HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 18 July 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Assalamualaikum.

Tetiba rindu pula nak update blog kesayangan aku ni. Lama tak membebel kat sini..hehehe. Kesayangan semua apa khabar? Raya korang macam mana? Mesti meriah dan best kan! Aku sebenarnya baru start bekerja hari ini. Kerja atas meja jangan tanya. Memang berlambak lambak. Almaklumlah cuti dua minggu. Banyak benda nak kena buat dan banyak kerja yang perlu aku siapkan dengan segera. Takpe buat perlahan lahan. Buat kerja ni tak boleh stress stress nanti semuanya serba tak kena. Baik buat perlahan lahan asalkan happy. Bila happy hasil kerja kita akan lebih teratur dan sempurna..insyaAllah.

Raya tahun ini aku ambil cuti selama dua minggu. Sepanjang dua minggu di kampung (Sabah) banyak benda yang membahagiakan aku. Raya tahun ini sangat sangat bermakna dan menggembirakan. Tak sabar pula nak share dalam blog ni. Tapi aku ni mula mula je semangat dan beria ia nak update blog pasar raya kononnya last last tak update pun. Cerita raya tahun lepas pun aku langsung tak update..ish ish..sabar jelah.

Banyak cerita aku nak share dalam blog ni. Terlalu banyak sampai tak tahu nak mulakan dari mana..hahaha. InsyaAllah kalau ada masa aku cuba update Kisah Hari Raya Kami tahun ini. Kat bawah ni tiba tiba nak imbas kembali gambar kenangan Hari Raya Aidilfitri kami Tahun 2011 - 2016. Alhamdulillah setiap tahun rezeki kami suami isteri bertambah tambah..hehehe.

Raya Aidilfitri 2011. Tema hitam putih. 
Tahun pertama beraya dengan anak sulung.

Raya Aidilfitri 2012. Tema Pink
Raya tahun ini kami sebenarnya dah bertiga. 
Aku masih tak berhijab waktu ni dan sedang berbadan dua.

Raya Aidilfitri 2013. Tema hijau.
Raya paling sedih sebab beraya tanpa suami tercinta. Nasib baik adik beradik ada dapatlah beraya dengan riang ria walaupun dalam hati menangis sedih mengenangkan nasib suami tercinta beraya tanpa kami di negara orang. 6 bulan terpisah dengan suami. Setiap masa wajah suami terbayang bayang. Hampir setiap hari aku menangis sampai kurus kering dibuatnya T____T

Hanya Anak anak je jadi teman dan pengubat rindu aku waktu itu..


Raya Aidilfitri 2014. Tema Biru Petronas
Alhamdulillah kami beraya berlima pula tahun ini. 
Masa ni aku masih lagi dalam pantang dan nampak gemuk..huhuhuh

Raya Aidilfitri 2015. Tema Peach + Oren.
Alhamdulillah tahun ini kami masih berpeluang beraya bersama. 

Teringin nak tambah baby lagi. Kami teringin sangat nak ada baby girl. 
Tapi rezeki belum memihak pada kami. InsyaALLAH rezeki itu pasti ada..Aminn

Raya Aidilfitri 2015. Tema Kuning.

Raya Aidilfitri 2016. Tema Royal Blue + Kuning
Tahun paling mencabar. Hampir hampir saja kami tak dapat beraya bersama. 
Syukur Alhamdulillah masih berpeluang dan dapat beraya bersama. 

Harap masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin buat sesiapa saja yang mengenali diri ini..chewahh..hehehe. Apa apa pun kosong kosong ye :')


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page