HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 17 July 2017

Rindu Nak Update Blog.

Assalamualaikum..

Lamaaaaaaa gilaaaaaa tak update blog! Setiap kali update blog mesti alasan yang sama. Sibuklah! Itulah.. inilah.. ish ish..Sila maafkan 😩. Masih ada ke pengikut blog kita ni? ke dah lari semua 😂.

Sejak mengandung anak keempat ni, serius MALAS bermaharajalela dalam diri aku. Semuanya serba tak kena. Masuk ofis pun selekeh yang amat. Siapa yang kenal aku pasti terkejut dan lajuuuu je mulut orang tu tegur ..

"Ehh sherwiena ke ni?"
"Ehh kenapa pucat sangat ni.. sihat ke ni? " 
"Teruknya kau mengandung kali ni" 

Dan banyak lagilah ayat ayat mereka yang buat aku tak kisah langsung! 😂. Tapi memang betul segalanya berubah bila aku disahkan mengandung dan 100% aku jadi wanita paling selekeh sekali. Aku bukan saja saja nak selekehkan diri tau.. tapi semuanya akan berubah sendiri. Kalau dulu suka sangat pakai shawl lilit sana sini, tapi sekarang sukaaaa gilaaaa pakai tudung indon! Ulang ulang pakai tudung yang sama pula tu. Senang mudah dan cepat, sarung je dah siap!😂. Cara berpakaian pun berubah. Sekarang pakai apa pun jadilah. Sedondon ke tak sedondon ke aku belasah je pakai. Janji aku selesa..😊. 

Aku rasa banyak lagilah perubahan yang berlaku sejak aku mengandung ni. Pasal emosi aku tak payah cakaplah. Emosi aku asyik turun naik turun naik je sekarang ni. Lagi lagi bila suami tercinta jauh dari mata, lagilah emosi aku menjadi jadi. Hanya orang orang yang sabar je boleh bersabar dengan emosi dan perangai aku ni. Bersyukur sangat dikurniakan suami yang terlalu penyabar. Ya Allah sebaknya. Tiba tiba rindu kat suami pula saat ini. Rindu yang amat. Okay dah dah.. tak boleh layan sangat perasaan ni kesian kat baby 😘. Tak mau stress stress kena happy happy je sekarang ni..


Sekarang aku dah masuk 5 bulan lebih. Minggu depan genap 6 bulan. Cepat sungguh masa berlalu. Setakat ini kesihatan aku dan baby baik baik saja..Alhamdulillah 😍

Jujurnya aku langsung tak buat apa apa persediaan lagi untuk baby. Langsung tak beli apa apa lagi. Sepatutnya inilah masa yang sesuai untuk aku shopping keperluan baby. Tapi aku masih takde mood nak shopping sana sini. Kalau dulu, masa mengandung ketiga tiga hero kesayangan aku tu bukan main excited lagi shopping barang baby. Usia Kandungan aku baru masuk 3 bulan pun aku dah bershopping sakan. Senang cerita awal awal aku dah sediakan semuanya. 

Tapi kali ini aku masih bermalas malasan nak shopping. Padahal suami aku dah berkali kali ajak shopping barang barang baby. Tapi aku yang tak nak dan penuh alasan. Alasan yang selalu aku cakap kat suami

" MALAS lah. Awal lagi ni Sayang.." 😩.

Balik balik itu jelah alasan aku. Suami pun pelik. Pelik yang amat.. (sila maafkan Mummy sayang..)

Minggu depan checkup 6 bulan. Benda paling aku tak suka bila terpaksa minum air gula! Ketiga tiga anak aku sebelum ni pun aku terpaksa minum air gula. Setiap kali mengandung aku memang wajib minum air gula sebab sebelah bapa aku keturunan diabetes yang sangat tinggi. Paling benci minum air gula ni sebenarnya.. tapi terpaksalah bertabah 😩. Ya Allah permudahkanlah semuanya..Aminnn.

Tinggal 3 bulan lebih je lagi baby bakal lahir. Berdebar debar juga sebenarnya. "Dah scan ke baby?" ramai sangat yang bertanya pasal jantina baby. Soalan yang sangat mendebarkan hahaha.. Dah scan sebenarnya, tapi masih samar samar lagi. Apapun rezeki yang Allah tentukan untuk aku dan suami kami tetap bersyukur dan terima seadanya. Sesungguhnya rezeki Allah jangan sesekali di tolak. Itulah pesanan suami aku bila berbicara pasal hal hal yang berkaitan dengan rezeki.

Apa yang penting baby yang bakal lahir nanti cukup sifat dan sempurna.  Tak sabar dah nak peluk cium baby kesayangan aku ni. Rindu sangat bau baby. Semoga aku dan baby sihat sihat walafiat sampailah bersalin nanti..Aminnn. Sahabat sahabat sekalian doakan yang terbaik untuk Mummy ye 😊.

Okay, Itu sajalah coretan untuk hari ini. Jumpa lagi di entri akan datang. Babai semua 😘







Wednesday, 12 April 2017

Jalan Jalan Sekitar Monumen Alaf Baru Putrajaya

Assalamualaikum..

Cerita dua bulan lepas..hehehe. Biasalah si Mummy ni asyik nak cerita kisah kisah dah basi dalam blog. Sila banyak bersabar ye..hehehe 😊. Masa ni suami baru balik dari Algeria. Dua bulan tak jumpa si Daddy kesayangan ni tau. Rindunya aku dan anak anak Allah sajalah yang tahu. Setiap kali suami outstation aku dan anak anak duduk kat rumah jelah. Kecuali kalau aku betul betul dah bosan sangat duduk dalam rumah memang aku bawa anak anak keluar jalan jalan. Paling senang nak bawa anak anak aku jalan kat taman bawah rumah aku tu. Sekurang kurangnya takdelah aku stress asyik duduk rumah je. Anak anak pula boleh bergembira dan bermain dengan puas 😊

Sebelum ni aku tak pernah dan tak berani bawa anak anak aku bermain di taman bawa rumah aku tu. Sebab nampak macam kotor. Tapi sejak taman tu di ubahsuai dan banyak permainan di tambah baik nampak cantik dan bersih pula. So setiap hari sabtu atau ahad aku akan bawa anak anak aku lepak kat taman. Tak lama pun main kat sana. Cukuplah sejam macam tu asalkan anak anak aku happy. Tapi kadang kadang sejam pun tak cukup nasib baik dekat dengan rumah je hehehe 😉

Tapi bila suami ada, asal je cuti kami memang tak kan duduk rumah sepanjang masa. Suami akan ajak keluar jalan jalan. Tak kisah ke mana pun asalkan dapat bersukaria..hehehe. Sebab tu bila suami takde alahai bosannya hidup ini 😩😩😩.

Awal bulan febuari hari tu suami ajak jalan jalan di Umai Cafe Putrajaya. Nak makan pisang goreng katanya. Kami datang ke tempat tu bukan lah kali pertama tapi berkali kali jugalah. Lagi pun tempat tu sebenarnya dekat gila dengan ofis aku. Jalan kaki je pun boleh sampai tau. Kalau bos tiba tiba nak belanja makan ke apa Umai Cafe lah sasaran pertama kami sebab paling dekat dengan ofis. Umai Cafe ni restoran dia biasa je tapi entah kenapa ramai sangat orang makan kat sana. Makanan dia pun biasa biasa je kot.

Tapiiiiiiii kan pemandangan kat sini memang cantik gilaaaaa. Seolah olah berada di luar negara gituuu..hehehe. Rugi sangat kalau datang sini tak ambil gambar banyak banyak..hehehehe 😊

Family kecil Mummy 😍


Si kembar 4 😍


Nampak tak bentuk pensel paling tinggi kat belakang tuuu..haaaaa itulah Monumen Alaf Baru. Anak anak kata macam pensel. Kalau tengok dengan mata kasar pun memang nampak macam bentuk pensel. Cantik kan!

Cuaca petang tu agak mendung. Padahal sebelum dah hujan sebenarnya. Tapi nampak gayanya macam nak hujan je lagi. Tengok keadaan langit pun dah mula mendung semacam. Nasib baik anak anak pakai topi..selamatlah kalau hujan tiba tiba..heh 😊
Anak anak kusyuk melihat pemandangan tasik. Anak siap bertanya..
"Mami kat tasik tu ada ikan jerung tak?"

Mami pun jawablah "ADAAAA! siapa nakal nakal kena kejar dengan ikan jerung!" 
(Jahat si Mami..hehehe 😃)



Si kembar 4 kesayangan Mummy! 😍

"Mami mana ikan jerung tu Abang nak tengok?" Kata si Abang hensem ni..

"Kan mami dah kata siapa nakal nakal ikan Jerung tu datanglah nanti.
Ikan jerung tu gigi dia tajam tau. Dia suka makan budak budak nakal!"

Terus tiga beradik ni jadi good boy! hehehehe


"Mami ikan jerung mana..Rayyan takutlah mami.."

"Sayang mami kan good boy"

"Okay mami.." Jawab si Rayyan Ashraff Mami ni 😍
(Kesianlah takut kena kejar dengan ikan jerung..hehehe)
Tak habis habis dengan aksi ultraman si Abang hensem ni 😏

Tiga beradik kesayangan Mummy Daddy 😍

Si Daddy Si Mummy wajib selfie berdua 😍💑
Tempat ni cantik dan luas. Anak anak nak berkejaran sana sini pun senang.
Haaaaa berlarilah puas puas anak. Asalkan korang happy..
Ajak Rayyan Ashraff ni berlari macam abang abang dia, tapi dia tak nak. 
Nak jalan je katanya sebab dia nak jadi good boy. 
Bahahahah geli hati bila anak mami ni berkata kata..comel sungguh! 😁
So berjalan jalan lah kami sambil si daddy ambil gambar..hehehe



Ajak anak lompat tinggi tinggi..tapi asyik tak menjadi je. 


                    Dah lompat banyak kali. Tapi tak jadi jadi juga. Sakit perut ketawa waktu ni..😄

Last last Daddy kata jadi ultraman jelah..mami pun laju laju jadi ultraman 😂


Kami dah sampai kat Monumen Alaf Baru ni tapi ramainya orang naik semata mata nak ambil gambar. Bertingkat tingkat nak pusing pula tu. Daddy ajak makan pisang goreng dulu. Dah kenyang semua barulah boleh jalan dengan senang hati sebab si Daddy lapar..hehehehe



Mula mula sampai tadi dah masuk Umai Cafe ni sebenarnya. Tapi ramai sungguh manusia. Tempat duduk semua penuh. Kalau nak beli goreng pisang je pun kena beratur panjang..ishhh malasnya nak beratur. So kami jalan jalan dulu sambil bergambar sakan.

Tapi bila datang kali kedua Umai Cafe tetap ramai orang. Adoi macam mana nak makan pisang goreng ni. Orang beratur tak putus putus. Makin ramai pula tu. Terpaksalah duduk dan santai santai di sini. Paling sedih hujan dah mula turun. Malas dah nak tunggu tunggu kami pun balik sebelum hujan menggila..amboi ayat..hehehe.




Berlari siapa paling lajuuuu..



Kesian Daddy tak dapat makan pisang goreng. Datang sini pun sebab nak makan pisang goreng je sebenarnya. Takpelah takde rezeki. Lain kali boleh datang lagi. Tiba tiba suami ajak makan kat Mcdonalds pula..haaaa apa lagi melompat kerianganlah anak anak kami. Sebab kat Mcdonalds Presint 2 dekat dengan tasik tu besar dan ada tempat permainan. Tak dapat makan pisang goreng pun takpelah. Burger lagi sedapppppp! hehehe
Sementara tunggu Daddy ambil kereta. Kami tunggu kat sini sambil ajak anak anak posing di sini. 
Besar dah Tiga Beradik kesayangan Mummy Daddy ni 😚




Yeayyy dah sampai. Lima beranak kelaparan sangat ni..





















Semua dah kekenyangan. Sekarang masa untuk bersukaria!😃

Permainan kat sini agak mencabar. Mummy sendiri pun takut tengok. 
Risau tengok anak anak naik sampai atas kang tak boleh turun pula..huhuhuhu.
Rayyan Ashraff sedang paksa diri untuk naik. Menjerit jerit nak naik.
"Tak sesuai dengan awak lah sayang"
Budak dua orang ni tak payah cakap. Berjaya naik sampai atas pula tu. 
Alahai lah anak. Mummy yang berdebar debar tengok. 

Tak sempat ambil gambar banyak banyak kat sini. Bateri henpon mami dah kong!😢

Anak anak dah puas bermain kami pun terus balik. Lagi pun hari dah nak maghrib. Nasib baik hujan pun dah berhenti sebab masa sampai Mcdonalds tadi hujan tiba tiba turun dengan selebat lebatnya. Sampai rumah semua terus mandi. Sebelum jam 8.00 malam anak anak dah pengsan. Penat sangat lah tu. Mummy Daddy sempat layan movie kejap. Cerita tak sempat habis Mummy Daddy dah pengsan sekali dengan anak anak..hehehehe 💤💤💤💤💤💤💤.

Babai semua. Jumpa di entri seterusnya 😍😍😍




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page