HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 31 March 2017

Graduation Day Little Caliphs Putrajaya 2016

Assalamualaikum.

Cerita ni dah lama bersarang dalam blog. Blog sampai dah berhabuk habuk dah baru teringat yang aku pernah buat entri pasal Daniael Mieqael konvo tahun lepas. Cuma tak sempat nak publish je. Sayangnya kalau tak masuk blog 😢

Konvo Daniael Mieqael ni berlangsung pada bulan disember tahun lepas. Sepatutnya aku dan suami hadir bersama untuk melihat Daniael Mieqael buat persembahan sempena konvo tadika little caliph Putrajaya. Tapi tiba tiba suami terpaksa ke algeria pula atas urusan kerja kerja penting. Alahai kesiannya anak Mummy, Daddy tak dapat hadir bersama. 

Mula mula aku takde mood dah nak pergi sebenarnya, rasa macam tak best pula bila suami takde. Tapi kesian kat Daniael Mieqael dah penat penat berlatih bagai untuk persembahan kelas 5 tahun, tiba tiba tak jadi pergi mesti anak aku kecewa. Kalau boleh tak naklah macam tu.

So hari tu aku pergi jugalah demi anak tersayang. Kami pergi berdua saja. Adik adik Daniael Mieqael aku hantar rumah pengasuh. Nasib baiklah pengasuh aku ni jenis baik. Sabtu Ahad pun dia akan tolong jaga di saat saat aku perlukan bantuan pengasuh kesayangan aku tu.

Seawal pukul 7.30 pagi kami dah gerak ke Dewan Persidangan Kompleks Perbadanan Putrajaya. Pukul 8.00 pagi masa untuk daftar masuk. Nasib baik tak datang lewat. Sampai sampai je dah ramai ibu bapa yang beratur untuk ambil nombor. Siapa datang awal dapatlah nombor awal dan tempat duduk paling depan. Nasib baik aku kira datang awal jugalah kot sebab tempat duduk aku beza 3 baris dari hadapan saja..yeayyyyy seronok rasa. Bolehlah ambil gambar anak banyak banyak! 😍

Wajib ambil gambar berdua sebagai kenangan 😍
Besar dah anak Mummy ni!😎
Selesai sesi mendaftar terus pergi ambil makanan yang dah disediakan. Wajib isi perut dulu sebab anak kesayangan Mummy ni buat persembahan choral speaking so kenalah makan kenyang kenyang..hehehe 😍
Selesai makan terus masuk dewan. Ramai ibu bapa dah mendaftar tapi masih kat luar lagi sebab masing masing nak bergambar dengan anak. Begitu jugalah dengan aku kalau boleh nak ambil gambar anak di setiap penjuru 😃
Sementara majlis belum bermula, aku bawa Daniael Mieqael jalan jalan luar dewan pula. Cantik tempat ni. Lama jugalah anak aku ni perhatikan setiap ikan ikan dalam aquarium tu. 
Dah puas tengok ikan.. masa untuk posing pula 😎😎
Tengah sibuk ambil gambar anak tiba tiba teacher Daniael Mieqael panggil supaya aku masuk dewan kerana majlis akan bermula. Masa ni aku terpaksa berpisah dengan Daniael Mieqael sekejap. Sebab Daniael Mieqael perlu bersiap untuk persembahan nanti. 
Aku sempat ambil gambar Daniael Mieqael dalam bilik persiapan bersama pelajar lain. 
Alahai comelnya budak budak ni!
Daniael Mieqael bersama teachers kesayangan
Si Mummy yang wajib selfie okay..hehehehe
Anak anak belajar kat tempat yang sama. Satu kelas pula tu. Tak sangka kami baru tau yang kami jiran rupanya. Rumah blok yang sama cuma aras rumah saja yang berbeza. Pelik betul tak pernah jumpa pun sebelum ni. Dialah geng aku sepanjang majlis tu dan kami wajib selfie berdua hehehe 😄
Yeayyyy kesayangan Mummy bersama pelajar 5 tahun!
Daniael Mieqael berkeyakinan sungguh atas pentas dan langsung takde perasaan malu malu. Alhamdulillah persembahan pelajar 5 tahun sangat terbaik! Tahniah anak anak..
Comelnya pelajar pelajar 6 tahun ni pakai jubah! 
Tahun ini giliran Daniael Mieqael pula pakai jubah comel ini. Sebab anak dah 6 tahun kan. 
Ya Allah tetiba tak sabar pula..hehehe
Majlis dah sampai penghujung. Ramai dah para ibu bapa yang keluar dewan dan masing masing bergambar sakan dengan anak anak 😍
Daniael Mieqael bersama teacher kesayangan kelas 5 tahun
Daniael Mieqael bersama teacher 4 tahun
Kat luar dewan ada macam macam jualan. mak aii budak budak memang rambang mata tengok! termasuklah mak mak budak sebab terlampau comel..hahaha
Sempat beli satu untuk Daniael Mieqael. Sebagai penghargaan kerana buat persembahan terbaik tadi. Syabas sayang Mummy!😍
Jumpa kawan lama. Kami pernah hantar anak kat Smart Reader 2 tahun lepas. Terpisah beberapa bulan. Tak sangka jumpa balik kat Tadika Little Caliphs pula selepas Daniael Mieqael dengan tiba tibanya bertukar sekolah. Anak kami satu kelas. Anak kami juga berkawan baik tau sejak di Tadika Smart Readers 😊
Teacher Daniael Mieqael ni comel je bila mami ajak posing sekali dengan Abang 😍
Daniael Mieqael bersama patung pikachu!
Masa ni majlis dah selesai. Ramai dah yang balik. Dalam dewan tu banyak gila belon. Seronok budak budak ni dapat belon..hehehe
Semua berebut rebut nak belon..
Amboi banyaknya belon anak mami dapat..hehehe
Nak balik rumah dah. Tapi sempat posing di sini sebagai kenangan. 
Okay sayang jom balik!

Tahun ini dua orang dah anak Mummy yang akan buat persembahan atas pentas nanti. Tak sabar tengok persembahan Dannish Riffqie pula nanti..mesti comel. Anak kedua aku tu jenis pemalu sikit. Tak macam Abang dia ni, langsung tak malu dengan orang. 

Yeayyy tahun ni giliran Abang pakai jubah naik pentas. Tak sabar nak tengok anak kesayangan Mummy ni pakai jubah. Mesti lagi bertambah tambah hensem hehehehe 😚😚😚

Okay kesayangan semua. Jumpa di entri seterusnya. Babai semua!😍😍😍

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page