HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 30 December 2016

Pendaftaran Anak Anak Ke Tadika

Assalamualaikum.

Ya Allah lamanya aku tak update blog. Aku langsung tak berkesempatan nak buka blog pun sebenarnya. Hidup aku dalam beberapa bulan ni terlalu sibuk. Suami pula kerap sangat outstation. Kalau jumpa pun sekejap sangat. Tak sempat bercinta lama lama.. Hehehe.

Cuti sekolah dah nak habis. Dah ramai ibu bapa sibuk shopping kelengkapan persekolahan anak anak. Begitu juga dengan aku sebenarnya. Tapi dalam masa yang sama berdebar debar jugalah sebab segalanya aku terpaksa uruskan sendiri. Risau macam mana nak handle anak anak aku nanti. Tahun depan anak kedua aku Dannish Riffqie dah masuk sekolah. So tahun depan anak aku dah dua orang masuk sekolah. Sekolah pilihan aku dan suami semestinya Tadika Little Caliph.

Kerisauan aku lebih kepada Dannish Riffqie. Daniael Mieqael aku tak risaukan sangat. Anak sulung aku tu dah pandai bawah diri dan dah pandai jaga diri sendiri kat sekolah. Tapi Dannish Riffqie.. ini adalah pengalaman pertama dia masuk sekolah. Lagi pun Dannish Riffqie ni lain sikit, terlampau manja. Harap harap dia okay bila dah bersekolah nanti..
Daniael Mieqael 5 tahun
Dannish Riffqie 3 Tahun
Dua beradik sehati sejiwa

Dua hari lepas sesi pendaftaran anak anak ke sekolah, baru bermula. Suami tercinta takde. Seperti biasa suami mencari rezeki di negara orang. Oleh kerana suami takde terpaksalah aku uruskan semuanya. Alhamdulillah segala urusan pendaftaran anak anak dipermudahkan Allah. Baju sekolah dan beg sekolah anak anak pun dah dapat. Tinggal nak tunggu orientasi tahun depan saja lagi.

Tahun depan satu tanggungjawab yang sangat besar dan mencabar akan bermula. Aku harap aku boleh handle semuanya dengan baik.

"Ya Allah Ya Tuhanku permudahkanlah semuanya..Aminn"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page