengan betul. Setakat ini bacaan surah surah pendek Daniael Mieqael masih lemah dan belum lancar sepenuhnya. Takpelah sayang perlahan lahan. InsyaAllah boleh. 

Setakat ini apa yang aku perhatikan cara pembelajaran antara Little Caliphs dan Smart Reader sangat sangat berbeza. Kat little Caliphs tak bagi pelajar bawa buku balik. Semuanya ditinggalkan dalam kelas kecuali buku bacaan. Smart Reader pula setiap hari ada kerja sekolah yang perlu disiapkan. Dari segi pembacaan pula sangat berbeza. Kat Smart Reader setiap pelajar akan diajar kenal Huruf ABC 123 ALIF BA TA dan setiap kali membaca perlu mengeja satu satu. Little Caliphs pula lebih kepada belajar bunyi bunyian dan terus saja membaca tanpa mengeja. Berbeza kan. Patutlah setiap kali aku ajar Daniael Mieqael membaca dia akan keliru sedikit. Tapi sekarang Daniael Mieqael dah boleh terima cara pembelajaran di Little Caliphs bacaan pun semakin lancar dan nak masuk buku bacaan kedua dah. Syabbas Sayang Mummy!









Friday, 15 April 2016

Bila Aku Dan Suami Layan Cerita Munafik

Assalamualaikum...


Semalam berjaya juga tengok filem Munafik kat astro. Aku sejak hari tu lagi teringin nak tengok cerita Munafik ni. Ramai yang kata jalan cerita Munafik ni best dan antara filem terbaik pernah Syamsul Yusof ni buat. Dan aku sebenarnya peminat gila gila kat Syamsul Yusof ni. Memang minat gila. Suami pun boleh jeles tau tak padahal minat je kot..Hahahaha. Aku suka penampilan Syamsul Yusof ni sebab banyak persamaan dengan suami aku hehehe. Kulit putih, hensem, kaya (huwaaa tetiba mata duitan..hehehe) dan paling aku suka suara kedua duanya sangat macho. Syamsul Yusof ni kalau bercakap sebijik macam suami aku. Aku jatuh cinta kat suami pun sebab suara dia kot. Iyalah bercinta jarak jauh berhubung pun dalam telefon je. Hari hari dengar suara dia..fulamak..terus terjatuh cinta habis habisan!..hehehe.

Sepatutnya nak tengok Filem Munafik ni kat wayang tapi keadaan tak mengizinkan. Bila kawan whatsapp filem Munafik dah ada kat astro aku pun laju laju bagitahu kat suami. Suami memang dah sedia maklum yang aku teringin sangat nak tengok filem Munafik ni. Tanpa buang masa suami pun terus buka astro first dan bayar RM15 sahaja untuk filem Munafik ni dan boleh di tonton selama 48jam. Memang best ada saluran astro first ni. Kalau tak sempat tengok wayang boleh je tengok kat astro. Macam macam cerita ada. Harga pun sangat berbaloi..murah dan puas hati.

Sebenarnya suami aku ni sangatlah tak suka tengok cerita cerita hantu ni. Dan suami tak galakkan aku tengok cerita cerita macam ni sebab risau akan terbawa bawa dalam tidur katanya. Eleh takutlah tu..hehehe. Aku pula jenis kalau nak tengok cerita hantu atau cerita apa sahaja yang menyeramkan wajib berteman. Gila tengok sorang sorang. Tak sanggup! Dan teman wajib aku adalah suami aku sendiri..hehehe. Suami suka tak suka, takut tak takut..wajib teman aku sehingga cerita selesai. Tak teman siap! Kihkihkih :p.

Dalam pukul 10 malam aku dan suami dah bersiap sedia depan TV. Anak anak 8.30 malam dah selamat tidur. Cerita tak start lagi suami dah berdebar debar dan macam macam alasan tak nak tengok. Paling comel siap peluk bantal buchukk..hahaaha. Penakutnyalah suami aku ni..hahahaha. Cerita start je suami dah tutup tutup muka dengan bantal buchukk sambil baring atas pehaku kononnya tak nak tengok. Aku yang duduk sambil belai belai rambut suami terasa geli hati dan biarkan saja dia berkeadaan seperti itu. Cerita ni memang seram gila. Hantu dia pula sekejap sekejap keluar. Paling tak tahan bila hantu keluar je orang pertama menjerit suami aku..HAHAAHAHAAA. Dia menjerit bukan sikit sikit tau tapi hampir terkeluar anak tekak dia menjerit..HAHAAHAHA. Update blog ni pun aku masih terbayang bayang wajah suami aku ketakutan..Adoilah comel je suami aku ni macam budak kecik!

Tapi cerita Munafik ni memang terbaiklah. Serius memang terbaik! Patutlah berjaya kutip  berjuta juta dalam masa 2 minggu dan mengalahkan filem melayu lain. Lakonan nabila huda paling menakutkan. Setiap kali nabila huda kena rasuk dengan hantu, aku dan suami tak senang duduk. Dua dua macam nak terkencing je tengok cerita ni..hahaahaha. Seram gila! Siapa belum tengok cerita ni wajib tengok tau. Rugi tak tengok, jalan cerita dia memang terbaik dan banyak unsur unsur pengajaran yang akan buat kita sedar dan cepat cepat bertaubat ke jalan Allah sebelum terlamabt. Babai dan selamat berhujung minggu kesayangan semua.. :')



Thursday, 14 April 2016

Lawatan Sambil Belajar Little Caliphs Putrajaya

Assalamualaikum..


Hari ini Daniael Mieqael ada trip lawatan sambil belajar ke Petrosains KLCC, Lawatan ke Beryl's Chocolate (boleh makan coklat banyak banyak..hehe) dan Lawatan ke Dominos Pizza Shah Alam (boleh makan pizza banyak banyak juga..hehe).

Mummy Daddy tak boleh join trip ni. Kalaulah boleh join bestnyalah. Tapi tak boleh! Para ibu bapa hanya dibenarkan tengok gambar dalam group whatsapp sahaja. Takpelah asalkan anak gembira.


Bila dapat tahu trip ni nak ke Petrosains KLCC, aku dan suami pula yang teruja dan tak sabar sabar nak dengar Daniael Mieqael bercerita tentang lawatan itu. Seronok rasa bila anak teruja nak pergi lawatan ini. Sejak semalam tak henti henti bercakap pasal lawatan dia hari ini. Alahai anak.

Sebenarnya ini pengalaman pertama Daniael Mieqael ke Petrosains KLCC. Kami tak pernah lagi ke sana. Kalau ada pun Daniael Mieqael masih kecil lagi masa tu. Kalau tak salah aku Daniael Mieqael tak sampai setahun pun lagi. Aku sendiri tak ingat. Inikan pula Daniael Mieqael. Bila tanya suami, suami sendiri pun tak ingat..HAHAHA. Suami kata kalau teringin sangat nak ke sana bolehlah bawa anak anak sekali. Tak jauh pun katanya. Comel je suami aku ni..heh!



Selamat bergembira kesayangan Mummy. Semoga dapat ilmu baru dan dapat pengalaman baru. Jaga diri baik baik ye sayang. Mummy Daddy tak sabar tunggu Abang balik petang ni. Tak sabar dengar abang bercerita dan tak sabar nak cium peluk kesayangan Mummy ni. Sayang Abang!








Wednesday, 13 April 2016

Daniael Mieqael Dan Baju Sekolah Baru.

Assalamualaikum...


Hari tu baru je bersedih hati Daniael Mieqael ke sekolah hanya berpakaian baju biasa sahaja. Tup tup semalam teacher dia call baju sekolah Daniael Mieqael dah ada. Bukan baju sekolah je buku dan beg sekolah pun dah dapat. Ya Allah..Gembiranya hati. Terus laju laju call suami dan sampaikan berita gembira ini. Ingatkan aku sorang je yang terlebih excited rupanya suami aku pun sama..hahahahah.  

Petang tu dengan hati riang ria aku ke sekolah Daniael Mieqael. Seperti biasa aku akan sampai tepat pukul 5.20 petang. Sampai sekolah je teacher dah bersiap sedia tunggu kat bawah menyambut kedatangan para ibu bapa yang nak ambil anak. Daniael Mieqael baru seminggu bersekolah tapi semua teacher dia dah kenal akulah Mummy Daniael Mieqael..hehehe. Teacher nampak je muka aku laju je dia bagi salam. "Assalamualaikum Puan. Puan Mami Mieqael kan. Puan tunggu sekejap ye..". Seronok rasa teacher layan kita sopan je setiap kali datang ambil anak.

Tak sampai seminit Daniael Mieqael dah sampai dan berlari lari ke arah aku sambil terjerit jerit

"Mami..Mami! Abang dah ada baju school.. kaler yellow!"
"Mami.. Tengok beg Abang..Cantikkkkk!"
"Mami.. Abang ada buku baru.. Best!!!

Daniael Mieqael begitu gembira sekali dan bersemangat betul tunjuk kat aku semuanya. Tiba tiba rasa sebak pula anak gembira macam ni. Syukur Alhamdulillah Daniael Mieqael gembira di tempat baru. Itulah yang aku dan suami harapkan..syukur sangat.


Beg sekolah Little Caliphs ni punyalah comel. Suka tengok.
Kasut sekolah takde. Kalau ada mesti dah comel sangat.

Daniael Mieqael dapat dua pasang baju sekolah dan kopiah. 
Sepatutnya kopiah dapat dua tapi stok tak sampai lagi. 
Takpelah dapat satu pun dah kira okay.

Ini buku baru Daniael Mieqael. 
Teacher dia suruh bawah balik dua ni je dulu yang lain tinggal kat sekolah. 
Bila bacaan semakin okay bolehlah tukar buku baru pula.

Budak bijak yang tak sabar sabar nak pakai baju sekolah baru. 

Masa ambil baju ni teacher Daniael Mieqael cakap baju  dan seluar ni mungkin besar walaupun saiz S. Tapi bila Daniael Mieqael pakai nampak okay je. Seluar pun tak payah lipat ataupun potong dah. Saiz S memang sesuai. Kalau ambil saiz M besar sangat pula. 
Tak suka anak pakai baju besar besar. Nampak tak comel nanti..heh

Sejuk je hati tengok dia pakai baju ni..




Sepatutnya Daniael Mieqael dapat baju sekolah ni minggu depan. Tapi sebab nak pergi trip hari khamis ni, teacher Daniael Mieqael cuba sedaya upaya dapatkan juga. Sebab kesian kot Daniael Mieqael sorang je pakai baju biasa. Nampak macam terasing sangat pula. Sedih tau. Nasib baik ada, rezeki anak aku. Cuma baju sukan je Daniael Mieqael tak dapat lagi. Takpelah hari sukan pun lama lagi..tak kisah pun. Yang penting hari esok. Tak sabar rasanya tengok gambar Daniael Mieqael pergi trip tanpa kami. Semoga semuanya baik baik saja..insyaAllah.


"Daniael Mieqael sayang, belajar rajin rajin ye. Semoga jadi anak yang soleh ye sayang.."





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page