HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 17 January 2017

Kisah Si Mummy Yang Hebat

Assalamualaikum

Aku dah jarang jarang sangat update blog kesayangan aku ni. Tapi tetap nak update juga blog ini walaupun kisah yang aku nak ceritakan dalam blog ini sudah basi. Biarlah asalkan segala kenangan manis suka duka kehidupan aku ada dalam blog ini. Tajuk entri aku kali ini lebih kepada nak puji diri sendiri sebenarnya. Janganlah ada yang muntah hijau pula tengok tajuk itu..layan jelah ye..heh :p

Minggu pertama dan minggu kedua persekolahan anak anak dah berlalu. Minggu ini adalah minggu ketiga persekolahan anak anak. Alhamdulillah setakat ini semuanya dalam keadaan terkawal. Jujurnya bukan mudah dan bukan senang untuk aku menguruskan ketiga tiga anak aku tanpa suami di sisi. Ada satu tahap akan buat aku menangis sorang sorang kerana gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab aku dengan sempurna.

Setiap kali suami call untuk bertanya khabar tentang aku dan anak anak setiap kali itu jugalah aku akan menangis. Nak suami cepat cepat balik. Terasa sunyinya hidup aku tanpa suami di sisi. Tapi aku perlu kuat dan tabahkan hati. Aku juga perlu teruskan kehidupan aku seperti biasa, aku perlu sentiasa fikirkan yang baik baik dan selalu berdoa pada yang Maha Esa agar segala urusan aku setiap hari dipermudahkan Allah. 


Sebelum ini aku pernah cerita tentang kerisauan aku susah nak handle anak anak bila dah bersekolah nanti. Tapi Allah maha mendengar dan segala kerisauan aku bertukar kepada betapa mudahnya aku menguruskan anak anak walaupun setiap hari keadaan aku seperti robot yang terkejar sana sini. Nak menguruskan anak anak dari A-Z memang sangat sangat memenatkan. Lagi lagi kalau anak masih kecil kecil yang memerlukan perhatian lebih. Kalau yang jenis mudah stress boleh jadi gilaaaa kot. Tapi alhamdulillah aku berjaya melakukannya dengan baik. Balik dari kerja pun aku masih sempat masak untuk anak anak. Aku masih sempat mengajar anak anak membaca mengira dan mewarna. Paling ajaib sekali aku masih sempat menguruskan bisnes online aku dengan baik..hebat tak..hebat tak..hehehe

Terima kasih Ya Allah kerana kau permudahkan semuanya..






2 comments:

  1. Semoga semuanya dipermudahkan...insya ALLAH

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page