HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 31 October 2016

Kisah Raya Haji Bersama Family Suami

Aku jarang sekali bercerita tentang family suami aku. Aku juga jarang sekali post gambar gambar family suami aku. Family suami aku ni lain sikit kehidupan mereka. Sangat sangat berbeza dengan kehidupan family aku. Kali pertama kenal dengan family suami, berbulan bulan jugalah aku cuba sesuaikan diri dengan mereka. Rasanya bukan berbulan tapi bertahun juga kot nak kenal budaya dan kehidupan mereka. Bukan senang tau. Hari hari suami terpaksa cuba terangkan dan fahamkan apa yang aku kurang faham. Biasalah tu kehidupan orang semenanjung dan orang Sabah tak sama kan. Alhamdulillah atas bantuan suami tersayang aku akhirnya berjaya juga sesuaikan diri.
 
Aku seperti yang korang semua sedia maklum memang sukaaaaaa sangat bergambar. Terlalu sukaaa! Siapa yang follow Instagram dan facebook aku mesti dah kenal dan tau kan siapa aku sebenarnya..heh. Family aku kat Sabah pun semuanya gilaaa kamera tau. Tak percaya jom ikut aku balik kampung..hehehe.
 
Mak mertua aku ni sebenarnya suka bergambar tau. Kat rumah mama punyalah banyak gambar. Gambar gambar lama dari zaman mak mertua aku bujang sampailah anak dah besar panjang pun mama masih simpan. Mama juga rajin ambil gambar dan cuci semua gambar tu dan simpan elok elok dalam album. Siapa pernah datang rumah mertua aku haaaa taulah betapa banyaknya koleksi gambar gambar comel yang terletak dan tersusun cantik je di setiap sudut rumah mama. Gambar aku pun ada tau.. Hehehe :')

Tapi itulah bila dah berkumpul ramai ramai dengan family suami terasa segan pula nak ambil gambar. Berbeza dengan family aku bila bila pun boleh. Tak payah nak ajak ajak bergambar pun. Sebab semuanya memang sukakan kamera. Selfie???  Tak payah cakap semuanya ratu dan raja selfie.. Hahaha.
 
Kadang kadang teringin sangat bergambar dengan family suami tapi malu nak cakap. Bimbang Mama Papa salah erti dan tak sudi T_______T. Kalau nak ambil gambar pun selalunya ambil gambar anak anak je. Gambar bersama Mama Papa atau satu family suami memang susah. 
 
Tapi hari raya haji baru baru ini Alhamdulillah aku berkesempatan juga ambil gambar bersama family suami. Itupun mama yang buat permintaan. Mama sendiri cakap teringin nak ambil gambar family untuk kenangan. Haaaa apa lagi bergembiralah aku di hari itu.. Sebab keinginan aku nak bergambar dengan family suami di tahap maksima.. Hehehe :')

Papa Mama
Abang Patt anak pertama dalam keluarga. Kak mahi isteri Abang Patt. Anak baru satu. Abang Patt dan kak mahi ni sama umur dengan aku. So aku takdelah nak panggil panggil abang kakak. Aku selalunya panggil nama je. Senang. Sebab aku sedar aku lagi tua dari mereka T____T

Suami anak kedua dalam keluarga. Suami anak yang paling manja dan anak yang paling rapat dengan mama. Dulu jeleslah juga kalau suami asyik mengadu itu ini dengan mama. Tapi bila dah ada anak ni lagi lagi anak aku semua lelaki aku dah mula faham. Mungkin satu hari nanti aku pun akan jadi seperti mama.

Aku nak anak anak aku rapat dengan aku. Aku nak anak anak aku sentiasa ingat pada aku walaupun anak anak dah kahwin masa tu. Sebab tu aku dah takde perasaan nak jeles jeles pun kalau suami masih rapat dan masih bermanja manja dengan mama. Syurga anak lelaki sudah pasti ibunya. Jadi biarkan sahaja para para suami kita bermanja manja dengan ibunya. Suami aku manja manja dengan mama aku lagi seronok sebenarnya. Aku dah mula bayangkan keadaan aku bila dah tua nanti. Ya Allah semoga semuanya baik baik saja nanti...

Adik ipar (fazrin). Anak ketiga dalam keluarga. Atylia isteri fazrin.  
Anak dah dua orang. Dua dua pun anak lelaki. 

Kami adalah menantu menantu kesayangan mama..hehehe.
 Ohhh ya adik bongsu suami aku takda dalam gambar ni
 sebab pergi bercuti cuti sambil honeymoon kat luar negara dengan suami. 
Kalau hani ada lengkaplah gambar keluarga suami. 

Dari kiri Atylia, sher, mama dan mahirah
Setakat ini cucu mama papa dah 6 orang dan semuanya lelaki. 
Belum ada lagi cucu gegirl dalam keluarga. InsyaAllah satu hari nanti..
Budak budak ni pantang jumpa. Asal je jumpa huru hara lah rumah mama. 
Biasalah tu budak budak kan. 
Ehem ehem si Mummy anak tiga seperti biasa wajib posing.. Sila jangan menyampah kihkihkih :p
Itu jelah kisah hari raya haji kami baru baru ini. Tak banyak gambar pun. Yang banyak gambar Mummy jelah kot..hehehehe. Tapi okaylah. Sekurang kurangnya ada jugalah gambar kenangan bersama family suami. 
Hmmmm nak cerita apa lagi ye tiba tiba macam nak cerita je semua hari ni..hahahaha. Banyak sangat nak share dalam blog ni tapi banyak gangguan. Nantilah kalau aku rajin aku sambung pula cerita lain. InsyaAllah. Babai dan jumpa lagi semua :')


Wednesday, 19 October 2016

6 Tahun Sebagai Suami Isteri


Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar usia perkahwinanku dah masuk 6 tahun. Setakat ini anak masih lagi tiga orang. Belum ada lagi tanda tanda penambahan dalam keluarga kami. InsyaAllah akan datang.  6 tahun sebagai suami isteri. Alhamdulillah perasaan cinta dan kasih sayang antara kami berdua semakin hari semakin indah. Terlalu indah walaupun pelbagai cabaran yang datang dalam hidup kami. Cabaran pertama sudah pasti anak anak kami. Anak anak kami semakin membesar dan masing masing punya watak yang berbeza beza. Kasih sayang dan segalanya haruslah sama rata untuk tiga hero kami. Bukan senang sebenarnya nak lalui cabaran pertama ni. Aku dan suami perlu ada kekuatan yang tinggi dari segi kesabaran dalam membesarkan anak anak. InsyaAllah kami berdua boleh melakukannya dengan terbaik dan dapat melalui cabaran cabaran seterusnya dengan tenang dan penuh kasih sayang demi keluarga tercinta.

Semoga perasaan cinta kasih sayang dan kebahagiaan ini terus kekal hingga ke jannah. 

Aminnn Ya Rabbal Alamin



Friday, 14 October 2016

Kini Blog Berwajah Baru

Hi semua. Mesti korang semua pelik dan tertanya tanya kenapa blog aku tiba tiba senyap? Kenapa blog aku  langsung tak boleh buka? Kenapa blog aku tak boleh baca? Kenapa? Kenapa? Dan Kenapa??? Bila adik beradik, saudara mara, sahabat sahabat,  kawan kawan ofis dan satu dunia bertanya tentang blog aku "kenapa blog tak boleh buka???". Aku hanya berdiam diri sahaja dan konon kononnya "No Komen"( Ishh macam artis pula T_____T).

Sebenarnya ada kejadian yang berlaku dalam hidup aku baru baru ini. Kejadian yang tak pernah aku sangka dan betul betul buat aku menangis bagaikan tiada penghujung. Hari hari menangis. Hari hari meroyan. Hari hari macam orang bodoh pun ada. Serius itulah yang aku lalui baru baru ini. Hari ini entah dari mana datangnya kekuatan ini untuk aku buka semula blog ini. Rindu sangat nak mengarang sebenarnya. Kejadian yang berlaku dalam hidup aku baru baru ini nantilah aku ceritakan. Belum ada mood nak bercerita pasal itu. Kang tak pasal pasal menangis nangis lagi. Biarlah. Nanti nanti dululah baru aku ceritakan. 

Apa yang penting sekarang aku nak happy happy saja. Aku nak korang semua pun happy bila singgah blog aku dan enjoy baca apa yang aku bebelkan..hehehe. 

Ehem korang perasan tak blog kesayangan aku ni dah berwajah baru? Korang perasan tak blog aku dah sama cantik dengan tuan dia??? Alaaa perasan ke tak ni??? Tehehehe pemilik blog supercutemummy terover pula biasalah tu excited tengok blog dah berwajah baru dan silalah jangan menyampah ye :')

Sebenarnya Blog aku yang kini dah berwajah baru ni dah lama siap. Order dengan Adik jiah ni boleh klik kat sini Jiakreatifelt yang aku rasa hasil kerja dia sangat cantik, kemas dan cepat. Harga yang ditawarkan sangat murah. Untuk blog aku ni hanya berharga RM50 sahaja. Murah kan! Kalau tercari cari atau rasa rasa nak tukar design blog korang tu bolehlah berhubung dengan adik jiah. Jangan risau harga sangat berpatutan dan aku yakin kamu pasti akan puas hati bila tengok hasilnya nanti. Kalau kat tempat lain tak dapat harga macam ni tau. Dahlah harga murah, hasil kerja dia cantik dan cepat pula tu. Cakap je nak tema macam mana, nak warna apa, nak header macam mana nanti semua dia akan designkan. Tapi kalau macam tak berapa suka design yang dia buat, boleh minta tukar lain sampailah berpuas hati.

Haaaa tunggu apa lagi cepat cepat tukar design blog korang tu dan laju laju whatsapp Adik jiah ni. Serius aku memang puas hati dengan hasil tangan Adik Jiah ni.

Dan paling aku suka kat Adik jiah ni langsung takde istilah marah marah dalam kamus hidupnya. Aku sebenarnya jenis yang agak cerewet. Selagi aku tak puas hati selagi itulah aku suruh adik jiah ni tukar. Alhamdulillah Adik jiah sanggup melayan kecerewetanku itu..hehehe. Maaf ye Adik Jiah, kita banyak cerewet. Terima kasih sudi melayan dan terima kasih buat blog kita kelihatan sangat cantik dan comel!

Aku nak blog yang simple simple je tapi nampak comel. Tema warna yang aku pilih kali ini warna merah dan putih. Warna idaman kalbu aku dan suami. Sebelum ini warna blog aku warna pink.

Sebelum berwajah baru..

Selepas berwajah baru!


Okay kesayangan semua selamat menjamu mata. Kalau rasa nak komen apa-apa pasal blog baru kita ni komen je. Tiada siapa nak marah pun..hehe. Babai :')



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page